"Lisa, hari ni kamu pergi tengok baju pengantin ya?" ujar Puan Lee. Mereka sekeluarga telah selesai bersarapan pagi pada pagi yang indah nian itu. Ecehh.
"Uhuk, uhuk tak sangka do adik dah nak kahwin," sampuk abang Lisa. Orang lain yang dituju, orang lain pula yang menjawab.
Lisa hanya memberikan jelingan tajam kepada abangnya yang sedang menahan ketawa sambil menguyah roti itu. Nasib baik tak tersembur.
"Ok ibu," Lisa hanya membalas pendek. Sebaik sahaja Lisa membalas, Puan Lee kembali ke dapur untuk mengemas. Encik Lee pula ke ruang tamu untuk membaca surat khabar. Biasalah big boss macam tu lah kan.
Maka tinggallah Lisa dan abangnya sahaja di meja makan.
Sebenarnya banyak soalan yang bermain di fikirannya ketika ini seperti 'dekat mana?' 'Pukul berapa?' dan yang paling penting sekali 'dengan siapa?'
Adakah dia perlu berjumpa bakal suaminya?
Namun dia terpaksa menghentikan diri sendiri daripada bertanya memandangkan abangnya yang tak berapa betul ini turut ada bersama mereka.
Kalau dia tanya, habislah dia dibahan sehingga esok punya esok punya esok. Malangnya mempunyai abang yang sebegini kejam bukan?
"Wah, abang tak sangka ada juga orang yang nak dekat adik abang yang garang mengalahkan singa ni," Kata Junho lagi. Dia menekankan perkataan singa. Sengaja ingin mencari pasal dengan Lisa.
Ya, dorang ni kalau tak bergaduh memang tak sah. Asal jumpa je mesti bergaduh punya. Sampai tarik-tarik rambut pun boleh. WWE pun kalah.
Ringkasnya, mereka diibaratkan seperti anjing dengan kucing.
"Biarlah. Kau jealous apahal? Tak payah nak abang sangat eh," Lisa membalas kata-kata Junho. Dia mencebik bibir tanda menyampah. Jarang sekali dia mendengar Junho membahasakan dirinya sebagai abang. Bila dengar, terasa pelik.
"Hek enleh minah terencat ni, aku ingatkan dah nak kahwin ni
Berubah lah perangai jadi sopan ke, ayu ke, jadi wanita melayu (eh?) terakhir ke, tapi sama je rupanya. Malangnya suami kau nanti," ucap Junho dalam nada memerli sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Aku bersimpati dengan kau bakal adik ipar. Desis hati Junho.
"Suka hati aku lah. Eleh, kau sebenarnya jealous en sebab tak ada siapa nak dekat kau, dah lah dah tua! " Lisa mencebik lagi.
Jangan harap aku nak bagi kau menang kali ni abangku sayang!
"Hoi. Siapa kata? Kat workplace aku ramai awek cair tau tengok senyuman aku," Junho menjongket kan sebelah keningnya sambil tersenyum bangga. Riak pula dia.
YOU ARE READING
[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔
أدب المراهقينSweet talker! Playboy! > Itulah anggapan Lisa terhadap Kai. Dia tidak pernah menyukai Kai sejak awal lagi. Langsung tidak berminat! Tetapi berbeza pula bagi Kai. Entah kenapa, dia begitu tertarik kepada Lisa walaupun Lisa sentiasa bersikap dingin de...