Special #1:She's Back

432 56 45
                                    

Honestly, author ingatkan nak buat dalam 3 chapter je tapi macam akan lebih je. Hope sudi lah baca ya ಥ_ಥ

°°°

"Hari ni maybe abang balik lewat sikit sebab ada banyak benda nak kena settle," ujar Kai sambil memakai kasut.

"Oh, okay takpelah," Lisa yang menunggu di pintu menganggukkan kepalanya tanda memahami.

Sudah hampir lima bulan mereka berkahwin dan kini mereka menetap di rumah keluarga Kai buat sementara waktu.

Kai sudah mula bekerja di syarikat papanya. Lisa pula berulang-alik dari rumah ke universiti kerana jarak rumah ke universiti tak lah jauh mana.

"Abang pergi dulu. Take care sayang," ucap Kai lalu mengucup dahi Lisa. Dia kemudian terus melangkah ke arah keretanya dan menghidupkan enjin.

"Drive carefully, awak! " laung Lisa. Tidak lama kemudian, kereta Kai meluncur keluar daripada perkarangan rumah banglo itu.

Lisa menutup pintu dan menguncinya lalu naik ke bilik. Dia perlu segera menyiapkan aassignmentnya yang berlambak-lambak itu.

°°°

"Tuan, ada wakil dari syarikat JY Corp. datang untuk jumpa tuan," ujar setiausaha Kai, Nicole melalui talian interkom.

"JY Corp. ? Saya rasa saya tak ada buat appointment dengan wakil syarikat tu?" Soal Kai pelik. Bukan dia tidak tahu siapa pemilik syarikat JY Corporation itu. Sudah terlebih kenal pun.

"Yes, tapi dia cakap dia nak jumpa tuan bincang pasal projek Diamond Residence tu," jawab Nicole.

"Siapa nama wakil yang datang tu?" Tanya Kai lagi. Entah kenapa, dia seperti sudah dapat mengagak siapa.

"Cik Jiyoung dia kata. Jadi, boleh saya benarkan dia masuk?" soal Nicole lagi. Sebenarnya, dia sudah rimas diperhatikan oleh Jiyoung dengan pandangan macam nak makan orang.

Sabar tak boleh ke? getus hati Nicole yang mula naik menyampah.

Kai terdiam sejenak. Kalau diikutkan hatinya, memang dia malas nak tengok muka Jiyoung tu tapi memikirkan syarikatnya yang selalu join venture dengan JY Corporation, dia terpaksa akur.

"Ok, suruh dia masuk sekarang," arah Kai.

"Baiklah,"

"Jangan dia buat hal je dahlah," ucap Kai perlahan. Dia malas mahu bertekak dengan Jiyoung. Bukan dapat faedah pun. Membazir air liur je kut.

Tok! Tok!

"Masuk," laung Kai. Terpacul wajah Jiyoung sebaik sahaja pintu dibuka oleh Nicole. Tanpa membuang masa walau sesaat, Jiyoung terus melangkah ke arah Kai dengan gaya gediknya itu.

Kai hanya memandang tanpa memberikan sebarang respon. Tanpa perasaan lah senang cakap. Dia tiada mood nak memulakan perbualan.

"Tak nak jemput I duduk ke?" Tanya Jiyoung tanpa segan silu. Kai mengeluh. Terpaksalah dia bercakap juga dengan Jiyoung ni.
Baru ingat nak jadi tunggul je tadi.


"Have a seat," pelawa Kai sambil memberikan isyarat supaya Jiyoung duduk. "Thanks," segera gadis itu terus duduk di kerusi berhadapan dengan Kai. Gaya macam dia dah berdiri 10 tahun lamanya je.

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now