Dia tak sempurna. Kita pun tak sempurna selagi kita dan dia digelar manusia.
Tetapi jika dia lelaki yang boleh buat kau tersenyum disaat sedih, boleh buat kau ketawa at least hanya sekali dalam sehari, kenapa tidak kau fikir untuk bersama?
Jika dia setia dan jujur mengakui kesilapan, kenapa tidak kau sama-sama bantu dia kalau dia mahu berubah?
Dia beria-ria nakkan kau dan berusaha untuk perbaiki kehidupannya untuk kebahagiaan korang bersama, kenapa tidak kalau kau turut sama memberikan dia semangat?
Asalkan hati kau dan dia saling dijaga, bertolak-ansur dan dia layak untuk menjaga kau.
Hubungan itu saling melengkapi kelebihan kekurangan kau dan dia. Bersyukurlah andai diberi pasangan yang masih berusaha untuk memenangi hati kau, meskipun hakikatnya kau telah pun dimiliki oleh dia.
-yumnafariha-
26012017
****
Hello girls. Keep it up. :)
YOU ARE READING
Muntah Kata
PoetryKau muntahkan segala rasa yang kau anggap semuanya sasau dan gila. By Author Mendung Hujan.