CHAPTER 06

45K 2.5K 21
                                    

"SO, macam mana?" Soal Encik Syaqir kepada Puan Khatijah sewaktu berada di beranda.

"I tak tahu. Kena bincang dengan Aisha dan Heykal but I rasa Heykal tak akan pergi kalau Aisha tak ikut," balas Puan Khatijah. Sesekali kepalanya dipegang dan diurut halus.

"Melekat betul Heykal dengan Aisha tu, ye?" Puan Khatijah mengangguk halus lalu tersenyum nipis. Sudah seperti belangkas dua orang itu. Heykal langsung tidak mahu berjauhan dengan Aisha.

"I dah buat appointment dengan Doktor Benjamin. And, dia nak jumpa dengan Heykal asap," terang Encik Syaqir mematikan lamunan pendek wanita di hadapannya itu

Wajah Puan Khatijah dipandang lama. Wajah inilah yang pernah menambat hatinya dulu. Tapi, bukan jodohnya apabila Puan Khatijah dijodohkan dengan abangnya. Arwah abangnya, Syahir amat beruntung dapat memiliki wanita seperti Puan Khatijah. Dan sampai sekarang Encik Syaqir belum berkahwin gara-gara dia telah menutup hatinya kepada mana-mana wanita. Tapi, mungkin jodohnya masih belum tiba lagi. Encik Syaqir hanya mampu berserah kepada Ilahi.

"He need treatment, Khatijah. Sampai bila you nak tengok Heykal macam tu? At least kita cuba untuk pulihkan dia," terang Encik Syaqir.

Puan Khatijah masih lagi diam.

"Khatijah, I janji I akan lakukan yang terbaik. I miss our old Heykal," sambung Encik Syaqir, meyakinkan kakak iparnya. Puan Khatijah mengangkat wajahnya apabila Heykal dan Aisha menghampiri mereka.

"Acik Syaqir!" Heykal teruja melihat pakciknya lalu berlari sebelum memeluk lelaki itu.

"Hi, Eykal. How are you?" Soal Encik Syaqir lalu mengusap lembut kepala anak saudaranya itu.

"I'm good," balas Heykal pendek lalu tersenyum.

"Glad to know it, dear. Here," Encik Syaqir menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Heykal mula melabuhkan duduk di sebelah pakciknya itu.

"Eykal, Eykal nak ikut tak acik holiday dekat UK?" Soal Encik Syaqir sebaik sahaja Heykal melabuhkan duduk di sebelahnya.

"UK? Nak! Mama dengan Kak Sha pergi tak?" Tanya Heykal teruja. Aisha sudah mula berkerut dahi.

"Mama tak pergi sayang. Eykal pergi dengan acik Syaqir je ye? Tanya Kak Sha. Dia nak pergi tak," pujuk Puan Khatijah.

"Akak pergi tak?" Tanya Heykal seraya menatap mata Aisha.

Aisha melihat ke arah Heykal, kemudian beralih pula kepada Puan Khatijah. Keningnya bertaut rapat.

"Akak takut naik flight, Eykal. Akak gayat. Mabuk juga," dalih Aisha lalu tersenyum kekok.

Dia mula menelan liur. Bukan hanya kerana mabuk dan gayat sahaja alasan dia tidak mahu menaiki kapal terbang, tetapi dia juga trauma. Trauma dengan pesawat yang telah meragut nyawa kedua orang tuanya. Dia tidak mahu. Diberi sejumlah wang sekalipun dia tidak mahu menjejakkan kaki untuk menaiki kenderaan itu.

Dia trauma.

"Kalau akak tak pergi, Eykal tak nak pergi."

Aisha terdiam. Melihat lama ke arah Heykal. Kemudian, dialihkan pula pandangannya ke arah Encik Syaqir.

"Saya nk bawa Heykal ke sana untuk buat treatment. Kalau Aisha ikut juga, boleh?"  Soal Encik Syaqir. Berharap Aisha setuju.

Aisha hanya menggeleng halus.

"Aisha trauma dengan kapal terbang, encik Syaqir," balas Aisha, perlahan. Wajahnya ditundukkan sebelum menarik nafas dalam dan menghembusnya lembut. Wajahnya diangkat kembali dan melihat ke arah Heykal.

"Heykal, akak tak boleh pergi. Heykal pergi dengan acik Syaqir. Nanti bila Heykal balik sini, akak beri Heykal lolipop besar dekat Heykal," pujuk Aisha lalu tersenyum. Wajah Heykal dipandang lama. Berharap lelaki itu hendak mengikuti pakciknya.

"Lolipop besar?" Aisha mengangguk laju. Wajah Heykal kelihatan berseri.

"Nak!"

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now