"KAU nak ke mana?" Tanya Ikha setelah melihat Nadia berpakaian cantik seperti hendak keluar.
"Nak pergi tengok abang Heykal," balas Nadia selamba. Kakinya laju menuruni tangga.
"What? Tak payah. Aisha ada. Yang kau sibuk nak pergi jenguk suami orang kenapa?" Dia sudah bercekak pinggang.
"Suka hati aku lah," balas Nadia sambil meluru ke pintu.
"Aku kata tak payah tu tak payahlah. Dia tu laki orang. Cuba jangan cari pasal boleh tak?Kalau Aisha perasan kau cuba nak goda laki dia, apa dia fikir? Nad, dah lah. Kita baru minta maaf dengan dia," bebel Ikha panjang sambil berjalan mengikuti Nadia.
Nadia terhenti di depan pintu. Dia berpaling ke arah Ikha.
"Tak payah sibuk hal aku boleh tak?" marahnya. Dia menjeling ke arah Ikha. Gadis itu hanya mengeluh.
"Aiman call tadi," kata Ikha.
"Apa dia nak?" Tanya Nadia. Dia sudah berura-ura hendak membuka pintu namun terhenti sekali lagi apabila mendengarkan nama lelaki itu.
"Dia nak jumpa kau. Kau ada masalah ke dengan dia?" Tanya Ikha lalu berpeluk tubuh. Keningnya diangkat sebelah.
Nadia mengeluh.
"Dah lah. Kalau kau ada masalah dengan dia, baik kau settle cepat. Tak lama lagi korang dah nak bertunang," ucap Ikha.
"Aku nampak dia dengan perempuan lain," tutur Nadia perlahan.
Lambat-lambat dia menundukkan wajahnya. Hatinya pedih. Pedih apabila melihat tunangnya berjalan dengan perempuan lain. Kelihatan mesra.
"Ouh, kau nampak Aiman curang, sebabtu kau nak goda suami orang?" Nadia hanya diam. Kakinya diatur menuju ke sofa. Kelihatan seperti tidak jadi untuk keluar.
"Bila?" Tanya Ikha lalu turut melabuhkan duduk di sebelah Nadia. Gadis itu kelihatan sedih.
"Sebelum kita jumpa dengan Aisha," balasnya perlahan. Ikha berkerut dahi sebelum mengangguk.
"Aku nampak dia dengan perempuan lain. Gelak-gelak lagi. Aku tahu perempuan tu cantik tapi-" belum sempat Nadia menghabiskan ayatnya, Ikha sudah ketawa.
Nadia agak bengang kerana tiba-tiba sahaja Ikha ketawa. Dah lah orang tengah sedih.
"Kenapa kau ketawa?" Tanya Nadia bengang. Ikha sudah menggeleng-geleng. Dia membuka telefon pintarnya sebelum disuakan kepada Nadia.
"Ni ke perempuan tu?" Soalnya dan Nadia mengangguk laju.
"Kau tahu dia curang dengan aku? Kau kenal perempuan ni? Kenapa tak bagitahu aku?" Marahnya sebaik sahaja dia melihat gambar yang ditunjukkan Ikha. Hatinya membara, namun rakannya itu hanya ketawa terbahak-bahak.
"Tu lah kau. Nak kahwin dengan Aiman tapi adik bakal suami sendiri pun kau tak kenal," ucap Ikha sambil mengesat air matanya yang keluar.
"Adik?" Tanya Nadia kalut. Ikha hanya mengangguk sambil ketawa.
"Tak pernah nampak pun."
"Adik dia yang ni belajar dekat luar negara. Lagipun, adik dia tu tak tinggal sebumbung dengan keluarga dia sejak dari kecil lagi sebab nenek dia yang jaga," balas Ikha, masih dengan sisa tawanya.
"I've got to go," pamit Nadia lalu bingkas bangun.
"Mana? Kalau kau nak jumpa Heykal, tak payah," Ikha turut bangun. Tawanya langsung terhenti.
"Tak lah. Aku nak jumpa Aiman. Nak minta maaf," balas Ikha lalu berlari anak keluar dari rumah.
"Good luck, babe," laung Ikha ketika Nadia hendak menutup pintu. Dia kembali ketawa lalu membuka televisyen.
Nadia, Nadia.
♛
"ABANG," panggil Aisha seraya memegang tangan sejuk suaminya.
"Abang tak nak bangun ke?"
Aisha mengeluh. Tangan suaminya diusap-usap
"Dah sebulan abang tidur. Tak rindu Aisha ke?"
Aisha mengesat air matanya yang mengalir perlahan.
"Abang, bulan depan Nadia dah nak tunang. Kita pergi sama-sama okay?" Ucap Aisha lagi. Masih tiada respon.
"Abang," panggilnya meleret. Tangan Heykl digenggam erat.
"Lagi 4 bulan baby nak keluar. Nak tengok muka Aisha, muka abang, muka mama dengan uncle. Abang tak nak pegang baby kita ke? Aisha nak abang ada masa Aisha lahirkan anak kita," Air mata Aisha semakin laju. Dia mahu Heykal ada bersamanya sewaktu dia lahirkan anak mereka nanti. Dia tidak mahu sendirian dalam menghadapi kehidupan. Dia masih memerlukan Heykal di sampingnya.
"Abang, Aisha rindukan abang," ucap Aisha lalu menyembamkan mukanya di atas tangan suaminya.
"Aisha rindukan abang. Aisha rindu dengan pelukan abang. Senyuman abang, tawa abang, suara abang, sentuhan abang, belaian abang, pandangan mata abang. Aisha rindukan semua itu," ucap Aisha sambil mengesat air matanya.
Berharap sangat suaminya dengar ketika ini
♛
"MACAM mana dengan Heykal?" Tanya Raykal kepada Encik Syaqir.
"Macam tu lah, Ray. Takde respon apa-apa. Uncle kesian dengan mama kamu dan Aisha," balas Doktor Syaqir sambil mengalihkan gagang telefon ke telinga kanan.
Raykal menunduk mendengar khabar yang diterima. Kalaulah dia tidak berada di sini, sudah pasti dia boleh jagakan Heykal ataupun mamanya dan kakak iparnya itu.
Kakak ipar.
Walaupun Raykal sudah menganggap Aisha sebagai kakak iparnya, tetapi sayang dia terhadap gadis itu masih ada. Tindakannya yang bodoh dululah penyebab dia berada di sini.
Sayang konon, huh!
"Kalau Ray tak buat hal dulu, mesti Ray tengah ada dengan diorang kan, uncle?" Raykal mengeluh.
"Tak pe lah Ray. Uncle ada," balas Encik Syaqir. Dia cuba memberi semangat kepada anak saudaranya itu.
"Uncle tolong jagakan diorang ye. Kalau ada apa-apa berita soal Heykal, uncle bagitahu Ray, ye?" Pinta Raykal, bersungguh-sungguh.
Encik Syaqir mengangguk.
YOU ARE READING
SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔
Romance♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama. "H-hai, Eykal." - AISHA AULIA Hari-h...