AISHA dan Puan Khatijah bergegas menuju ke hospital. Mereka hanya mahu tahu keadaan Heykal sekarang. Mereka mahu tahu bahawa Heykal selamat dan sedang baik-baik sahaja. Tidak mahu ada kejadian buruk lagi yang menimpa lelaki itu.
"Macam mana dengan anak I, Syaqir?" Tanya Puan Khatijah sambil menangis. Tangannya mencengkam baju di bahagian bahu adik iparnya itu
"He's fine. Tapi, doktor still check keadaan dia," balas Encik Syaqir, cuba untuk menenangkan Puan Khatijah.
"Kenapa you yang tak in charge kes dia? You tak nak pergi jenguk ke anak saudara you dekat dalam tu?" Marah Puan Khatijah tiba-tiba apabila dia melihat Encik Syaqir hanya sekadar berada di liar wad sahaja.
"I'm not in charge on Heykal. I baru lepas selesai pembedahan pesakit I. You kena sabar, Khatijah. Heykal is fine. Believe me," pujuk Encik Syaqir lembut. Puan Khatijah terdiam lalu terduduk.
"Dugaan apa ini, Ya Allah. Kau selamatkan lah anakku, Ya Allah," Puan Khatijah memohon doa agar anaknya selamat. Dia melutut di lantai di hadapan Encik Syaqir.
"Ma," Aisha cuba memujuk ibu mertuanya itu. Hatinya juga gundah gulana. Air matanya juga mengalir laju membasahi pipi.
Ya Allah, selamatkan lah suamiku.
♛
PUAN Khatijah yang sedang melentokkan kepalanya di bahu Aisha dipandang. Sugul sekali wajah wanita itu. Encik Syaqir berada bertentangan dengan mereka. Berdiri, bersadar sambil melihat risau ke arah mereka berdua. Beberapa minit kemudian, Encik Syaqir pantas membetulkan tubuhnya. Doktor yang keluar dari wad kecemasan dituju.
"Macam mana keadaan Heykal?" Soal Encik Syaqir laju. Aisha dan Pun Khatijah juga turut berdiri.
"Keadaan Encik Heykal dalam keadaan yang agak kritikal," ucap doktor tersebut. Sayu.
Puan Khatijah terduduk lemah. Aisha menyambut tubuh lemah Puan Khatijah.
"Dia kehilangan banyak darah. Kami akan pantau keadaan Encik Heykal dari semasa ke semasa. Saya harap kamu semua bersabar dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku," sambung doktor tersebut. Bahu Encik Syaqir ditepuk perlahan sebelum doktor tersebut pergi meninggalkan mereka.
"Heykal."
Puan Khatijah hanya mampu menangis. Dia tidak mahu apa-apa berlaku ke atas Heykal. Dia tidak mahu perkara buruk terjadi ke atas anaknya itu. Heykal baru sahaja hendak merasa bahagia, kenapa ini yang menimpanya.
Kenapa?
♛
AISHA sedang duduk termenung diatas kerusi di hadapan bilik kecemasan sewaktu Ikha dan Nadia sampai.
"Aisha, kau okay?" Tanya Ikha, lalu melabuhkan duduk di sebelah Aisha. Gadis itu menelefonnya memberitahu bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan. Teresak-esak dia menangis sewaktu di dalam talian.
Aisha hanya menggeleng halus. Belum sempat Aisha hendak membuka mulut, tiba-tiba Nadia mula bersuara.
"Macam mana dengan abang Heykal?" Tanya Nadia, risau.
Aisha hanya diam. Tidak membalas soalan Nadia. Ikha sudah menjeling ke arah Nadia. Aisha dibawa ke dalam pelukam dan cuba menenangkannya.
"Heykal koma. Doktor cakap dia banyak kehilangan darah," Aisha bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri. Nadia dan Ikha terkejut. Nadia ingin membuka mulut sekali lagi namun dihalang oleh Ikha. Ikha menggeleng dan meminta Nadia menutup mulutnya.
"Kau dah makan?" Tanya Ikha, lembut.
Aisha hanya menggeleng.
"Kita pergi makan dulu, nak? Kesian anak kau lapar," ajak Ikha dan Aisha hanya mengangguk. Dalam keadaan sebegini, dia juga harus ingat bahawa dia sedang membawa satu nyawa di dalam badannya. Dia perlu memikirkan itu.
Aisha akhirnya akur dan mengikuti Ikha. Nadia hanya mencebik dan terpaksa mengikuti juga mereka berdua. Padahal dia mahu melihat keadaan Heykal.
Setelah sampai, mereka bertiga mula melabuhkan duduk. Setelah memesan makanan, mereka hanya berdiam diri buat seketika.
"Aku takut, Ikha. Aku tak nak kehilangan suami aku," Aisha tiba-tiba bersuara lalu teresak halus. Ikha menggosok lembut belakang Aisha. Wajah sugul Aisha dipandang.
"Ish, jangan cakap macam tu. Heykal akan okay. Percaya cakap aku. Sekarang, kau perlu perbanyakkan berdoa dan berdoa. Semoga suami kau okay," tutur Ikha lembut. Dia tersenyum halus ketika Aisha menatap wajahnya. Air mata gadis itu diusap lembut.
"Mama kau mana?" Tanya Nadia, perlahan.
"Dia balik. Aku minta dia balik. Biar aku je yang temankan Heykal dan aku memang kena temankan dia," balas Aisha.
Nadia hanya mengangguk. Berasa sedikit cemburu dengan Aisha.
"Dah, kau makan dulu. Kesian baby tu lapar," pinta Ikha sebaik sahaja makanan yang dipesan sudah sampai.
Aisha hanya mengangguk dan menjamah makanan tetapi hanya sedikit. Tiada selera.
YOU ARE READING
SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔
Romance♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama. "H-hai, Eykal." - AISHA AULIA Hari-h...