CHAPTER 14

46.4K 2.2K 92
                                    

"AISHA!" Nafasnya tercungap-cungap sebaik sahaja matanya dibuka. Melihat ke kiri dan ke kanan sebelum mula bangkit dari tempat tidurnya. Kepalanya terasa agak sakit dan lenguh di bahagian belakang leher. Wajahnya diraup kasar sambil cuba untuk mengatur nafas. Pintu dikuak. Heykal mengangkat wajahnya melihat gerangan yang melangkah masuk.

"Mama," serunya. Wajah mamanya kelihatan risau dan tanpa pamit, wanita itu meluru lalu memeluk tubuh anaknya.

"Kenapa Heykal tak bagitahu mama? Kenapa Heykal tipu mama selama ni?" Adu mamanya, sambil menghamburkan tangis.

Heykal terkejut. Lakonannya sudah terbongkar? Bagaimana?

Berkerut-kerut dahinya cuba untuk mengingati sesuatu sebelum matanya mula membulat. Nafasnya kembali laju.

Aisha?

"Ma, Aisha mana?" Soalnya sambil cuba meleraikan pelukan mamanya. Puan Khatijah masih lagi bersama tangisannya. Dilihat lama wajah anaknya itu.

"Mama tak tahu. Waktu Pak Mat jumpa Heykal terbaring di depan rumah, Aisha dah tiada," balas mamanya sambil mengusap lembut air matanya.

"Heykal nak pergi cari Aisha," katanya lalu berdiri menuju ke pintu kamarnya.

"Heykal," panggil mamanya.

"Mama dah report polis ke? Mama dah cuba cari Aisha ke? Takde apa-apa jejak ke?" Soalnya bertubi-tubi kepada mamanya. Dadanya turun dan naik. Tidak dapat diatur dengan sempurna.

"Mama dah buat report polis," balas mamanya lalu menuju ke arah anaknya.

"Mama ikut Heykal. Kita cari Aisha."

"No, ma. Bahaya untuk mama ikut Heykal. Heykal pergi sendiri. Kalau ada apa-apa beruta dari pihak polis, mama call Heykal," balasnya.

"Heykal," panggil mamanya lagi. Telefon pintarnya diberi kepada anaknya. Heykal hanya menyambut lalu tersenyum nipis.

"Thanks, ma."


DUA hari sudah berlalu. Dua hari juga Heykal.mencari isterinya namun gagal. Polis juga tidak dapat menjejaki penculik memandangkan penculik tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan.

Heykal melepaskan keluh. Keluh yang amat berat. Dirinya tidak terurus. Hanya terbaring di atas katil sepanjang hari. Dia sudah buntu. Dalam dua hari ini, sudah satu bandar dia mencari, sudah semua orang dia tanya. Tetapi hampa. Selama dua hari dia tidak tidur walaupun sekejap. Risau memikirkan keadaan isterinya.

Tempat tidur isterinya dipandang. Bagaimanakah keadaan Aisha? Tempat tidur isterinya diusap. Seperti mengusap isterinya.

"Abang rindukan Aisha."



HARI ini Heykal memutuskan untuk terus mencari isterinya. Sewaktu dia hendak memasuki kereta, tiba-tiba dia ditegur.

"Assalamualaikum, Heykal."

"Waalaikumussalam, aunty Jue," balas Heykal dan dia kembali keluar dari kereta. Wanita yang dikenali Aunty Jue itu dipelawa masuk setelah pintu pagar dibuka.

"Tak apa, aunty duduk sini je. Sebenarnya aunty ada benda yang nak diberitahu." Heykal mengangkat keningnya. Menanti apa yang hendak diberitahu.

Aunty Jue menarik nafas sebelum memberikan sehelai kertas putih yang berlipat kepada Heykal. Heykal menyambutnya. Keningnya bertaut rapat melihat kertas kecil yang diberi itu.

"Apa ni Aunty?" Tanya Heykal seraya membuka lipatan kertas tersebut.

Kereta jenis proton waja
Berwarna hitam
No plat: BDB 8712

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now