"MAK Mah, Eykal tidur dekat sofa. Kalau dia sedar, Mak Mah panggil saya, ye. Saya ada dalam bilik saya," kata Aisha kepada Mak Mah. Wanita itu hanya mengiyakan sahaja sebelum kembali mengemas dapur.
Aisha baru sahaja hendak melangkah mendaki tangga, tiba-tiba terserempak dengan Raykal yang kebetulan hendak turun. Pandangan mereka mula bertaut sebelum Aisha menghadiahkan sebuah senyum kecil. Namun, senyuman itu langsung mati apabila melihat pandangan Raykal tertumpu ke seluruh tubuhnya. Atas dan bawah.
"Encik Ray nak keluar?" Soal Aisha, berbasa-basi. Raykal tidak menjawab tapi langkahnya diatur mendekati Aisha. Tangannya ditaut sebelum lelaki itu bertindak mencium tangannya.
Dengan tindakan refleks, Aisha pantas menarik kembali tangannya dengan kasar.
"Apa ni, encik Ray?" Soalnya tegas. Tangannya dibawa ke dada. Berdebar dengan tindakan Raykal sebentar tadi.
"Why? Aisha tak suka ke saya pegang tangan Aisha?" Soal Raykal lalu merangkul pinggang Aisha. Wajahnya didekatkan sehingga Aisha dapat merasakan kehangatan nafas berat Raykal. Matanya seakan dikunci dengan sepasang mata itu.
"Le-lepaskan saya," pinta Aisha, kasar. Dia meronta-ronta agar dilepaskan.
"Shh, stay still. Awak kan suka dipeluk macam ni? Dengan Heykal elok je peluk-peluk?" Raykal mendekatkan wajahnya ke wajah Aisha dan dengan pantasnya tangan gadis itu naik menghinggapi pipi milik Raykal. Serta merta rangkulan di pinggang gadis itu terlepas.
Kedengaran Raykal mengaduh kesakitan. Pipinya diusap. Jelas kelihatan kesan merah pada pipinya.
Dek kerana bunyi tamparan itu tadi bergema, Mak Mah cepat-cepat keluar dari arah dapur. Melihat ke arah dua orang anak muda itu.
"Aisha? Kenapa ni? Bunyi apa tadi?" Soal Mak Mah, bimbang. Sesekali Heykal yang nyenyak tidur di atas sofa dilihat. Kalau-kalau lelaki itu terbangun.
"Tak-tak de apa-apa Mak Mah. Aisha naik atas dulu," pinta Aisha, kalut lalu melangkah laju menuju ke biliknya. Air matanya mengalir laju. Ketakutan.
"Ray?"
"Tak de apa-apa, Mak Mah. Ray nak keluar dulu," dalih Raykal pula lalu berjalan menuju keluar. Rasa perih di pipinya ditahan. Agak sakit juga.
♛
"AKAK," Panggil Heykal. Aisha yang sedang mengelamun tersentak. Wajahnya dialih memandang ke arah Heykal.
"Ye?" Jawabnya terkebil-kebil.
"Nak lolipop," pinta Heykal seraya menunjuk ke arah skrin telefon pintarnya.
"Tak boleh, Eykal," balas Aisha lembut. Wajah Heykal berubah cemberut. Bibirnya dimuncungkan.
"Kenapa?" Tanya Heykal. Bibirnya dijuihkan dan matanya dikedipkan beberapa kali.
"Sebab, lolipop tak baik untuk gigi. Nanti gigi Heykal rosak. Heykal nak jadi rongak? Nak?" Aisha mengangkat-angkat keningnya. Provok.
"Tak nak," jawab Heykal perlahan. Kepalanya ditundukkan. Hujung jari telunjuk kiri dan kanannya disentuh sesama sendiri.
"Kalau gigi rongak, nanti Eykal dah tak handsome. Kalau dah tak handsome, takde siapa yang nak dekat Eykal," sambung Aisha lagi sambil menyimpul senyum. Lucu melihat wajah Heykal yang cemberut itu.
"Eykal tak handsome ke? Akak nak tak dekat Eykal?" Soalan Heykal membuatkan Aisha mati kata. Dia melihat lama ke arah Heykal yang turut memandangnya. Menanti jawapan.
"Handsome, kalau Eykal makan lolipop, nanti dah tak handsome," balas Aisha, mengelak untuk menjawab soalan kedua Heykal.
Heykal hanya mencebik lalu mengangguk.
YOU ARE READING
SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔
Romance♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama. "H-hai, Eykal." - AISHA AULIA Hari-h...