"JAGA diri elok-elok. Pastikan sayang makan banyak-banyak. Jangan biarkan baby tu lapar. okay?" Pesan Heykal seraya mengusap perut Aisha.
"Okay. Abang pun hati-hati bawa kereta. Jangan laju-laju," pesan Aisha kembali sambil memegang tangan suaminya yang hinggap di perutnya.
"Okay, sayang," balas Heykal lalu mencium lama ubun-ubun isterinya.
Aisha hanya menadah sambil tersenyum. Semoga suaminya dilindungi sentiasa.
"Ma, Heykal pergi dulu. Jaga Aisha ye, ma. Assalamualaikum," Heykal sudah melangkah masuk ke dalam perut keretanya.
Hon ditekan apabila kereta itu sudah berada di luar pagar sebelum kereta tersebut meluncur laju. Aisha dan Puan Khatijah melambai ke arah Heykal.
Apabila kereta itu sudah hilang dari pandangan, Puan Khatijah mengajak Aisha untuk masuk ke dalam rumah. Aisha mengangguk namun masih tercegat di situ sebelum melepaskan keluh halus. Kakinya mula diatur memasuki ke dalam rumah. Secara tertunduk, dia berjalan.
♛
MALAM memainkan peranan. Aisha yang sedang duduk di atas katil agak gelisah kerana suaminya belum lagi menelefonnya.
Kalau dikira, sepatutnya Heykal sudah sampai di Perlis dari tadi tapi dia belum mendapat apa-apa khabar dari suaminya.
Handphone yang berada di tangan berbunyi. Tertera nama suaminya di skrin handphone. Tanpa menunggu lama, Aisha langsung menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum," Aisha tersenyum di saat mendengar suara suaminya. Terasa hilang gelisah di hati.
"Waalaikumussalam," jawab Aisha sambil tersenyum.
"Abang dah sampai. Sorry lambat call. Abang terus ke kilang tadi. Ni baru check in hotel. Baru je masuk bilik," beritahu Heykal di dalam talian.
Aisha hanya tersenyum. Cukup dapat mendengar suara ceria suaminya sahaja sudah cukup baginya. Asalkan dia tahu bahawa Heykal dalam keadaan selamat. Perbualan mereka diteruskan hampir dua jam. Pelbagai nasihat dan topik yang dibicarakan. Heykal tidak henti-henti berpesan kepada Aisha untuk tidak melakukan kerja yang berat. Dia juga sering berpesan agar isterinya itu menjaga makan. Aisha hanya mengiyakan sahaja atau tidak, lelaki itu akan membebel kepadanya. Mengalahkan dirinya.
Mereka berdua masih berbicara sehinggalah Heykal meminta untuk menamatkan panggilan. Dan akhirnya, dapatlah Aisha tidur dengan lena.
♛
HARI ini merupakan hari keempat Heykal berada di Perlis. Hari-hari dia tidak terlepas untuk menelefon isterinya. Mengkhabarkan keadaan dirinya dan bertanya tentang keadaan orang-orang di rumah.
"Sayang dah makan?" Tanya Heykal semasa di dalam talian
"Dah. Baby ni pun dah kenyang," kedengaran ceria suara Aisha.
Heykal hanya tersenyum.
"Abang tak penat ke? Kalau penat pergilah berehat."
"Penat tapi takpe. Abang tak boleh tidur juga. Better abang borak-borak dengan isteri abang ni," balas Heykal sambil menggaru-garu lehernya yang terasa gatal. Bibirnya dari tadi tidak berhenti tersenyum.
"Hmm," hanya itu sahaja yang didengarnya daripada suara isterinya.
"Sayang, janganlah macam ni. Janganlah seksa abang macam ni. Abang dah lah tak boleh tengok muka comel sayang. Janganlah hmm kan abang je," seloroh Heykal lalu ketawa.
Aisha hanya ketawa.
"Rindu pula dengan Eykal," balas Aisha sambil dirinya mula menggamit memori dia bersama Eykal dahulu. Bibirnya mengukir senyum yang lebar.
"Akak rindu Eykal ke?" Soal Heykal mengajuk cara percakapannya sewaktu dia autistik dahulu.
"Rindu. Eykal tak rindu akak ke?" Balas Aisha kembali. Mula memainkan wataknya sewaktu mereka mula berkenalan dahulu.
"Rindu. Nanti Eykal balik Eykal nak peluk akak, boleh?"
"Boleh, kalau Eykal tak nak lepas pun boleh. Akak rela," balas Aisha sehingga membuatkan Heykal tertawa. Aisha turut ketawa.
"Okay, balik nanti abang tuntut."
♛
"
MAMA. Hari ni Heykal nak balik," beritahu Aisha lalu duduk di atas kerusi. Puan Khatijah yang sedang membelakanginya dipandang.
Puan Khatijah yang sedang membasuh sayur untuk dimasak hari ini terus memandang ke arah menantu kesayangannya itu.
"Bukan ke esok sepatutnya Heykal balik?" Tanya Puan Khatijah lalu duduk di sebelah menantunya.
"Sepatutnya esok tapi kerja dia dah selesai so dia balik awal," balas Aisha ceria. Gembira apabila mendapat berita bahawa suaminya akan pulang hari ini.
"Baguslah kalau macam tu. Kena masak banyak-banyak ni," tutur Puan Khatijah teruja.
"Betul tu. Biar Sha tolong," pinta Aisha tetapi dilarang mak mertuanya.
"Tak payahlah. Sha tengah mengandung. Pergi rehat. Mak Mah ada," Puan Khatijah melarang menantunya untuk bekerja. Sama seperti suaminya. Tidak membenarkan dia untuk melakukan kerja.
"Tak apa, Biar Sha tolong potong-potong bawang dengan sayur," balas Aisha. Tetap mahu menolong. Dia bosan asyik duduk menghadap televisyen dan handphone sahaja. Dia mahu melakukan kerja juga.
Puan Khatijah akhirnya akur dan membenarkan Aisha untuk membatunya selagi dia duduk.
Sedang asyik memasak, tiba-tiba deringan telefon rumah memberhentikan sementara kerja yang dilakukan mereka.
"Tak pe biar Sha angkat," Aisha bingkas bangun lalu menuju ke arah ruang tamu.
"Assalamualaikum," beberapa minit kemudian, gagang telefon terus terlepas daripada pegangan. Lututnya terasa lemah. Hatinya berdegup kencang.
"Abang," serta-merta air matanya tumpah. Nafasnya terasa pendek. Dia cuba menggagahkan diri untuk melangkah ke dapur.
"Mama," panggilnya lemah.
"Siapa yang tadi?" Soal Puan Khatijah sebelum berpusing memandang ke belakang. Terkejut dia apabila melihat menantunya sedang berdiri sambil bersandar di dinding. Gadis itu menangis.
"Aisha, kenapa ni?" Puan Khatijah terus menerpa ke arah Aisha. Bahu gadis tersebut dipegang.
"Heykal."
YOU ARE READING
SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔
Romance♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama. "H-hai, Eykal." - AISHA AULIA Hari-h...