"BAIKLAH, Puan. Saya setuju. Tapi, bila saya boleh mula bekerja?" Soal Aisha. Sesekali matanya melirik ke arah Heykal di sebelah. Comel juga budak ni. Selorohnya di dalam hati.
Autistik pun austistik lah. Janji dia dapat kerja untuk menampung keperluan dirinya. Sesekali boleh lah dibuat sebagai jamuan mata, menghadap wajah kacak ini selalu. Selorohnya lagi sambil tersenyum halus.
Gatal!
Puan Khatijah tersenyum. "Alhamdulillah. Esok, boleh?" Soal Puan Khatijah pula diakhir bicara.
Aisha mengangguk laju.
"Esok, awak bawa sekali dengan barang awak sebab awak akan tinggal kat sini," Aisha mengangguk sebelum tersenyum. Matanya masih seperti tadi. Tidak mampu untuk berdiam daripada terus melirik ke arah Heykal.
"Akak tinggal sini ke, mama?" Soal Heykal. Boleh didengar pelat anak kecilnya itu. Dalam diam, Aisha cuba untuk menahan tawa. Lucu dan comel pada masa yang sama.
"Ye, sayang. Mulai esok, akak Aisha akan tinggal dengan kita. Dia akan jaga Eykal. Nanti kalau ada apa-apa, Eykal bagitahu akak, ye." Heykal mengangguk laju. Lengan baju mamanya masih belum dilepas.
"Acik Sha baik kan? Acik jaga Eykal baik-baik ye," seloroh Heykal dengan loghat anak kecilnya. Lolipop masih di tangan.
"Panggil saya, kak Sha atau akak je. Akak janji akan jaga Eykal baik-baik, okay?" Balas Aisha sambil tersenyum manis.
Heykal turut senyum. Manis!
♛
HARI ini merupakan hari pertama Aisha bekerja. Sampai sahaja Aisha di rumah agam Puan Khatijah, Aisha dibawa ke biliknya oleh Mak Mah, pembantu rumah. Puan Khatijah tiada kerana dia ada urusan kerja. Aisha di bawa ke tingkat atas memandangkan biliknya akan berada bersebelahan dengan bilik Heykal. Mungkin senang untuk mereka sekiranya ada apa-apa yang terjadi.
Sewaktu di biliknya, Aisha mula mengemas pakaian. Baju disusun di dalam almari, barangan keperluan disusun di atas meja. Sedang giat mengemas, tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Aisha bangun lalu menuju ke pintu. Daun pintu dikuak. Tersembul wajah Heykal. Kali ni dia mengenakan baju kemeja petak kecil, berwarna-warni dan dimasukkan ke dalam seluar pendek warna biru serta rambutnya dibelah tepi. Comel.
Senyuman diukir sebaik sahaja mata mereka bertentangan.
"Assalamualaikum, akak. Maaf kalau Eykal ganggu," ucap Heykal perlahan. Tangannya digenggam antara satu sama lain.
"Waalaikumussalam, Eykal tak ganggu pun. Ada apa-apa yang Eykal nak ke?" tanya Aisha bersama wajah yang manis. Agak gugup sebenarnya apabila berbicara di hadapan orang kacak ni.
"Akak busy ke? Eykal lapar," adu Heykal. Dia tidak memandang Aisha. Takut sekiranya gadis itu memarahinya.
Aisha sedikit membongkok agar dapat melihat wajah Heykal. Senyuman diukir semanisnya. "Eykal nak makan apa?" Soalnya lembut.
"Eykal nak spaghetti, boleh? Spaghetti Bolognaise. Akak pandai buat, tak?" Soal Heykal gugup. Gugup di hadapan kakak cantik. Aisha tersenyum lalu mengangguk.
"Easy, jom kita masak sama-sama," Aisha kembali membetulkan tubuhnya. Kaki diatur keluar dari bilik lalu menuju ke dapur bersama Heykal yang melompat-lompat sambil menepuk kedua-dua tangan. Suka la tu. Haih, dah macam beruk pulak bila 'orang tua' lompat-lompat ni. Gerutu Aisha di dalam hati.
Setelah sampai di dapur, Aisha mula menyiapkan barangan untuk memasak menu yang dipinta. Segala bahan dikeluarkan dan dia juga ada meminta pertolongan daripada Heykal. Dengar kata dan tidak melawan, Aisha mula menyimpul senyum melihat telatah lelaki itu. Kalau jadi suami pun elok juga ni.
"Eykal duduk dulu, bila dah masak, akak hidangkan," arah Aisha dan Heykal hanya menurut tanpa bicara. Dia melabuhkan duduk sambil memerhati setiap pergerakan Aisha.
"Akak. Umur akak berapa?" Soal Heykal, gembira. Berbunga di hatinya apabila ada kakak cantik yang akan menjaganya. Cantik, lemah lembut, muda pula tu. Tak macam sebelum ni, semuanya garang. Tua.
Aisha berpaling sekilas sebelum kembali fokus kepada masakan.
"25 tahun. Eykal pula?" Tanya Aisha kembali. Saja nak memanjangkan perbualan. Tak lah bosan, kan?
"8 tahun," Terpana seketika setelah mendengar jawapan Heykal. Aisha hanya menahan ketawa. Siapa lah yang menipu budak ni dengan mengatakan umurnya 8 tahun. Kasihan.
"Eykal tak sekolah ke?" Tanya Aisha sewaktu menghidangkan makanan.
Soalan Aisha tidak dijawab malah Heykal hanya memandang ke arah spaghetti. Sedapnya! Dengan bermulakan bismillah, Heykal mula menjamah makanan. Habis comot di pipi.
"Eykal tak nak sekolah. Cikgu jahat. Kawan-kawan pun jahat," jawab Heykal dengan makanan penuh di dalam mulut.
"Ish, habiskan makanan tu dulu," Aisha menggeleng-geleng kepala. Memang autistik betul budak ni.
"Akak, tak sekolah ke?" tanya Heykal setelah makanan sudah habis dalam mulutnya.
"Sekolah tapi tu dulu. Best tau. Cikgu akak baik. Kawan akak pun baik," jawab Aisha. Heykal diam. Makanan dikunyah. Aisha hanya tersenyum. Suasana sepi seketika. Sesekali hanya kedengaran bunyi garfu yang berlaga dengan pinggan. Aisha hanya melihat Heykal yang makan dengan tidak behave nya.
Banyak persoalan yang berada di mindanya mengenai lelaki di hadapannya ini. Autism dari lahirkah? Atau bagaimana? Terlalu elok kejadiannya, kalau dibawa keluar pun, orang-orang tidak akan tahu kalau lelaki ini mempunyai masalah. Kecuali dia dibawa keluar dengan berpakaian seperti sekarang.
Dalam keralitan memerhati anak teruna orang, tiba-tiba terdengar satu deruan enjin kereta di perkarangan rumah. Mungkin Puan Khatijah sudah pulang.
Heykal tiba-tiba berhenti mengunyah. Kepalanya dipusingkan ke belakang. Ke arah ruang tamu.
"Akak, itu acik Ray ke?" Soal Heykal, kelihatan takut.
"Acik Ray? Siapa?" Soal Aisha bingung. Pandangannya turut terhala ke arah yang sama seperti Heykal. Terasa berdebar pula.
"Ma?"
Kedengaran suara seorang lelaki dari arah ruang tamu. Mereka berdua hanya diam memerhati. Tidak menyahut.
"Mama?"
Aisha terkejut. Melihat gerangan yang berada di depan matanya itu.
Banyak untung dia kerja di sini. Ramai orang handsome!
"Pekerja baru?" Soal lelaki itu, dingin.
Aisha hanya mengangguk. Lelaki itu memandangnya lama sebelum berjalan mendekati.
"I'm Raykal. Just call me Ray. Adik si Heykal," lelaki itu memperkenalkan dirinya. Tangannya dihulur namun tidak bersambut.
"Saya Aisha," balas Aisha lalu tersenyum nipis.
"What a beautiful smile, girl. Untung kau, bang. Dapat babysitter cantik kali ni. Sebelum ni semua tua kerepot," tutur Raykal, angkuh.
Senyuman Aisha mula mati. Dia melihat ke arah Heykal. Ada sesuatu yang tidak kena.
"Mama mana, kid?" Soal Raykal kepada Heykal. Lelaki itu hanya diam menunduk.
"Datin ada urusan. Kejap lagi mungkin dia balik," Aisha yang bersuara bagi pihak Heykal. Senyuman masih tetap diukir. Walau hatinya terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"I see. Okay then. Have a good day, pretty. Kalau Heykal ni degil, pukul je dia. Budak degil memang layak kena pukul," pesan Raykal sebelum melangkah pergi. Dahi Aisha berkerut. Pandangannya langsung tertumpu ke arah Heykal.
"Eykal tak suka acik Ray. Acik Ray jahat. Dia selalu pukul Eykal," Heykal bersuara secara tiba-tiba. Masih dalam keadaan menunduk.
YOU ARE READING
SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔
Romance♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama. "H-hai, Eykal." - AISHA AULIA Hari-h...