CHAPTER 19

50.7K 2.2K 63
                                    

AISHA termenung lama sambil merenung ke kolam ikan yang berada di hadapannya. Tubuhnya dihayunkan di atas buaian. Membiarkan tubuhnya disapa lembut oleh angin malam. Sejuk.

"Ni, kawan Eykal. Yang merah tu, nama dia Reddy, yang coklat tu nama dia, Cokky, yang berbelang hitam putih susu tu nama dia Pixie. yang kuning sikit tu nama dia Yelly. Yang warna pink tu nama dia Pinky dan yang warna oren tu nama dia Goldy," Terang Heykal ceria.Tangannya bermain-main di permukaan air.

Ingat lagi masa Heykal dipukul oleh jirannya dulu kerana Heykal telah memusnahkan basikal anaknya. Merah telinganya akibat ditarik. Merah hidungnya akibat menangis. Aisha tersenyum sendiri. Rindu sungguh dia dengan Eykal nya. Matanya ditutup. Cuba untuk mengimbas kembali kenangan indah yang lama.

Tiba-tiba semuanya hilang tatkala dia merasakan seperti tangannya diraih lembut. Pantas Aisha membuka mata. Wajah di sebelah dipandang.

"Aisha buat apa kat sini? Sejuk tau," Heykal bersuara lalu melabuhkan duduknya di sebelah. Wajah isterinya dilihat.

"Saja termenung. Eykal tu tak elok duduk dekat luar malam-malam macam ni. Sejuk. Luka Eykal belum sembuh, kan?" Balas Aisha, risau. Heykal mencebik. Dia suka isterinya memanggilnya dengan nama sedemikian. Comel.

"Sakit lagi?" Soal Aisha lagi sambil menyentuh lembut belakang Heykal. Lelaki itu hanya mengangguk.

"Kesian dia," balas Aisha lalu tersenyum. Heykal turut tersenyum lalu melentokkan kepalanya ke bahu Aisha. Kepekatan malam dilihat.

"Kenapa Eykal tak bagitahu akak- Sorry, I mean, saya apa yang berlaku dekat UK haritu?" Soal Aisha tiba-tiba setelah mereka berdiam diri agak lama.

"Sebab abang nak kenal dengan Aisha dulu," balas Heykal tenang. Posisinya masih seperti tadi.

"Lepastu Eykal dah kenal Aisha lah ni?" Soal gadis itu lagi.

"Dah," balasnya, ringkas.

"Macam mana?"

"Macam mana apa?" Soal Heykal bingung.

"Macam mana Aisha di mata Eykal?" Soalnya, lembut.

"Lovely," balas Heykal sehingga membuatkan gadis itu ketawa.

"Lagi?"

"Beautiful," Aisha hanya tersenyum.

"Lagi?"

"An angel," Aisha ketawa mendengarkan itu.

"Why?"

"Because I love the way you hold me. I love the way you smile and talked softly with me. I love the way you carresed me. I love the way you called me Eykal. You are always there when I need you. You are my angel, my love."

Aisha tersenyum lebar. Terasa malu mendengarkan kata-kata pujian itu. Heykal mengangkat wajahnya, melihat ke arah Aisha. Matanya menikam lembut sepasang mata isterinya itu. Tangannya perlahan dibawa ke pipi lalu diusap lembut. Aisha menutup matanya menikmati belaian itu.

"I love you," ucap Heykal sebelum melabuhkan sebuah ciuman lembut di bibir isterinya.

"TENGKU Haries Raykal."

"Baiklah, setelah meneliti fakta dan barang kes yang dikemukakan, mahkamah mendapati kamu bersalah atas pertuduhan dan disabitkan atas kesalahan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, menculik Puan Aisha Aulia, dan disabitkan atas kesalahan di bawah Seksyen 323, mencedera dengan niat ke atas Encik Tengku Hakiem Heykal dan Encik Muhammad Hisyam pada tarikh yang berikut. Mahkamah bersetuju dengan hujahan timbalan pendakwaraya bahawa walaupun ini merupakan kesalahan pertama tertuduh, faktor bahawa kes ini telah mendatangkan kecederaan terhadap mangsa yang boleh membawa trauma akan diambilkira oleh mahkamah. Mahkamah juga bersetuju bahawa tertuduh sepatutnya memikirkan kesan dan akibat perbuatannya sebelum melakukan jenayah dan bukannya selepas. Setelah mendengar hujahan pihak pendakwa, dan permohonan mitigasi peguambela, dengan ini mahkamah memerintahkan tertuduh Tengku Haries Raykal diikat jamin berkelakuan baik selama 2 tahun dengan jaminan RM 8,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh walaubagaimanapun akan dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan 2 sebatan. Jurubahasa, ada kes lain?"

"Tiada, tuan."

Mendengar sahaja ucapan hakim tadi membuatkan hati Puan Khatijah sungguh kecewa. Heykal hanya mendengar. Aisha juga begitu. Jeritan, laungan panggilan dan tangisan Raykal tidak diendahkan.

"Ma!" Jerit Raykal. Dia meronta ingin menuju ke arah mamanya namun dihalang.

"Dah jom balik," ajak Puan Khatijah. Tidak mahu memandang ke arah anaknya itu.

"Heykal! Abang! Aku minta maaf!" Laungnya lagi dalam tangisan.

Heykal juga hanya menghiraukan. Dia menolak kerusi roda yang menempatkan Syam.

"Aisha! Syam!"

Mendengarkan laungan itu, hatinya terasa sakit. Namun, bersesuaian lah dengan apa yang dilakukan lelaki itu. Sebagai pengajaran.

"Pak Su," rengek Raykal kepada Encik Syaqir. Encik Syaqir hanya menepuk bahu anak saudaranya itu sebelum berlalu pergi. Mengikuti yang lain.

"Maafkan Ray."

SEMINGGU kemudian, Heykal sedang berdiri di beranda. Termenung dia memandang kepekatan malam.

"Bahh!" Aisha mengejutkan Heykal.

"Hish, terkejut abang."

Aisha ketawa kecil. Lengan suaminya dipeluk.

"Tengok apa."

"Tengok masa depan."

"Amboi, hebat dia boleh tengok masa depan. Kalau macam tu, berapa orang anak kita nanti." Aisha mengekek. Heykal memandang isterinya dengan penuh kasih.

"Rasanya tak lebih dari 8 orang."

"Amboi, apa ingat saya ni mesin ke?"

Heykal ketawa mendengarkan celoteh isterinya itu. Isterinya dihadapkan ke arahnya. Bertentangan mata. Tangan isterinya dipegang lalu dikucup.

"Thanks, sebab sanggup jadi isteri abang," ucap Heykal lembut. Lalu mengucup tangan Aisha sekali lagi.

"Sama-sama. Tapi, cliche lah ayat," kata Aisha diiringi ketawa halus. Heykal hanya tersenyum.

Pandangan mereka.masih bertaut. Wajah mereka semakin lama semakin dekat. Leher isterinya dipegang di saat bibir mereka bertaut lembut. Beberapa minit, akhirnya bibir isterinya dilepaskan.

"Can I?" Tanya Heykal dengan pandangan nakal.

Aisha sudah membahang malu.

"Apa?" Soalnya malu.

"Eleh, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu."

"Argh," Aisha terjerit di saat tubuhnya diangkat.

Aisha dibaringkan di atas katil. Suaminya sudah berada di atasnya. Deruan nafas suaminya kedengaran. Hangat. Rentak laju jantungnya tidak terkawal. Heykal mencium lembut dahi isterinya.

"I miss you so much," ucap Heykal di telinga isterinya dengan penuh menggoda. Nafasnya kedengaran berat.

"I miss you too," balas Aisha lembut.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now