MATANYA meliar dengan lemah melihat sekeliling. Tekaknya terasa haus. Teramat haus. Perutnya juga agak lapar. Berkeroncong. Namun, apabila ditawarkan Raykal makanan, dia tidak mahu. Aisha masih melilau melihat sekeliling.
Wajah Heykal serta merta terbayang di fikiran. Rindunya dia terhadap Heykal. Suaminya. Air mata mula turun dengan laju.
"Eykal," serunya, entah kepada siapa.
"Akak, Eykal nak lolipop."
"Kan akak dah pernah bagitau Eykal dulu, lolipop tak baik untuk-"
"Gigi."
"Pandai," hidung mancung Heykal dicuit.
"Eykal," serunya lagi bersama esakan halus. Dia ingin bertemu dengan Heykal sekarang. Secepat mungkin. Dia rindukan lelaki itu.
Oh Tuhan, izinkan hamba-Mu ini menjalani kehidupan yang bahagia lagi bersama yang tersayang.
Bunyi deruan kereta mematikan lamunan Aisha. Pintu dibuka dan tersembul wajah Raykal bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.
"F*ck, bro?" Lelaki itu terkejut apabila melihat Aisha. Gadis itu kelihatan lemah, tidak bermaya.
"Apa?" Soal Raykal selamba sambil berjalan ke arah Aisha, meninggalkan kawannya yang dalam keadaan terpinga-pinga.
"Ray, kau- Ni kakak ipar kau, kan?" lelaki itu agak gelabah lalu berjalan ke arah Aisha. Cuba untuk membuka ikatan tali yang mengikat kemas gadis itu.
"Woi, kau nak buat apa?" Jerkah Raykal lalu menghalang rakannya daripada membuka ikatan tali di tangan Aisha.
"Ray, kau tak kesian ke dekat dia?" Soalnya sebelum melihat Aisha. Aisha melihat kembali ke arah pemuda itu. Mencuba meminta simpati.
"Akak- nak air ke?" Soal rakan Raykal setelah melihat bibir Aisha merekah, kering sehingga berdarah. Aisha hanya mengangguk lemah lalu lelaki itu dengan cepat mencapai botol air yang berada di atas meja lalu membantu Aisha untuk meneguk air tersebut.
"Ray, kau tahu kan abang kau dah kembali normal?" Soal lelaki itu. Tangannya masih membantu Aisha untuk meneguk air.
"Hmm."
"Kau tahu kan apa yang kau buat ni? Aku-" lelaki itu mati kata.
"Syam, kau relax. Aku tak minta banyak dari kau. Uruskan tiket penerbangan aku dengan kekasih aku ni paling lewat minggu depan," balas Raykal lalu menepuk bahu rakannya yang bernama Syam itu.
"Ray kali ni aku minta maaf. Aku tak nak terlibat dalam hal ni. Ni semua melibatkan polis dan aku tak nak ada apa-apa urusan dengan semua ni," balas Syam laju sambil mengangkat kedua belah tangannya. Tanda tidak mahu berkompromi dalam hal ini.
"Kita dah kawan lama kot, Syam. Susah lah kau. Aku minta tolong sikit je."
"Hal lain aku boleh tolong. Hal ni kau tak nak masuk campur. Ray, kau lepaskan lah kakak ipar kau ni. Kau tak kesian kat dia ke?" Soal Syam sekali lagi.
Raykal hanya diam sambil memberi pandangan yang tajam kepada Syam. Tanda dia tidak suka akan soalan Syam tadi. Syam yang melihat wajah itu langsung mahu mengundur diri.
"Bro, aku blah dulu. Apa-apa hal yang melibatkan semua ni, aku tak nak tolong. Anggap je yang aku tak tahu semua ni," Syam berura-ura hendak pergi tapi dihalang Aisha.
"Syam, tolong saya. Tolong lepaskan saya," pinta Aisha sambil menangis. Merayu.
Syam melihat ke arah Aisha kemudian ke arah Raykal. Wajah lelaki itu kelihatan bengis. Matanya melirik pula ke arah meja yang berada di sebelah Raykal. Ada sebilah pisau.
"Saya minta maaf, kak," pintanya lalu berlalu pergi. Aisha mula meraung meminta supaya Syam tidak pergi. Namun, apakan daya. Syam sudah lesap dari pandangan matanya. Aisha hanya mampu menangis sambil dilihat oleh Raykal yang tidak berpuas hati.
♛
KAKINYA diatur laju menuju ke arah keretanya. Mamanya yang menegur dihiraukan. Hari ini dia mendapat satu lagi petunjuk. Tidak tahu daripada siapa, namun dia yakin maklumat yang diberi lelaki itu teramatlah penting.
Heykal masih setia menanti. Sesekali jam di tangannya dilihat.
Tidak sampai beberapa saat, sebuah kereta jenis Waja bergerak melintasi hadapan keretanya. Heykal mula mengikuti kereta itu. Pada awalnya, kereta itu kelihatan perlahan sahaja. Mungkin kerana menyedari akan kereta Heykal yang mengekori, pemandu kereta tersebut bertindak memecut laju. Heykal mula menekan pedal kereta dengan kuat bagi menyaingi kereta di hadapanya. Dia harus tahu di manakah isterinya.
Matanya hanya fokus kepada kereta tersebut sehingga tanpa sedar, ada selekoh di hadapan. Mujurlah Heykal cepat-cepat dapat mengawal stereng dan hampir sahaja melanggar kereta lain yang berlawanan arus dengannya. Akhirnya, kereta nya tersadai di bahu jalan.
"Sh*t!" Jeritnya kuat.
♛
"BODOH! Bodoh! Bodoh!" Tempik Raykal sebaik sahaja dia melangkah keluar dari keretanya. Hatinya mula membara. Amarah. Dia dikejar Heykal dan untung sahaja tidak tertangkap.
Nafasnya turun naik. Matanya mencerlung ke arah rumah usang di hadapannya lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
Aisha yang tersedar dek kerana hentakan kuat pintu rumah usang itu, melihat ke arah Raykal yang sedang berjalan ke arahnya. Lelaki itu mencengkam wajahnya kuat.
"Kau tahu tak? Tadi laki kau kejar aku!" Tempiknya di hadapan muka Aisha lalu melepaskan dengan kuat wajah gadis itu. Raykal berdiri dan mundar-mandir.
"Macam mana dia boleh tahu? Macam mana dia boleh tahu!" Tempiknya lagi.
"Syam? Syam! Yes yes, ni semua Syampunya pasal!" Tempiknya lalu menyepak kerusi yang ada di situ. Terpelanting kerusi tersebut. Aisha hanya diam ketakutan. Dia mula menangis.
"Aku akan bunuh kau, Syam!"
YOU ARE READING
SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔
Romance♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama. "H-hai, Eykal." - AISHA AULIA Hari-h...