♛ TINTA PENULIS 01 ♛

36.5K 843 11
                                    

Alhamdulillah, selesai sudah cerita pertama saya, SAYANGKU, MR AUTISTIC!

First of all, beribu ucapan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca dan menambahkan cerita ini di reading list korang semua. I am so glad for it. Ini adalah cerita pertama yang saya berjaya habiskan. Terima kasih juga atas sokongan yang korang semua berikan kepada saya. Saya hendak memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang saya menyampaikan alur cerita ini. Segala yang kurang itu datang daripada saya sendiri, dan sebagai seorang manusia yang lemah, saya teramatlah banyak kekurangan. Sekiranya terdapat typo yang extreme, roger roger. Saya akan baiki sekiranya ada kesempatan.

Buat pembaca yang lama atau mereka yang sudah membaca cerita ini separuh sebelum proses editing dilakukan, saya hendak maklumkan bahawa cerita ini telah diubahsuai kepada versi baharu. Telah berlaku sedikit penambahan part dan ada part yang telah saya padamkan. Mengikut kesesuaian jalan cerita. Jadi, saya minta maaf atas kekeliruan yang berlaku.

Jadi, saya ingin memohon maaf dan sekaligus berterima kasih atas sokongan yang diberikan. Saya doakan korang semua dilimpahkan rezeki dan nikmat dari Allah SWT. Doakan saya juga supaya tetap kuat untuk terus berkarya dan memperbaiki segala kesalahan dan kekurangan pada masa hadapan.

P/S: Cerita ni masih ada sambungan. Beberapa special chapter atas permintaan readers. So, stay tuned.

Dan, cerita ini adalah inspired story from Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik karya Farisha Imani.

Terima kasih.

Lots of love from me
Najiha

Edited:
16 August, 2023, 18.56 p.m, Wednesday.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now