Majlis pernikahan Heykal dan Aisha akan berlangsung tidak lama lagi. Aisha sebenarnya risau. Risau kalau-kalau Heykal tidak dapat melafazkan akad. Risau kalau Heykal meragam. Risau akan segalanya.
"Eykal. Nah, Eykal cuba baca ni,"
Aisha hulurkan sekeping kertas kepada Heykal.
"Aku terima. Nikahnya, Aisha Aulia binti Ahmad dengan mas kahwinnya- lapan- kosong- kosong-"
"Bukan lapan kosong kosong, Eykal. Lapan ratus."
"Ouh, okay. Aku, terima nikahnya, Aisha Aulia binti Ahmad- dengan mas- kahwinnya- lapan ratus ringgit- tunai."
Aisha mengangguk-angguk perlahan mendengarkan Heykal membaca akad tersebut.
"Eykal, nikah nanti Eykal lafaz yang ni okay. Baru sah nikah kita."
Heykal mengangguk laju. Dalam hati menyimpan senyum.
♛
HEYKAL berdiri di beranda biliknya. Esok adalah majlis perkahwinannya. Di fikirannya terbayang wajah arwah isterinya, Harrisa.
"Abang, minta maaf. Abang tak maksudkan nak duakan sayang."
Air matanya mengalir perlahan. Menahan sebak. Rindu sungguh dia dengan isterinya. Buat masa sekarang dia tidak boleh melawat kubur isterinya kerana takut kalau-kalau mamanya akan syak sesuatu. Dia perlu menahan rindu yang terbuku di dalam dirinya.
Dalam tangis, Heykal tiba-tiba teringat akan sesuatu. Kakinya diatur laju menuju ke almari. Dia membelek setiap laci yang ada. Mencari-cari sesuatu.
Setelah barang yang dicari itu tiada, dia berpindah pula ke arah laci meja. Mencari-cari dengan penuh desakan.
"Mana mana mana?" Gumamnya perlahan namun tiada juga.
Hatinya semakin sebak. Air matanya laju mengalir.
Kenapa tiada gambar pernikahan mereka? Di mana mamanya menyimpannya? Apakah mamanya sudah membuangnya?
Serata bilik Heykal mencari namun tiada. Dia akhirnya berputus asa dan melabuhkan duduk di birai katil. Nafasnya ditarik dalam dan menghembusnya perlahan. Penat.
Baru sahaja Heykal hendak membaringkan tubuhnya, tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar.
Dengan laju Heykal memandang ke arah pintu.
Raykal.
Adiknya itu kelihatan cemberut. Heykal yang sedang dalam kelelahan cuba menukar watak.
"Acik Ray?" Panggilnya perlahan. Suaranya kedengaran agak serak kerana menangis tadi.
Raykal berjalan menuju ke arah Heykal. Pintu bilik ditutup rapat. Wajahnya kelihatan bengis. Heykal hanya melihat dengan penuh debaran.
Dia tahu. Adiknya itu tidak berpuas hati dengan majlis pernikahan dia dan Aisha. Dia tahu bahawa Raykal membenci dirinya. Dia tahu apa yang dilakukan Raykal selama ini terhadap dirinya.
"Kau dengar sini! Kau jangan ingat kau kawen dengan Aisha, aku akan berdiam diri!" Raykal mencekak baju Heykal. Nafasnya turun dan naik menahan amarah.
"A-acik Ray cakap apa ni?"
"Kau tak layak untuk Aisha. Aisha milik aku dan aku akan pastikan kau dengan Aisha tak akan bahagia, faham!" Jerkah Raykal namun masih dalam nada yang perlahan.
Heykal hanya diam. Melihat wajah Raykal yang membara itu membuatkan dia sedih. Raykal bencikan dia.
"Kau tu cacat! Kau tak akan dapat bahagiakan Aisha!" Sambung Raykal lalu sebelum melepaskan baju Heykal dengan kasar. Kakinya diatur keluar dalam keadaan yang penuh amarah.
Heykal hanya terdiam. Melihat pemergian adiknya.
♛
"AKU, terima nikahnya Aisha Aulia Binti Ahmad dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah."
"Alhamdulillah."
Akhirnya akad sudah dilafazkan. Lancar sungguh Heykal melafaznya. Orang ramai agak terkejut dengan kelancaran Heykal melafaz akad.
Menakjubkan!
Aisha tersenyum. Baju pengantin berwarna putih disulami bunga berwarna emas dan manik-manik putih tersarung cantik di badannya. Tudungnya yang berwarna putih dan make upnya yang tidak terlalu tebal menampakkan lagi serinya. Heykal agak kagum dengan kecantikan Aisha. Setanding dengan kecantikan isterinya dulu. Raykal hanya mampu memandang. Sungguh dia kesal. Kesal kerana Aisha tidak dapat menjadi miliknya.
Setelah doa dibaca, tibalah masanya untuk menyarungkan cincin. Heykal mengambil cincin lalu disarungkan di jari Aisha melalui ajaran dari mamanya. Aisha menyalami tangan Heykal dan secara spontan Heykal mencium ubun-ubunnya. Aisha pula menyarungkan cincin pada jari Heykal. Sungguh bahagia di hati Heykal. Dia memegang lama tangan Aisha sambil mengelusnya lembut.
"Heykal?" Panggil Aisha apabila lelaki itu tidak melepaskan tangannya. Heykal terkejut lalu melepaskannya perlahan. Segan.
Dalam pada itu, Heykal terpandangkan sepasang suami isteri yang berada tidak jauh darinya. Ibu bapa arwah Harrisa. Heykal merasa sebak. Pasangan itu tersenyum manis melihatkan Heykalnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/94217160-288-k384851.jpg)
YOU ARE READING
SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔
Romance"Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama. "H-hai, Eykal." - AISHA AULIA Hari-harinya akan dihiasi de...