CHAPTER 18

49.4K 2.2K 55
                                    

"HEYKAL sebenarnya dah lama normal," ucap Puan Khatijah sambil menggenggam erat tangan menantunya.

"Maksud mama?" Tanya Aisha kebingungan.

Wanita itu menarik nafas dan menghembus lembut. Mencari semangat untuk bercerita. Wajah sugul Aisha dipandang.

"Sebenarnya, semenjak dia di UK lagi dia sudah kembali normal. Di sana, dia mengalami satu kemalangan jalan raya di mana kepalanya terhantuk dengan kuat. Belum sempat lagi Pak Su Syaqir bawa dia jumpa dengan Doktor Benjamin. Kesan dari kemalangan itu, Heykal dah kembali seperti biasa," terang Puan Khatijah.

Aisha terkedu.

"Maknanya, sebelum kitorang kahwin lagi dia dah normal?" wanita itu mengangguk bagi menjawab soalan menantunya.

Aisha kelu. Bingung.

"Kenapa?" Wajah ibu mertuanya dipandang dengan penuh pengharapan.

"Pak Su cakap Heykal nak kenal dengan Aisha terlebih dahulu."

Aisha mengangguk.

"Ma,Aisha nak jumpa Heykal, boleh?" pinta Aisha. Wajahnya penuh dengan pengharapan. Berharap diberi peluang untuk bertemu dengan suaminya. Dia rindu akan wajah lelaki itu.

"Tapi, Aisha-"

"Please," pinta Aisha lagi, memotong kata-kata Puan Khatijah.

Puan Khatijah mengangguk setelah mengeluh halus.

"Nanti mama minta izin doktor dulu lepastu mama ambilkan wheelchair," Puan Khatijah bangun lalu keluar untuk mendapatkan izin dari doktor yang bertugas seterusnya mendapatkan wheelchair untuk menantunya.


AISHA merenung lama wajah Heykal. Matanya  meliar melihat seluruh tubuh lelaki itu sebelum perasaan malu menjalar dalam diri. Bila teringatkan hal-hal sewaktu awal pernikahan dulu, membuatkan Aisha beras malu. Wajahnya diraup sebelum dihembus lembut. Tangan suaminya diraih dan dicium lembut.

"Akak rindu Eykal," beritahu Aisha.

Diam.

"Eykal tak rindu akak ke?"

Diam.

"Bangunlah."

Diam.

"Sampai hati Eykal biarkan akak cakap sorang-sorang."

Diam.

"Abang," Panggilnya bersama esakan halus. Dia menangis sepuas-puasnya. Hatinya remuk. Sedih. Sebak. Dia ingin lelaki di hadapannya ini membuka mata dan melihatnya. Dia ingin jari yang dipegangnya ini membelai lembut dirinya. Dia mahu mendengar suara Heykal buat sekian kalinya. Dia mahu bersama Heykal lagi.

"Ai-Aisha?"

Aisha pantas mengangkat wajahnya. Melihat ke arah Heykal yang sudah sedia membuka mata melihatnya.

"Eykal?" Serunya, tangan naik menyentuh pipi lelaki itu.

"Aisha."

Aisha memusingkan kepalanya ke belakang. Berteriak memanggil mamanya.


AISHA memandang lama wajah Heykal yang pucat itu. Menjelajah di setiap inci wajah lelaki itu sehingga membuatkan Heykal ketawa halus.

"Kenapa ni?" Soal Heykal lalu tangannya menyentuh lembut pipi isterinya. Mengusap lembut.

Aisha menggeleng. Bibirnya mengukir senyum.

"Alhamdulillah, Aisha dah selamat," senyum diukir lebih lebar apabila isterinya menyentuh kembali tangannya yang berada di pipi gadis itu.

"Maafkan saya-"

"Shhh."

"Tanggungjawab abang untuk pastikan sayang selamat," ucap Heykal lagi.

Aisha tersenyum hambar.

"Abang nak minta maaf."

"Sebab?" Tanya Aisha bingung.

"Sebab abang tipu Aisha selama ni."

Aisha hanya tersenyum.

"Bersebab," balas Aisha.

Kini, giliran Heykal pula yang tersenyum.

"Eykal nak tahu sesuatu, tak?" Soal Aisha. Masih berbahasakan 'Eykal'. Lelaki itu hanya mengangkat kedua belah keningnya.

"Yang bantu Eykal datang kepada Aisha tu Syam. Kawan Raykal sendiri," sambung Aisha lagi lalu tersenyum.

"Syam?" Aisha hanya mengangguk.

"Syam yang call Eykal beritahu keadaan Aisha. Kita kena berterima kasih dekat dia. Tapi-" kata-kata Aisha terhenti seketika.

"Tapi?" Soal Heykal kerana isterinya berhenti berbicara secara tiba-tiba. Wajahnya kelihatan sedih.

"Dia dalam keadaan kritikal sekarang. Raykal yang tikam dia," sambung Aisha sayu. Heykal kelihatan terkejut. Sebegitu sekali adiknya sanggup lakukan. Tidak dia sangka adik yang disayangi dulu, yang dikasihi dulu berubah menjadi seorang yang sedemikian. Hanya kerana seorang gadis.

"Kita doakan dia, ye."


HARI ini, Heykal dibenarkan pulang. Aisha pula sudah pulang ke rumah tiga hari lebih awal daripada Heykal.

Setelah sampai di rumah mereka, Heykal dipapah masuk ke dalam bilik lalu disuruh duduk oleh isterinya di birai katil.

"Nak mandi tak?" Tanya Aisha.

Heykal yang sedang duduk di birai katil itu dipandang sekilas sebelum menyimpan barang-barang.

"Nak kalau sayang nak temankan," Heykal berjenaka. Dia mengukir senyum nakal.

Aisha hanya diam. Berpura-pura seperti tidak dengar. Walhal hatinya sudah berdegup kencang. Malu.

"Macam mana abang nak mandi. Belakang abang sakit lagi," Belakangnya dipegang.

"Nak mandi ke tak?" Tanya Aisha lagi seraya bercekak pinggang.

"Hehe, nak. Tapi tolong abang masuk dalam bilik air."

Aisha menuju ke arah suaminya. Suaminya dipapah lagi ke dalam bilik air.

"Tolong buangkan baju ni," arah Heykal. Dia cuba menyimpul senyum.

Aisha mengerling sebelum menanggalkan baju suaminya. Heykal menyimpul senyum lagi sewaktu melihat isterinya. Bangga apabila melihat wajah isterinya itu yang seakan terkejut apabila melihat wajah sasanya. Aisha cuba untuk tidak melihat ke arah suaminya, dia berpura-pura sibuk dengan menyediakan tempat mandi untuk suaminya.

"Terliur ke?" Tanya Heykal selamba lalu ketawa  halus.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now