HARI ini dia menerima maklumat baru. Maklumat yang paling dia nantikan. Keberadaan Aisha dan penculik. Lelaki asing itu telah menelefonnya kembali.
Heykal sudah melaporkan kepada pihak polis namun dia bukan seorang yang penyabar untuk menanti. Dia bertindak untuk pergi sendirian. Tanpa menghiraukan arahan pihak polis.
Heykal memarkirkan keretanya tidak jauh dari rumah usang itu. Dia mula keluar. Dia sudah menyediakan senjata untuk sebagai alat untuk melindunginya nanti.
Kereta penculik tiada di situ. Mungkin keluar. Dan ini merupakan masa yang amat tepat untuk dia menyelamatkan isterinya. Heykal bergegas masuk. Dia mencuba untuk membuka pintu tetapi berkunci. Dengan kekuatan tubuhnya, dia merempuh pintu tersebut. Sekali cuba sahaja, pintu berjaya di buka.
Heykal terkejut melihat keadaan isterinya. Diikat dikerusi. Lemah tak bermaya. Gadis itu kelihatan tertunduk. Longlai.
"Aisha?" Panggilnya lalu berlari menuju ke arah isterinya. Pipi isterinya dielus lembut. Ikatan dibuka.
"Sayang? Hey, abang datang ni sayang."
Aisha mula membuka matanya. Melihat ke arah lelaki yang sedang mengelus lembut pipinya.
"Ey-Eykal?" Heykal mengangguk laju. Ikatan berjaya dibuka dan dengan pantasnya, Aisha memeluk suaminya.
"Eykal," seru Aisha sekali lagi. Rindunya dia terhadap lelaki ini. Akhirnya, Allah telah makbulkan doanya.
Air mata bercucuran. Rindunya dia akan isterinya. Tangan lemah isterinya diraih dan dicium berkali-kali. Aisha menangis begitu juga dengan Heykal. Dan sekali lagi, Heykal memeluk Aisha seeratnya seperti tidak mahu melepaskannya.
"Abang rindu sayang," pelukan semakin dieratkan. Aisha membalas pelukan suaminya bersama esakan.
"Cut! Drama apakah ini?" Suara Raykal menyentakkan pasangan suami isteri tersebut.
Heykal berpusing pandang ke belakang. Alangkah terkejutnya apabila mendapati Raykal sedang terpacak di depan pintu.
"Ray?" Panggil Heykal.
"Well," balas Raykal sepatah.
Dia mengatur langkah menuju ke arah abangnya dan kakak iparnya.
"Ray- Ray dalang semua ni," beritahu Aisha perlahan.
"What?" Heykal terkejut
"Wah wah wah. Kau dah normal ke, bang? Sejak bila? Sejak aku pukul kau haritu ke?" Tanya Raykal dengan penuh kesinisan. Bibirnya mengoyak senyum sinis.
"Ray, apa semua ni?!" Jerkah Heykal.
Raykal tersenyum sinis.
"Nothing. I'm just- want to play with your wife," ucap Raykal lalu ketawa kuat.
"F*ck!" Heykal menyumpah. Wajahnya kelihatan ketat. Dadanya turun dan naik menahan amarah.
"Welcome back to the real world, my brother," Raykal menepuk tangannya.
Tak semena-mena satu tumbukan hinggap di pipi kiri Raykal sehingga menyebabkan lelaki itu terjelepok jatuh. Tangannya memegang pipinya.
"F*ck f*ck f*ck!" Raykal mula bangkit lalu bertindak menumbuk kembali abangnya. Tidak tunggu lama, tumbukan padu hinggap di perut dan muka Heykal berkali-kali sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh.
"Eykal!" Jerit Aisha lalu bangkit menuju ke arah suaminya.
Tidak berhenti di situ, Heykal bangun dan bertindak untuk menyerang Raykal lalu menumbuk berkali-kali wajah dan badan adiknya itu sehingga menyebabkan Raykal jatuh. Dia menghempap adiknya lalu menumbuk muka adiknya berkali-kali.
"Eykal!"
Heykal seakan tersedar apabila dia terdengar panggilan isterinya. Dia berhenti dan terus menerpa ke arah isterinya. Tubuh isterinya dipeluk kemas. Kesan darah di tangannya dibiarkan. Aisha menutup mata menikmati pelukan suaminya. Sungguh dia rindu.
"Argh!" Heykal menjerit. Matanya terbuka luas.
Wajahnya seperti menahan kesakitan. Aisha membuka mata dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Raykal berdiri di belakang suaminya sambil memegang pisau yang disaluti darah.
"Akh-" Heykal menjerit kesakitan.
Pelukan semakin lemah. Aisha menangis sambil memanggil suaminya.
"E-Eykal!" Aisha memanggik suaminya berkali-kali sebelum dia melihat ke arah Raykal. Air matanya laju membasahi pipi.
"Ray-Raykal! Kau- kau buat apa ni!" Jerit Aisha kuat sambil menggoncang tubuh suaminya.
"Awak? Awak?" Aisha memanggil suaminya lemah.Wajah Raykal pucat. Raykal terduduk selepas melepaskan pisau itu.
"Aku- aku tak bunuh dia. Aku tak bunuh!" Raykal meraup wajahnya kemudian dia melihat kedua tangannya yang penuh dengan darah itu.
Dia menggosok tangannya dia seluarnya dengan kasar. Berharap agar darah itu akan hilang. Raykal menangis.
Bunyi siren kereta polis langsung tidak menghiraukan Raykal. Dia masil lagi mencuba untuk menghilangkan darah itu.
Dua orang polis menuju ke arah Raykal dan menangkap Raykal manakala dua orang lagi menuju ke arah Aisha dan Heykal
Aisha hanya memandang sambil menangis.
"Kau bunuh dia!" Tempik Aisha lalu meluru ke arah Raykal namun dihalang oleh seorang pegawai polis.
"Tak! Aku tak bunuh abang aku sendiri!" Raykal menjerit.
Polis membawanya keluar. Aisha menangis lemah sebelum terjelepok jatuh dan akhirnya dia menutup mata. Gelap.
♛
MATANYA dibuka perlahan. Sinaran cahaya matahari menyilaukan matanya. Kepalanya terasa pusing. Di manakah dia? Siling putih menjadi tatapan.
Kemudian, dia merasakan seperti seseorang sedang meraih tangannya. Adakah itu suaminya?
Wajahnya dialih. Alangkah kecewanya dia apabila bukan suaminya di sebelah. Senyuman diberikan kepada ibu mertuanya dan Pak Su suaminya itu.
"Aisha dah sedar? Alhamdulillah," ucap Puan Khatijah seraya mengusap rambut menantunya.
Encik Syaqir dibelakang dipandang.
"Mana Heykal?" Tanya Aisha, lemah.
Puan Khatijah tertunduk. Encik Syaqir di belakang ibu mertuanya dipandang.
"Heykal. Dia ada dalam ICU. Dia masih belum sedar. Aisha rehat dulu. Nanti Heykal doktor yang rawat, okay?" Terang Encik Syaqir.
Aisha menangis. Kepalanya digelengkan.
"Aisha nak jumpa Heykal. Aisha rindu Heykal. Ma," Aisha merengek dan menangis. Hatinya sebak.
Wanita itu memeluk menantunya dengan kemas bersama air mata.
"Kita doa sama-sama ye, sayang. InSyaAllah Heykal akan sembuh," ucap Puan Khatijah.
YOU ARE READING
SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔
Romance♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama. "H-hai, Eykal." - AISHA AULIA Hari-h...