"Maaflah sebab akak cakap kedua-dua ibu bapa akak dah meninggal tadi. Sebenarnya kami cuma ada ayah tapi ayah kami tak sayang kami. Dia tak sanggup nak jaga Bona sebab Bona tak normal macam anak orang lain haihh" Seola mengeluh. "It's okay akak. Satu hari nanti mesti dia sedar akan kesalahan dia dan kembali kepada anak-anaknya. Btw Akak, boleh bagi masa sikit dekat Moonbin? Mungkin dua hari?" pinta Moonbin. "Okay, terpulanglah pada Moonbin. Ni kad Akak. Akak minta diri dulu" Seola terus beredar dari situ. Dua hari kemudian, selepas mendapat persetujuan daripada keluarga dan rakan-rakan, Moonbin akhirnya bersetuju menjadi pengawal peribadi Bona. Walau bagaimanapun, dia perlu mengambil lesen memandu dan menjalani latihan khas untuk menjadi pengawal peribadi dalam masa sebulan setengah. Sebulan setengah telah pun berlalu, hari ini merupakan hari pertama Moonbin bertugas. Seola membawa Moonbin ke rumahnya.
"Huishhh besar jugak rumah Kak Seola. Tak sangka sorang doktor ada rumah besar macam ni" Moonbin berasa kagum melihat sebuah banglo mewah tersergam indah di hadapannya. Seola membawa Moonbin ke ruang tamu terlebih dahulu. "Tunggu sini kejap. Akak nak pergi panggil Bona" kata Seola lalu terus beredar. Sementara menunggu Bona, pandangan Moonbin tidak lekang pada hiasan dalaman dan perabot-perabot mewah yang ada. Inilah kali pertama dia masuk ke rumah orang kaya. "Moonbin, ni lah adik perempuan akak, Bona" Seola muncul kembali bersama Bona. Moonbin bingkas bangun lalu melemparkan senyuman manis kepada Bona. "Bona, ni lah bodyguard Bona yang akak selalu ceritakan tu. Nama dia Moonbin. Lepas ni dia akan sentiasa pantau keselamatan Bona dan akan teman Bona ke mana sahaja" kata Seola kepada Bona. Bona menggelengkan kepalanya, tanda dia tidak suka dengan kehadiran Moonbin.
"Bona sayang, Akak upah Moonbin sebab akak tahu akak selalu sibuk sampai takde masa untuk Bona. Akak kesiankan dan risau akan keselamatan Bona sebab tu Akak nak Bona berkawan dengan Moonbin. Dia akan sentiasa temankan Bona dan Bona tak perlulah anggap Moonbin sebagai bodyguard. Bona anggaplah Moonbin sebagai kawan baik Bona" terang Seola dengan lemah-lembut. "Jangan risau, Moonbin baik orangnya dan dia akan teman Bona sampai pukul 8pm je. Lepas tu kita main sama-sama okay? Oklah akak ada kerja sikit nak buat" Seola terus meninggalkan mereka berdua. Hanya tinggal Moonbin dan Bona di ruang tamu. Keadaan agak janggal bagi mereka berdua. "H-Hai B-Bona" sapa Moonbin. Bona hanya menunduk. Moobin mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya. "Cita-cita awak nak jadi novelist, kan? Dan awak mesti suka baca novel kan? Nahhh bacalah novel ni. Saya pinjam novel ni daripada kawan saya" Moonbin menghulurkan novel itu kepada Bona.
Perlahan-lahan Bona mengambil novel itu. "Awak bacalah novel tu dulu ye. Saya nak keluar kejap. Nanti saya datang balik" Moonbin minta diri terlebih dahulu. "Good job Moonbin. Akak memang boleh percayakan kamu" sapa Seola tiba-tiba. "Akak rupanya. Terkejut saya. Saya ingat akak dah ke klinik" "Akak memang nak ke klinik tapi akak curi masa sedikit untuk pantau korang. Moonbin nak ke mana?" tanya Seola. "Saya nak beli burger ayam untuk dia memandangkan akak cakap dia suka makan burger ayam kat gerai burger saya. Saya nak buat kejutan untuk dia" jawab Moonbin. "Kalau macamtu jomlah kita pergi sekali" kata Seola. Mereka bertolak ke gerai burger menaiki kereta masing-masing. Moonbin meletakkan kereta di hadapan klinik Seola buat sementara waktu. "Nah ambik duit ni" Seola menghulurkan wang kepada Moonbin. "Akak nak burger apa?" tanya Moonbin.
YOU ARE READING
No One Like You [Malay FF]
FanfictionMoonbin yang berasal daripada keluarga sederhana diupah menjadi pengawal peribadi kepada Bona yang berasal daripada keluarga berada. Luaran Bona memang kelihatan normal tetapi dia mempunyai masalah pertuturan yang teruk. Dia tidak dapat bercakap den...