SEVEN Teen

219 11 0
                                    

  "Doyeon, apa awak buat dekat sini?" "Saya cari awak. Boleh kita bincang sesuatu?" "Mungkin lain kali sebab saya tengah kejar teman wanita saya" bohong Moonbin. Dia terus mengejar Bona semula. Doyeon terkejut dan terus beredar dengan berat hati. Bona ternampak Moonbin berbual dengan gadis itu. Dia kembali kepada Moonbin dan bertanyakan tentang perempuan itu. Mereka berkumpul di luar kereta sebelum bertolak balik. Bona tidak lagi trauma. Dia ingin tahu siapakah gerangan gadis itu. "Nama dia Doyeon. Dia ex classmate dan ex crush saya. Saya memang dah lama suka dia tapi dia tak pernah suka saya walaupun dah 2 kali saya confess dekat dia" kata Moonbin. Air muka Bona mula berubah. Moonbin perasan perubahan pada muka Bona. "Awak jangan risaulah. Dia cuma ex crush saya. Sekarang saya dah takde hati dan perasaan dekat dia"

  "Hati dan perasaan saya pada orang lain sekarang emm" Moonbin terlepas cakap. Bona seakan-akan terkejut. "Jomlah balik" Moonbin terus menghantar Bona pulang. Malam itu, Bona asyik teringatkan kata-kata Moonbin. "Awak jangan risaulah. Dia cuma ex crush saya. Sekarang saya dah takde hati dan perasaan dekat dia" "Hati dan perasaan saya pada orang lain sekarang emm" Dia dapat rasakan yang Moonbin menyukai dirinya. Sebenarnya, Bona sudah lama jatuh cinta pada Moonbin tapi dia tidak berani luahkan isi hatinya kerana dia bimbang Moonbin akan menolak cintanya kerana dia hanyalah seorang gadis yang cacat. Sementara itu, di bilik Moonbin, "Haihhh nasib baik aku tak terlepas cakap, kalau tak aku jugak yang susah nanti" "Kan bagus kalau dia tahu isi hati aku ni tapi dia nak ke terima orang miskin macam aku ni? Darjat aku dan dia jauh berbeza hmmm" Moonbin menghelakan nafas berat.

  Moonbin juga menyukai Bona tanpa sedar tetapi dia bimbang Bona akan menolak cintanya kerana dia hanyalah seorang bekas penjual burger yang berasal dari keluarga sederhana yang diupah menjadi pengawal peribadi kepada seorang gadis yang cantik dan kaya. Perbezaan darjat mereka berdua menganggu fikiran Moonbin. Keesokan harinya, Moonbin menemani Bona di rumahnya seperti biasa. Bona kembali menulis novel tetapi dia seakan-akan tiada idea untuk membuat jalan cerita yang sempurna. "Bona, siap-siap cepat. Saya nak bawak awak ke satu tempat. Bawak laptop sekali" kata Moonbin tiba-tiba. Bona terus naik ke biliknya di atas tanpa bertanya apa-apa. 20 minit kemudian, mereka pun tiba di sebuah tempat. "Selamat datang ke Astro Public Library atau APL untuk singkatannya. Awak mesti tak pernah ke sini kan? Inilah tempat saya belajar, buang masa dan lepak dua tahun lepas" Moonbin ketawa besar.

  Bona berasa kagum dan teruja melihat perpustakaan awam yang besar, cantik dan bersih itu. Dia tidak pernah ke APL sebelum ini. "Memandangkan tempat ni sunyi dan tenang, saya yakin idea untuk tulis novel yang gempak akan datang mencurah-curah kat awak. Jom masuk" Moonbin dan Bona terus melangkah masuk ke dalam APL dan mencari tempat duduk yang selesa. "Awak sambunglah tulis novel tu. Saya nak cari buku yang menarik untuk dibaca. Jangan risau keselamatan awak terjamin di sini" Moonbin meninggalkan Bona sebentar. Bona terus menyambung kerjanya. Moonbin membawa Bona ke tempat yang betul dan sempurna. Suasana yang tenang dan sunyi memudahkan Bona untuk berfikir. Tambahan pula, keselamatan di situ terjamin tanpa perlu bimbang akan ancaman yang mendatang. Moonbin masih tercari-cari buku yang menarik untuk dibaca. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. "Maafkan saya Cik" Moonbin menundukkan badannya.


No One Like You [Malay FF]Where stories live. Discover now