"Kenapa awak bawak saya ke sini? Dekat sini mana ada restoran" "Memang takde restoran dekat sini tapi kita ada tu, gerai burger saya, dah jom keluar" Moonbin dan Bona terus keluar dari kereta. "Bro!!" sapa Rocky dari jauh. Moonbin meninggalkan Bona sebentar. "Mana Jinjin?" tanya Moonbin. "Dia pergi beli barang kejap. Siapa dia tu? Awek kau ke?" "Tulah adik Kak Seola yang aku selalu ceritakan tu. Bona marilah sini!" panggil Moonbin. "Bona, ni kawan saya, Rocky. Seorang lagi namanya Jinjin tapi dia takde dekat sini" Moonbin memperkenalkan Rocky kepada Bona. "Awak duduklah sini ehh. Saya nak masak burger ayam special untuk awak" Moonbin menyuruh Bona duduk di atas kerusi plastik yang ada. "Bro tolong belikan air botol dua. Balance kau belilah apa yang kau nak" Moonbin menghulurkan duit kepada Rocky. "Oraittt" Rocky terus ke kedai serbaneka berdekatan.
"Awak duduk situ dulu ye. Nanti kita makan sama-sama" kata Moonbin. Memandangkan tiada pelanggan ketika itu, Moonbin mengambil kesempatan untuk menyediakan burger ayam kegemaran Bona. Tidak lama kemudian, Rocky kembali dengan minuman yang dibeli. Rocky menghulurkan minuman itu kepada Moonbin. "Thank you bro. Aku kena gerak sekarang, aku nak bawak Bona ke satu tempat" Moonbin dan Bona terus minta diri setelah burger ayam siap dimasak. "Bro! duit burger ada atas tu!" jerit Moonbin lalu kembali ke kereta. 10 minit kemudian, Jinjin pun tiba. "Lambat betul kau ni. Rugilah kau dah terlepas sesuatu" kata Rocky. "Jalan jammed tadi. Aku terlepas apa?" Jinjin hairan. "Moonbin datang sini dengan Bona, adik Kak Seola. Perghhh memang cun habis Bona tu" "Alamakkkk, melepaslah aku. Aku memang dah lama teringin tengok si Bona tu" Jinjin mengeluh. Rocky hanya ketawa.
Sementara itu, Moonbin membawa Bona ke Sungai Han. Dia siap membawa tikar untuk berkelah bersama. Selepas selesai membentang tikar, mereka berdua duduk di tepi Sungai Han sambil makan burger ayam itu. Bona terasa amat tenang ketika itu. Dia jarang berkelah seperti ini. Moonbin tersenyum melihat Bona yang sudah kembali ceria. "Nanti kita bawak Kak Seola datang sini ye?" kata Moonbin. Bona hanya mengangguk tanda setuju. Tiba-tiba telefon bimbit Moonbin berdering. Moonbin minta diri untuk menjawab panggilan telefon itu. 2 minit kemudian, dia kembali kepada Bona dalam keadaan cemas. "Bona, awak kena ikut saya. Adik saya bagitahu yang mak saya tengah demam panas sekarang" Bona terkejut. Selesai mengemas, mereka pergi ke rumah Moonbin dan terus membawa ibu Moonbin ke hospital. Adik-adik lelaki Moonbin ikut sekali. Moonbin membawa ibunya ke bilik doktor sementara Bona menjaga adik-adiknya yang masih muda; berusia 16 tahun dan 14 tahun.
Dipendekkan cerita, Ibu Moonbin ditahan di wad kerana kekurangan air. Moonbin menghubungi Seola. Dia meminta Seola menjemput Bona pulang kerana dia tidak sanggup meninggalkan ibunya. Adik-adik Moonbin pula terpaksa bermalam di rumah Seola. Seola dan Bona berkerjasama dengan Moonbin sekeluarga dengan baik. Mereka melayan adik-adik Moonbin seperti adik sendiri. Mujurlah keesokan harinya, Ibu Moonbin dibenarkan pulang ke rumah. Moonbin membawa ibunya pulang dan pada masa yang sama, Seola dan Bona bersama adik-adik Moonbin sudah berada di hadapan rumah setelah mereka mendapat tahu ibu Moonbin dibenarkan pulang. Seola dan Bona turut menziarahi ibu Moonbin. Moonbin berada di luar rumah, menenangkan fikirannya. Bona muncul dari belakang dan mencuit bahu Moonbin. Dia ingin berkata sesuatu tetapi Moonbin menghalangnya. Dia tidak mahu Bona memaksa diri.
YOU ARE READING
No One Like You [Malay FF]
ФанфикMoonbin yang berasal daripada keluarga sederhana diupah menjadi pengawal peribadi kepada Bona yang berasal daripada keluarga berada. Luaran Bona memang kelihatan normal tetapi dia mempunyai masalah pertuturan yang teruk. Dia tidak dapat bercakap den...