NINE-tailed Fox

201 12 0
                                    

  "Awak tak tahu ke yang Moonbin sekarang dah jadi bodyguard kepada seorang awek cun ni. Nama dia Bona" sampuk Jinjin. Doyeon terperanjat. "Dah lama ke dia jadi bodyguard?" tanya Doyeon lagi. "Lama jugaklah" jawab Rocky ringkas. "Boleh awak ceritakan sedikit apa hubungan Moonbin dengan Bona tu?" "Hubungan diorang? Diorang kadang-kadang nampak macam majikan dan pekerja, kadang-kadang macam adik-beradik, kadang-kadang macam pasangan kekasih. Well diorang kan sentiasa berkepit ke mana sahaja" kata Rocky selamba. "Maaflah kalau banyak bertanya, tapi awak pernah jumpa si Bona tu? Berperwatakan dia macam mana?" tanya Doyeon lagi. "Saya pernahlah jumpa si Bona tu sekali dan berperwatakannya, dia jenis tak bercakap. Dia bukan bisu atau pendiam tetapi Moonbin kata dia alami masalah pertuturan yang teruk. Dia tak boleh nak sebut satu perkataan pun macam 'Lari' atau 'Makan' " jelas Rocky.

  Doyeon terperanjat tetapi masih kekal tenang. Sekarang dia sudah tahu kenapa papa tirinya meninggalkan keluarga lamanya dan langsung tidak mendedahkan perkara sebenar kepada dirinya dan mamanya. "Awak berdua boleh tolong saya?" "Tolong apa?" tanya Rocky dan Jinjin serentak. Malam itu. Rocky dan Jinjin menghubungi Moonbin dan menyuruh Moonbin tunggu di gerai burger mereka. "Manalah mamat dua ekor ni. Kata nak jumpa tapi diorang pulak yang lambat" bebel Moonbin. "Moonbin?" sapa seseorang. Moonbin terus toleh ke belakang. "Awak lagi? Awak intip saya ke apa? Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" Moonbin mula rimas. "Sebenarnya ini semua rancangan saya. Saya minta Rocky dan Jinjin bantu saya supaya saya dapat jumpa awak. Saya tahu awak mesti akan datang sini kalau Rocky dan Jinjin ajak jumpa" Doyeon berterus-terang dengan Moonbin. "Korang bertiga tipu sayalah ni? Huh?" Moonbin mula naik angin.

  "Awak janganlah marah diorang berdua. Diorang tak bersalah. Saya yang bersalah. Saya buat macam ni pun sebab saya nak jumpa dan berbincang sesuatu dengan awak. Please untuk kali ni" Doyeon merayu. "Okay saya bagi peluang dekat awak untuk kali ni je. Lepas ni jangan ganggu atau ikut saya lagi" Moonbin memberi amaran. Mereka berdua bergerak ke sebuah restoran. Di restoran; "Saya tahu awak jadi Bodyguard sekarang dan perempuan yang saya nampak dekat APL tadi adalah bos awak tapi saya nak tahu, apa hubungan awak dengan dia?" "Tunggu sekejap..... dari mana awak tahu semua ni?" Moonbin tidak menjawab soalan Doyeon. "Kawan-kawan awaklah yang bagitahu saya. Please answer me Moonbin. apa hubungan awak dengan dia? Betul dia tu girlfriend awak?" desak Doyeon. Moonbin menarik nafas panjang sebelum bercakap. "Betul. Dialah bos saya, dia jugaklah Girlfriend saya. Jadi apa masalahnya?" bohong Moonbin.

  Doyeon tersentak mendengar jawapan Moonbin. "Tahniah Moonbin. Dia memang sepadan dengan awak" Doyeon melemparkan senyuman palsu. "Itu je awak nak cakap? Maknanya urusan kita dah selesai. Thank you and good bye" Moonbin terus bangun dari kerusinya. Doyeon sempat menarik lengan Moonbin. "Boleh tak awak bawak dia jumpa saya esok? Saya teringin nak jumpa dia" pinta Doyeon. "Ehhh?" Moonbin terperanjat. Keesokan paginya, keadaan mula jadi riuh-rendah di rumah Seola. "Bona please! Pleaselah jadi girlfriend saya untuk hari ni je" Moonbin merayu. Bona mencebikkan mukanya. Dia tidak suka dipergunakan. "Saya tahu awak tak suka saya tapi tolonglah jadi girlfriend saya untuk hari ni je. Saya janji lepas semua ni selesai, saya akan cari boyfriend yang 10 kali lebih handsome dari saya" Moonbin enggan mengalah. Bona mengeluarkan buku notanya dan menulis sesuatu.


No One Like You [Malay FF]Where stories live. Discover now