Ben TEN

188 14 0
                                    

  "Okay boleh tapi awak tolong bagitahu kawan awak tu saya ni Girlfriend awak yang bisu. Saya tak nak dia tahu pasal kelemahan saya" "Ok no problem. Pergi siap cepat" gesa Moonbin. Akhirnya, Bona bersetuju untuk menjadi teman wanita Moonbin untuk sehari. Moonbin membawa Bona ke restoran semalam untuk makan tengahari bersama Doyeon. Sebenarnya, Moonbin enggan membawa Bona bertemu Doyeon kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. Walau bagaimanapun, Doyeon tetap mendesak Moonbin. Dia turut mendakwa Moonbin seorang penipu sekiranya Moonbin tidak membawa Bona bertemu dengannya. Sepanjang perjalanan, Moonbin berasa tidak sedap hati. Dia dapat rasakan Doyeon mempunyai niat jahat terhadap Bona. "Doyeon, kenalkan ni girlfriend saya, Bona" Moonbin memperkenalkan Bona kepada Doyeon. Doyeon dan Bona bersalaman. Bona hanya tersenyum. Mereka bertiga menikmati makan tengahari bersama.

  "Dah berapa lama awak bercinta dengan Moonbin? Dia romantik tak? Dia pernah bagi hadiah dekat awak?" bertubi-tubi Doyeon menyoal Bona. Bona hanya mendiamkan diri. "Emm Doyeon, sebenarnya Bona ni bisu. Dia faham apa yang kita cakap tapi dia tak boleh bercakap" terang Moonbin. Bona pula hanya mengangguk. Moonbin perasan Doyeon asyik menjeling Bona. Dia mengesyaki ada yang tak kena dengan Doyeon. Dia tiba-tiba mendapat satu idea. "Awak berdua tunggu sini dulu ye. Saya nak ke tandas kejap" Moonbin terus meminta diri. Keadaan agak janggal bagi Bona dan Doyeon. Doyeon tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan satu gambar (gambar keluarga Bona) kepada Bona. Bona terkejut. "Kau mesti kenal kan lelaki tu? Lelaki itu sebenarnya papa tiri aku dan walaupun dia papa tiri aku tapi dia sayang aku dan mama aku sepenuh hati" Bona tersentak.

  Dia terasa sedih kerana bapa kandungnya tidak pernah menyayangi dirinya seperti bapa kandungnya menyayangi Doyeon. "Tak sangka kau rupa-rupanya adik-beradik tiri aku. Untung aku ada adik-beradik tiri yang cantik dan CACAT macam kau" sindir Doyeon. Bona tersentap. "Kau jangan tipu aku Bona. Aku tahu segala-galanya pasal kau. Kau tak bisu. Kau boleh bercakap tapi lembab. Satu perkara lagi, jangan ingat kau cantik dan kaya, kau boleh rampas Moonbin daripada aku. Dia aku punya!" Doyeon memberi amaran. Bona berusaha menahan air matanya daripada menitis. "Huh, aku faham kenapa papa tak pernah cerita pasal kau dekat aku. Aku tahu dia malu ada anak cacat macam kau tapi aku tak faham kenapa Moonbin suka kau. Adakah dia ikhlas sukakan kau? Hei tolonglah sedar diri tu. Dia suka kau sebab kau cantik dan kaya je! Kalau kau hodoh dan miskin, dia tak pandang kau" Doyeon menghina Bona sekali lagi.

  Pada masa yang sama, Moonbin pun tiba. Doyeon dan Bona berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Bona terasa amat sedih apabila dihina dan dikeji begitu tetapi dia tetap berpura-pura gembira ketika bersama Moonbin. Pukul 10:30 PM, Moonbin ke rumah Seola semula untuk berbincang sesuatu. Mujurlah Bona sudah tidur ketika itu. Mereka berdua bersembang di halaman rumah. "Akak kenal perempuan ni? Nama dia Doyeon. Dia ex-classmate saya" Moonbin menunjukkan gambar Doyeon kepada Seola. "Kalau tak silap akak dia ni adik tiri akak. Akak pernah nampak dia dengan papa Akak haritu. Kenapa?" jawab Seola. Moonbin terkejut. "Dia tahu tak pasal Akak dan Bona?" "Dia tak tahu pasal kami berdua sebab Akak yakin papa mesti rahsiakan pasal kami berdua daripada dia. Kenapa ni Moonbin? Kamu nampak serius je" Seola hairan melihat Moonbin yang resah gelisah.


No One Like You [Malay FF]Where stories live. Discover now