"Akak tak nak makan burger hari ni. Gunalah duit tu untuk beli burger untuk Bona dan kamu sekali" jawab Seola. "Akak simpan duit ni. Kali ni biar saya belanja dia. Lagipun gerai burger tu masih milik saya. Takkan saya nak bayar kot" Moonbin ketawa dan terus minta diri. Walaupun Moonbin tidak berkerja di situ lagi, gerai burger itu masih miliknya. Moonbin terus ke seberang jalan dan bertemu dengan Rocky dan Jinjin. Seola hanya memerhatikan gelagat Moonbin daripada jauh. Dia ternampak Moonbin sendiri yang menyediakan burger ayam untuk Bona. "Baik betul budak ni. Aku dah pilih orang yang betul" Seola terus melangkah masuk ke dalam kliniknya. "First time aku tengok orang pakai suit handsome2 buat burger" kata Rocky. "Tak tahulah nak rasa kagum atau pelik" tambah Jinjin. Moonbin hanya mampu ketawa. "Nah bro" Moonbin menghulurkan duit kepada Rocky. "Banyaknya bro. Kau cuma buat satu burger je" Rocky terkejut.
"Satu hal lagi, kau buat burger sendiri dan bayar dekat kami? Pelik" tambah Jinjin. "Anggaplah ni sedekah. Gerai burger ni memang hak milik aku tapi sekarang korang berdua pemilik sementara gerai burger ni, dan aku pulak dah jadi pelanggan sekarang, so aku memang kena bayarlah. Oklah Aku gerak dulu" Moonbin minta diri. 10 minit kemudian, dia pun tiba di rumah Seola. Dia terus menuju ke Bona yang masih berada di ruang tamu membaca novel. "Maaf lambat. Awak mesti laparkan? Nahh makan ni. Saya pergi dapur ambik gelas dan ais kejap" Moonbin terus berjalan ke dapur. Bona tersenyum disaat melihat burger ayam kegemarannya. Moonbin kembali ke ruang tamu bersama gelas dan ais. Dia menuangkan jus oren yang dibelinya tadi ke dalam gelas itu. "Awak mesti suka burger ayam tu kan? Saya buat special untuk awak" maklum Moonbin. Bona menunjukkan riak wajah yang hairan.
"Kak Seola bagitahu yang awak suka makan burger ayam dekat gerai burger saya. Sebab itulah saya buatkan burger ayam ini khas untuk awak. Kalau awak nak tahu, sebelum Kak Seola ambik saya jadi bodyguard awak, saya berkerja sebagai penjual burger di situlah." jelas Moonbin. Bona hanya mengangguk tanda faham. Bona mencapai buku notanya dan menulis sesuatu. "Awak tak nak makan ke?" "Takpelah awak makanlah dulu. Kak Seola dah belanja saya makan tadi" jawab Moonbin sambil tersenyum. Bona hanya mengangguk dan terus menikmati burger ayam kegemarannya. Moonbin hanya memerhatikan wajah Bona. "Awak makanlah dulu, saya nak ke tandas jap" Moonbin meminta diri. Sekembalinya daripada tandas, Moonbin perasan mulut Bona comot habis. Dia mengambil tisu lalu mengesat kotoran pada mulut Bona. Bona pula membeku ketika itu. Sebelum ini tiada orang lain yang pernah melayan dia sebaik itu kecuali kakaknya.
"Awak dah habis makan kan? Biar saya kemas semua ni lepastu awak sambung baca novel" kata Moonbin. Selesai mengemas meja dan membersihkan segala kekotoran, Moonbin kembali ke ruang tamu. Bona mula mengangkat bukunya. "Jom main PS3" "PS3? Boleh je tapi nak main game apa?" tanya Moonbin. "Game bola" "Game bola? Ok saya on je" Moobin teruja. Sebelum permainan bermula, Moonbin sempat menanyakan sesuatu kepada Bona. "Selalunya awak main PS3 dengan siapa?" "Dengan Kakak. Kadang-kadang saya main sorang-sorang" Moonbin hanya mengangguk. Terdetik perasaan simpati di dalam hati Moonbin. Dia dapat rasakan kehidupan Bona penuh dengan kesunyian. Permainan pun bermula tidak lama selepas itu. Moonbin perasan Bona hanya tersenyum riang sejak tadi. Dia tahu Bona tentu gembira dapat meluangkan masa dengannya.
YOU ARE READING
No One Like You [Malay FF]
FanfictionMoonbin yang berasal daripada keluarga sederhana diupah menjadi pengawal peribadi kepada Bona yang berasal daripada keluarga berada. Luaran Bona memang kelihatan normal tetapi dia mempunyai masalah pertuturan yang teruk. Dia tidak dapat bercakap den...