"Tengahari tadi, saya bawak Bona pergi makan tengahari dengan Doyeon. Doyeon nak jumpa dia sebab saya beritahu dia yang Bona adalah girlfriend saya. Kami lunch sama-sama dan lepastu saya tinggalkan diorang berdua sekejap. Saya cakap saya nak ke tandas tapi hakikatnya saya intip diorang berdua" Moonbin berhenti seketika. "Saya nampak Doyeon tunjukkan sesuatu kepada Bona dan lepastu air muka Bona terus berubah. Kemudian, saya nampak Doyeon cakap sesuatu dekat Bona dan Bona pulak nampak macam tengah tahan sedih. Saya pergi balik dekat diorang dan diorang bergaul macam biasa" sambung Moonbin. Seola tergamam. "Takkanlah dia dah tahu pasal Bona? Akak yakin papa akak tak pernah cerita pasal kami berdua dekat dia" "Kawan-kawan saya yang bagitahu pasal Bona dekat Doyeon. Ni semua salah saya sebab tak bagitahu diorang awal-awal" Moonbin berasa bersalah.
"It's okay. Kamu cuma perlu tolong akak sikit je. Rancangannya macam ni" Seola membisikkan sesuatu pada telinga Moonbin. Keesokan harinya, di restoran yang sama, Doyeon sedang duduk menunggu seseorang. "Pelik jugak kenapa tiba-tiba Moonbin ajak aku lunch ni? Hmmm tak kisahlah janji aku dapat date dengan dia" ujar Doyeon. Seorang wanita tiba-tiba duduk di hadapan Doyeon. Doyeon terkejut. "Aku tahu kau kenal aku dan aku datang sini nak berbincang sesuatu dengan kau" kata Seola. Doyeon pula terpinga-pinga. "Kau tak perlu tunggu Moonbin. Dia tak akan datang. Aku yang suruh dia perangkap kau ke sini" terang Seola. Doyeon terkejut besar. Kali ini pula dia yang terkena. "Akak ni siapa? K-Kenapa Akak tiba-tiba nak jumpa saya?" "Kau tak perlu nak berpura-pura lagi Doyeon. Kau tu adik tiri aku. Ayah kau, ayah aku jugak" tegas Seola. Doyeon mula takut.
"Bagitahu aku, apa yang kau cakap kat Bona semalam? Moonbin bagitahu aku yang Bona nampak sedih. Tell me the truth" "Saya cakap apa Akak? Saya cuma berbual-bual biasa dengan dia. Itu je" bohong Doyeon. "Kau jangan nak tipu aku Doyeon. Walaupun Bona tak pandai bercakap tapi aku, sebagai kakak kandung dia faham perasaan dia. Aku kenal dia sejak lahir lagi. Walaupun dia tak sempurna tapi hati dia tak busuk macam kau!" Seola mula bengang. Doyeon tersentap habis. "Ini amaran pertama dan terakhir aku, jangan ganggu adik aku dan Moonbin lagi. Kalau tak nahas kau" Seola terus beredar dari situ. Doyeon terdiam seribu bahasa. Dia tidak pernah dimarahi sampai begitu sekali sebelum ini. "Siaplah kau Seola, Bona... Aku takkan biarkan korang hidup bahagia!" Doyeon mula berniat untuk membalas dendam kepada adik-beradik tirinya.
Pada hari yang sama, di rumah Seola pula, Moonbin menemani Bona bermain PS3 di ruang tamu. Moonbin tidak memberitahu Bona akan rancangannya bersama Seola. Bona tiba-tiba berhenti bermain dan mencapai buku notanya menulis sesuatu. "Tak nak main dah ke?" tanya Moonbin. Bona hanya menggeleng. Moonbin duduk disebelah Bona selepas menutup PS3. "Kalau awak suka perempuan tu, mana yang awak rasa lebih penting? Dalaman atau luaran?" "Mestilah dalamannya. Apa guna luaran cantik tapi hati busuk. Kenapa tanya?" Moonbin bingung. "Kalau ada perempuan yang betul-betul cintakan awak sepenuh hati, adakah awak akan terima dia walaupun dia hodoh, miskin dan cacat?" "Bona luaran itu hanyalah bonus. Saya tak kisahlah dia cacat ke, hodoh ke, yang penting dia mencintai saya sepenuh hati. Zaman sekarang memang susah nak cari orang yang betul-betul ikhlas dengan kita" "Jadi awak suka saya tak?" Moonbin terkejut.
YOU ARE READING
No One Like You [Malay FF]
FanfictionMoonbin yang berasal daripada keluarga sederhana diupah menjadi pengawal peribadi kepada Bona yang berasal daripada keluarga berada. Luaran Bona memang kelihatan normal tetapi dia mempunyai masalah pertuturan yang teruk. Dia tidak dapat bercakap den...