"Jangan risau Bona, walaupun awak tak sempurna, saya akan tetap temankan awak dan akan sentiasa buat awak happy. Saya janji" bisik hati kecil Moonbin. Hari pertama berlalu dengan baik dan Bona pula mula rasa selesa bersama Moonbin setelah seminggu berlalu. Namun, Moonbin berasa hairan kenapa dia perlu jadi pengawal peribadi Bona sedangkan Bona hanya duduk di rumah. Pada hujung minggu, Bona menghantar mesej kepada Moobin, mengajaknya keluar. Dia ingin ke April Garden. Dia juga memberitahu Moonbin supaya memakai pakaian biasa. Moonbin mengikut sahaja permintaan Bona. Bona berasa teruja dan gembira sebaik sahaja tiba di April Garden. Dia pernah ke April Garden sebelum ini tetapi ini merupakan kali pertama dia ke sana dengan orang lain/bukan ahli keluarganya. Bona membuat isyarat tangan kepada Moonbin. Moonbin tidak faham isyarat itu pada mulanya. "Ohh tangkap gambar! Kejap eh" Moonbin mengeluarkan telefon bimbitnya.
Banyak juga gambar yang diambil oleh Moonbin. "Awak jalan-jalanlah dulu ye. Saya nak ke tandas kejap" Moonbin meninggalkan Bona sebentar. Bona berjalan sendirian di taman bunga itu. Sedang asyik dia melihat bunga-bungaan di situ, dia terlanggar seorang wanita sehingga beg tangan wanita itu terjatuh. Bona tunduk tanda dia meminta maaf. "Excuse me?! Dah langgar orang sampai beg tangan aku terjatuh pun tak reti-reti nak mintak maaf ke?" sindir wanita itu. Dia nampak seperti orang berada. Bona tunduk sekali lagi dan ingin beredar dari situ. Wanita itu menghalangnya. "Biadap betul budak ni. Mintak maaf cepat!" marah wanita itu. Bona cuba membuka mulutnya tetapi dia takut untuk bersuara. "Cepatlah!!" tengking wanita itu. Bona membuka mulutnya dan cuba untuk bercakap. "Ma...Ma..Ma....Ma...Ma..Ma..Ma......Ma..." Bona langsung tidak boleh menghabiskan ayatnya. "Bona dengan siapa tu?" Moonbin ternampak Bona dengan seorang wanita.
"Ma...Ma..Ma....Ma..." Bona masih tergagap-gagap. Air matanya mula bertakung. Wanita itu ingin sahaja menengking Bona tetapi mujurlah Moonbin sempat muncul. "Kenapa ni Bona? Kenapa ni Cik?" tanya Moonbin. "Girlfriend kau ni dah langgar aku sampai beg tangan aku yang berharga beribu-beribu ni jatuh. Lepas tu tak reti pulak mintak maaf. Asyik Ma ma ma ma dari tadi" jawab wanita itu dengan sombong. "Saya minta maaf bagi pihak dia. Dia sebenarnya ada masalah pertuturan sebab tu dia gagap. Maafkan saya cik" Moonbin terus tunduk. Tiba-tiba teman lelaki wanita itu pun tiba. "Jieqiong minta maaf cepat. Awak tak sepatutnya marah dia. Dia bukan sengaja langgar awak" kata teman lelakinya. "Tapi Mark...." "Takde tapi-tapi minta maaf cepat". Akhirnya mereka semua saling bermaafan dan terus meminta diri. Walau bagaimanapun, air mata Bona telah menitis ke bumi. Dia sedih kerana dimarahi dan dihina sampai begitu sekali oleh wanita kaya itu.
Moonbin membawanya ke kereta. Dia mengeluarkan tisu dan mengesat air mata Bona. "Maafkan saya Bona. Saya tak sepatutnya tinggalkan awak tadi. Ni semua salah saya" Moonbin tiba-tiba dihimpit rasa bersalah. "Ni...Ni...Bu....Bu.....Bu....Bu" Bona masih cuba untuk bercakap. Moonbin meletakkan jari telunjuknya pada bibir Bona. "Jangan paksa diri awak Bona. Saya tahu awak memang tak boleh bercakap tapi saya tak kisah semua tu. Awak sempurna di mata saya Bona" kata Moonbin. Bona yang masih menangis teresak-esak terus memeluk Moonbin erat. Moonbin terkejut. Jantungnya pula dup dap dup dap. Dia membalas kembali pelukan Bona. "Jom kita pergi makan. Saya dah lapar ni" ujar Moonbin. Mereka masuk ke dalam kereta dan terus bergerak ke satu tempat. Moonbin meletakkan kereta di hadapan klinik Seola. Bona terkejut kenapa Moonbin membawanya ke situ. Bona sempat lagi menulis sesuatu.
YOU ARE READING
No One Like You [Malay FF]
FanfictionMoonbin yang berasal daripada keluarga sederhana diupah menjadi pengawal peribadi kepada Bona yang berasal daripada keluarga berada. Luaran Bona memang kelihatan normal tetapi dia mempunyai masalah pertuturan yang teruk. Dia tidak dapat bercakap den...