"Ok fine, kalau awak tak nak..." Doyeon mengeluarkan pistol dan mengacukan pistol ke arah Seola. Yang lain mula panik. "Lakukannya sekarang sebelum perempuan ni saya tembak!" ugut Doyeon lagi. Moonbin mula buntu dan panik. Dia tidak sanggup melepaskan Bona tetapi sekiranya dia tidak mengikut kata Doyeon, Seola akan terkorban. Bona memegang erat lengan Moonbin. Dia kelihatan amat gelisah. Dia pun tidak sanggup melepaskan Moonbin tetapi keselamatan Seola lebih penting baginya. Moonbin menghadap Bona dan memegang bahu Bona. "Jangan Moonbin jangan! Jangan ikut kata dia!" jerit Seola dari jauh. "Maafkan saya Bona tetapi demi keselamatan kakak awak, saya terpaksa lakukan ni" kata Moonbin. Mata Bona mula berair. "Bona, mulai sekarang saya....." "Doyeon hentikan semua ni!" jerit seorang lelaki. "Papa?!" Doyeon dan Seola terkejut. Bona turut terperanjat. "Kenapa Doyeon buat semua ni? Doyeon boleh ditangkap atas tuduhan menculik dan ugutan bunuh"
"Tapi Papa....." "Takde tapi-tapi! Doyeon sanggup buat semua ni demi kepentingan diri sendiri. Papa kecewa dengan kamu Doyeon." Tuan Kim menghampiri Bona dan Bona pula berlari ke arah papanya. Dia memeluk papanya sekuat hati. "Maafkan papa, Bona. Sekarang Papa sedar yang papa yang tersilap selama ni. Papa tahu Bona tak sempurna macam orang lain tapi Bona tetap anak Papa, darah daging papa" lafaz Tuan Kim. "Seola, maaafkan papa sebabkan tinggalkan korang berdua dan lepaskan tanggungjawab yang berat ni kepada Seola. Papa tak sepatutnya bebankan Seola dengan semua tanggungjawab ni" tambah Tuan Kim. "It's okay Papa. Setiap manusia buat silap. Seola maafkan papa" Seola tersenyum tetapi air matanya menitis ke bumi. "Hentikan semua ni Doyeon. Lepaskan Kak Seola kamu dan mari kita mulakan hidup baru" kata Tuan Kim.
"Tak....Tak.....Tak!!!!" Doyeon mula hilang kewarasan. Dia melepaskan tembakan secara rambang. "Bona!" Moonbin menyelamatkan Bona sementara Rocky dan Jinjin membawa Tuan Kim ke tempat yang selamat. "Moonbin! Kita kena selamatkan Kak Seola!" jerit Jinjin dari jauh, "Bona, awak tunggu sini. Biar saya selamatkan Kak Seola" kata Moonbin. Bona tidak mahu melepaskan Moonbin kerana keadaan ketika itu terlalu bahaya. "Don't worry Bona, I'll back" Moonbin terus bertindak. "Doyeon, berhenti!" jerit Moonbin. " Kalau awak tak berhenti dan tak lepaskan Kak Seola, saya takkan putuskan hubungan dengan Bona dan itu jugak bermakna saya tak boleh bersama awak" Moonbin cuba memujuk Doyeon. Pistol masih ditangannya. "Campak pistol tu jauh-jauh dan lepaskan Kak Seola" tambah Moonbin. "Tak.....Tak!!!" Doyeon menghalakan pistol ke arah Moonbin dan terus menembak Moonbin. "Hati-hati!" Tuan Kim menyelamatkan nyawa Moonbin tetapi malangnya dia pula ditembak tepat di jantung.
"Papa!!" jerit Seola. Bona pula mendapatkan papanya yang sudah terbaring dalam dakapan Moonbin. Doyeon terkejut dengan tindakannya sendiri. Rocky dan Jinjin terus berlari ke arah Seola dan menyelamatkannya. Seola terus mendapatkan papanya. Malangnya dua lelaki berbadan sasa itu pula membelasah Rocky dan Jinjin. "Rocky! Jinjin!" Moonbin datang menyelamat. "Bangun papa Bangun!" Seola mula menangis kuat. "Seola, jaga adik kamu elok-elok dan Bona, jangan menyusahkan kakak kamu. Papa sayang kamu berdua" Tuan Kim menghembuskan nafas yang terakhir. "Papa? Papa?? Papa???!" jerit Seola. Bona tersentak melihat bapa kandungnya yang mati dipangkuannya. Sementara itu, Moonbin berjaya membelasah dua orang lelaki dan menyelamatkan Rocky dan Jinjin. Pada masa yang sama, Bona tiba bangun-bangun dan mencapai pistol yang jatuh itu. Dia ingin menembak Doyeon yang sedang melutut.
YOU ARE READING
No One Like You [Malay FF]
Fiksi PenggemarMoonbin yang berasal daripada keluarga sederhana diupah menjadi pengawal peribadi kepada Bona yang berasal daripada keluarga berada. Luaran Bona memang kelihatan normal tetapi dia mempunyai masalah pertuturan yang teruk. Dia tidak dapat bercakap den...