Bona mencuit bahu Moonbin yang sedang memandu. "Kak Seola? Bukak loud speaker" arah Moonbin. [Hei perempuan! Aku tahu kau tak boleh bercakap tapi aku nak kau dengar baik-baik. Kak Seola kesayangan kau ada dengan aku. Kalau kau nak dia selamat, bawak Boyfriend kesayangan kau tu sekali dan jumpa aku dekat rumah agam pinggir bandar] Panggilan ditamatkan. "Doyeon.... Itu memang suara dia! Saya dah agak ni mesti kerja dia" kata Moonbin. Moonbin mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Rocky. "Rocky kau ada dekat mana sekarang?" [Aku dah sampai rumah agam tu. Jinjin pun ada dengan aku] "Bagus. Korang berdua jangan bertindak dulu. Tunggu sampai aku datang" Panggilan ditamatkan. 7 minit kemudian, mereka berdua pun tiba. "Bona awak tunggu dalam kereta. Jangan keluar langsung, Rocky, Jinjin, korang berdua jaga Bona" arah Moonbin dan terus masuk ke rumah agam itu.
Rumah agam itu pernah dijadikan sarang penjenayah untuk kegiatan pasaran gelap iaitu menjual organ dan membuat patung seks manusia suatu ketika dahulu. "Doyeon! Lepaskan Kak Seola!" jerit Moonbin dari jauh. Seola duduk di atas kerusi sambil badannya diangkat. Dia dikawal rapi oleh dua lelaki berbadan sasa. "Mana Bona? Sepatutnya dia ada dengan awak" "Lupakan Bona. Dia takde kena mengena dalam hal ni. Sekarang bagitahu saya kenapa awak culik Kak Seola?" tanya Moonbin. "Huh, Perempuan ni memang buat saya bengang! Dia hina saya sesuka hati semata-mata nak backup adik dia yang cacat tu. Dia dan Bona layak dapat balasan!" jerit Doyeon. "Ini semua salah, Doyeon! Kak Seola buat macamtu sebab dia nak protect adik dia. Dia tak sanggup tengok adik dia dihina oleh awak. Saya tak faham kenapa awak berdendam dengan diorang berdua sedangkan awak sepatutnya bahagia dengan kehidupan awak" kata Moonbin.
"Awak tak faham Moonbin, awak tak faham. Saya buat semua ni sebab awak! Saya cintakan awak Moonbin tapi awak hiraukan saya! Bona dah rampas awak dari saya!" teriak Doyeon. "Awak silap Doyeon. Bona tak rampas sesiapa dari sesiapa. Saya mengaku saya memang tergila-gilakan awak zaman sekolah dulu tapi sekarang semuanya dah berubah Doyeon. Awak tolak cinta saya dua kali dan mana mungkin saya akan kembali kepada awak. Bona adalah cinta terakhir saya. Saya takkan lepaskan dia" tegas Moonbin. "Doyeon, kau sebenarnya perampas dalam hal ni! Kau rampas ayah kami, kau rampas kebahagiaan kami sekeluarga. Kau beruntung sebab ayah kandung kami sayangkan kau, anak tirinya lebih daripada kami" Seola pula bersuara. "Kak Seola betul. Awak patut sedar itu dan awak tak berhak nak rampas kebahagiaan diorang berdua" sampuk Moonbin.
"Sudah! Diam! Bawak Bona ke sini sebelum saya bunuh kakak dia!" ugut Doyeon. Moonbin mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Rocky. "Bawak Bona ke sini cepat" arah Moonbin. Beberapa minit kemudian, Rocky dan Jinjin tiba bersama Bona. Bona terus mendapatkan Moonbin. Mukanya nampak resah. "Sekarang Doyeon, Bona dah ada dekat sini. Awak nak dia buat apa?" "Saya nak awak lepaskan dia. Saya nak korang break depan saya!" Moonbin dan Bona terkejut. "Kalau awak tak sanggup nak lepaskan perempuan tu, saya takkan teragak-agak nak bunuh kakak dia. Satu lagi, awak tak boleh jadi bodyguard atau bertemu dia lagi. Awak perlu bersama saya sahaja sepanjang masa" tambah Doyeon. "Awak memang dah melampau Doyeon. Apa saya dapat kalau saya ikut cakap awak? Kalau saya lepaskan Bona sekali pun, saya takkan pergi kepada perempuan busuk hati macam awak!" Moonbin mula bengang.
YOU ARE READING
No One Like You [Malay FF]
FanficMoonbin yang berasal daripada keluarga sederhana diupah menjadi pengawal peribadi kepada Bona yang berasal daripada keluarga berada. Luaran Bona memang kelihatan normal tetapi dia mempunyai masalah pertuturan yang teruk. Dia tidak dapat bercakap den...