SIX Sense

223 13 0
                                    

  "Moonbin" sapa Seola dari belakang. "Akak akan berikan cuti kepada Moonbin untuk Moonbin jaga mak. Ambiklah berapa lama pun" "Tapi Akak, siapa nak jaga Bona nanti?" "Jangan risau, Akak akan tutup klinik untuk jaga Bona. Mak kamu lagi penting dari Bona. Mak kamu tanggungjawab kamu dan Bona pulak tanggungjawab Akak" tegas Seola. Bona mencuit bahu kakaknya pula. "Boleh tak Bona tinggal sini sampai mak Moonbin betul-betul sembuh? Jangan risau Bona boleh jaga diri dan Moonbin pun ada untuk jaga Bona" "Hmmm boleh tapi Bona jangan menyusahkan keluarga Moonbin pulak ye. Bona kena tolong Moonbin jaga mak dia tau. Kejap lagi Akak bawak pakaian Bona" Seola mengizinkan Bona untuk tinggal dengan keluarga Moonbin buat sementara waktu. Bona terus memeluk Seola. Moonbin pula terasa lega.

  Diringkaskan cerita, Bona dapat bergaul baik dengan keluarga Moonbin. Dia menjaga ibu Moonbin seperti ibunya sendiri. Dia juga berasa gembira kerana dapat bermain bersama adik-adik Moonbin walaupun dia langsung tidak bercakap. Moonbin berasa gembira melihat Bona sudah mula bergaul dengan orang lain. Baginya, Bona sekarang lebih baik daripada Bona yang dahulu. Beberapa hari kemudian, Bona yang sudah lama tidak menulis novel mula mengajak Moonbin kepada satu tempat. Dia ingin mencari ilham di sana. Moonbin mengikut sahaja kehendak Bona. Mereka ke Cosmic Park, taman rekreasi yang baru dibuka 2 tahun yang lalu. Moonbin berasa teruja melihat keindahan kawasan itu kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke situ sebelum ini. Bona membawa Moonbin ke sebuah pondok kayu yang besar. Tiada siapa disitu. Bona mengeluarkan laptopnya dan terus mula menulis rangka novel terlebih dahulu.

  "No wonderlah Kak Seola suruh aku jadi bodyguard Bona. Rupa-rupanya Bona suka datang sini dengan laptop dia. Bahaya betul" gumam Moonbin. Moonbin memerhatikan sahaja gelagat Bona yang sedang asyik menulis rangka novel. Dia kelihatan khusyuk. Moonbin meninggalkan Bona sebentar. Dia pergi ke hadapan itu sahaja untuk melihat kolam. Sementara itu; "Bro, Awek tu lagi ah" kata si Penyangak A. "Kau ni tak habis-habis dengan awek tu. Aku tak peduli pasal awek tu. Aku cuma nak laptop dia" tegas si Penyangak B. "Kalau macam tu, biar aku culik dia dan kau cilok laptop tu, Deal?" tanya Penyangak A. Penyangak B hanya mengangguk. Perlahan-lahan mereka menghampiri Bona yang masih khusyuk menulis. Mereka berdua langsung tidak perasan Moonbin yang berada berhampiran kolam. "Jangan bergerak!" Penyangak A berjaya mendapatkan Bona sementara Penyangak B sibuk membelek laptop itu.

  Moonbin toleh ke belakang dan "Woiii Lepaskan dia!!!" Dia ternampak dua lelaki cuba mencabul Bona dan mencuri laptop Bona. Moonbin bertindak pantas. Dia terus menyerang kedua-dua penyangak itu. Ternyata Seola membuat keputusan yang tepat dengan menjadikan Moonbin sebagai pengawal peribadi Bona. Sekejap sahaja dia dapat menumbangkan kedua-dua penyangak itu. Orang ramai yang lalu lalang turut membantu Moonbin dengan menangkap kedua-dua penyangak itu dan melaporkannya kepada polis. Moonbin mendapatkan Bona yang trauma. "Saya dah agak benda macam ni akan berlaku. Awak tu perempuan mana boleh bersendirian di sini. Seperkara lagi, awak mana boleh guna laptop kat tempat macam ni. Bahaya tau" tegas Moonbin. Bona merajuk dan terus melarikan diri. Dia tahu Moonbin sedang marah padanya. "Bona tunggu!" Moonbin ingin sahaja mengejar Bona. "Moonbin" ada suara perempuan menyapanya daripada belakang. Langkahnya terhenti dan dia menoleh ke belakang.

No One Like You [Malay FF]Where stories live. Discover now