Prolog

1.2K 58 13
                                    

"Annes, dah la tu. Jangan terlalu berharap sangat. Doktor dah cakap kan, harapan untuk dia hidup tipis" ujar Furyna si kakak saudaranya.

"Aku balik dululah! Tunggu kau sampai esok pun tak sudah sudah" Furyna memarahi Annes.

Annes masih menatap lelaki yang sedang terbaring lemah itu. Lelaki itu hanya bergantung kepada mesin hayat saja. Jika ditutup mesin itu, maka tamatlah riwayatnya.

"Haq. Aku redha kalau kau pergi tinggalkan aku. Pergilah kau dengan tenang" Annes berkata kata.

Ibu Haq, hanya memerhati dengan titisan air mata.

"Makcik, Annes balik dulu ya. InsyaAllah esok saya datang melawat Haq lagi"

Ibu haq mengangguk. Annes melangkah keluar. Hanya beberapa tapak, terdengar suara wanita meraung.

"Haq, jangan tinggalkan ibu nakk! Jangan tinggalkan ibu!"

Annes terkejut, lalu segera berpatah balik. Kelihatan ibu Haq terjelopok dilantai. Para misi kelihatan sedang mencabut wayar wayar yang berselirat di atas tubuh Haq dan menutupi tubuh Haq dengan selimut. Saat itu dia tahu, Haq sudah tiada.

'Innalillahiwainnailaihirajiun'

"Selamat tinggal Haq" ucap Annes sambil mengesat air mata.

*****

Setahun kemudian...

"Cepat Adik, nanti lambat nak daftar masuk ni" Encik Roslan menegur anak bongsunya yang bakal melanjutkan pelajaran di Uitm yang terletak di Melaka.

"Ye ayah, Adik dah siap dah" balas Annes.

"Beg beg apa jadah semua tu dah masuk dah?" Soal Encik Roslan lagi.

'Hamboi ayah? Awat brutal sangat harini?'

"Iye, sudah. Tinggal ayah masuk dalam kereta je sekarang ni. Semua orang dah masuk dah pun" balas Annes.

'Ayah yang lambat, suruh kita cepat pulak' bebel Annes dalam hati. Bibirnya mengukir senyum. Kepalanya digeleng gelengkan.

"Ha along, bacala doa naik kenderaan" tegur Annes.

"Eleh kau Dik, sejak bila naik kereta nak berdoa doa bagai" perli Shahrezza, abang sulung kesayangannya.

"Ish, baca jela Long. Baca doa pun susah ke? Ke, Along tak reti baca? hehe" Annes mengusik. Rezza hanya mencebir, lalu membaca doa naik kenderaan.

Perjalanan ke Melaka mengambil masa lebih kurang empat jam dari Perak. Kini, Annes selamat tiba di kolej kediamannya.

"Welcome, dear myself"

****
Annes POV

"Aduh, apehal lama sangat beratur ni. Nak tandatangan je, itu pun lama ke?" Bebel aku sendirian. Kepalaku dipanjangkan untuk melihat kehadapan. Kelihatan urusetia lelaki sedang bermesra mesra dengan salah seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar masuk juga.

'Lah, padanlah lama. Duk bercengkerama kat situ. Ini tak lain tak bukan mesti senior gatal. Haih, mohon dikurniakan kesabaran yang tinggi!' Aku merengus dalam hati.

Setelah pelajar perempuan itu beredar, barulah barisan bergerak laju.

Tiba giliran aku untuk menandatangan. Aku meletakkan fail ditanganku ke atas meja dengan kuat kerana geram apabila lelaki itu menjadi punca aku beratur lama.

Pen yang berada ditangan urusetia lelaki itu tercampak ke bawah. Terkejut barangkali. Namun, urusetia itu tetap memberi senyuman.

'Senyum eh? Sikit pun tak tergoda lah!' Aku menjerit dalam hati.

"Cik, boleh tolong ambilkan pen tu?" Lelaki itu meminta tolong sambil tersenyum.

Annes mengambil dengan muka cemberut.

"Terima kasih. Cik boleh tandatangan di sini" ujar lelaki itu. Masih dengan senyuman.

'Erm, macam baik je dia ni. Aku marah marah dia boleh senyum je?'

Hati aku menjadi sejuk seketika. Tidak sepanas tadi. Tapi muka aku beriak kosong. Tidak membalas senyumannya. Rasa macam kesian pulak? Takut dia berkecil hati nanti. Ah, hari raya nanti aku mintak maaf. Hehe!

Aku mengambil pen tadi untuk tandatangan. Tapi malangnya, pen itu tidak mengeluarkan dakwat. Puas aku cuba untuk tandatangan, tapi tak berhasil.

"Haih, time ni jugak la kan kau nak habis ink? Haa, ini makan dia!" ujar aku sambil melemparkan pen itu ke tong sampah berhampiran.

Aku mengeluarkan pen baru aku yang berwarna biru dalam beg dan menandatangan. Selesai tandatangan aku, aku beredar. Sempat aku menjeling tanda nama lelaki itu. Haqqeem Shahryzal. Wau, sedap nama! Pen aku, aku tinggalkan.

"Miss? Your pen?" Laung lelaki itu.

"Keep it as yours" ujar aku sambil tersenyum.

****

Haqqeem POV

Aku ditugaskan untuk menguruskan kemasukan pelajar baru. Haih, apela nasib. Tapi takpe, boleh la aku mencari stok baru ataupun mangsa baru. Mangsa apa? Tengok jelah nanti. Hehe.

Seperti biasa, aku beramah mesra dengan semua orang yang datang, terutamanya gadis gadis. Sajelah, nak uji tahap pergaulan diorang macam mana. Lagi satu, sajelah nak test market. Laku jugak rupanya aku ek? HAHAH!

Mereka yang belum kenal aku, pasti menyangkakan aku seorang yang baik budi pekertinya. Namun, hakikatnya aku seorang yang nakal dan jahat. Hahahahahaha!
*gelak jahat*

Jahat tak jahat tak?

Harini, banyak jenis orang aku jumpa. Perangai pun bermacam ragam. Ada yang pemalu, malu malu kucing, malu tapi mahu, taktahu malu dan sebagainya.

Tapi, ada satu gadis yang menarik perhatian aku. Pemilik kepada pen berwarna biru ini.

Dia jugaklah yang selamba badak buang pen kesayangan aku dalam tong sampah. Aku hanya mampu melopong. Takpe, harini hari kau.

Dan aku telah putuskan bahawa dia akan menjadi mangsa pertama aku. Muahahaha!

Hai. New story guys. Huhu. So macam mana? Sambung? atau delete dan buat penambahbaikan? Please let me know. Mohon jasa baik anda semua untuk beri pendapat. Heheh. Sokongan anda amat dihargai. Thanks :)

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now