Part 5

423 36 0
                                    

Annes POV

Aku terjerit kecil sewaktu hampir tergelincir di tempat basuh tangan. Nasib baik tangan aku pantas mencapai tembok berhampiran. Kalau tidak, selamat aku mendarat kat lantai.

Aku dengar suara orang ketawa. Dan orang itu tak lain tak bukan si brengsek itu. Haqqeem. Ape tah masalah dia tu. Kalau sehari tak sakitkan hati aku tak boleh ke ha.

Seperti biasa aku menghadiahkan jelingan maut kepadanya. Namun bibirnya masih mengukirkan sengihan yang menyakitkan hati. Aku hentak kaki dan berlalu pergi.

"Weh" Haqqeem cuba mengejar aku yang berada jauh di hadapan.

"Ape?!" Soal aku dengan nada yang tinggi.

"Huish garangnya kau ni. Rilek la adik manis" ujar Haqqeem. Again. Sengihan yang menyakitkan hati tu tak lekang dari bibir dia.

Aku tidak mempedulikannya, malah aku mempercepatkan langkah aku.

"Weh tunggu lah aku!" Haqqeem cuba menyaingi langkah aku.

"Ish kau nak apa sebenarnya dari aku? Kenapa kau tak habis habis nak semak dalam hidup aku?" Soal aku kegeraman.

"Wowooo. Rilek lah weh apa ni marah marah. Kata member?" Kata Haqqeem.

"Siapa cakap kita member hah? Tak hingin aku ada member yang annoying macam kau ni lah" bidas aku. Riak wajahnya tidak berubah. Tanpa menunggu lama aku mengangkat kaki pergi dari situ.

"Weh tunggu la kejap aku ada benda nak cakap ni!" Aku dihalang lagi. Kali ini dia berhenti di hadapan aku.

Aku menarik nafas dalam.

"Fine. Kau nak cakap apa?" Kali ini aku berlembut. Manalah tahu betul dia ada benda penting nak cakap.

Aku lihat bibirnya mengukir senyum.

"Goodnight"

Haqqeem terus berlalu dari situ. Aku terpinga pinga.

'What? Nak cakap goodnight je? What the fuck?' Aku menggulingkan mata sambil beristighfar kerana telah mencarut.

****

Haqqeem POV

Aku tersenyum kecil mengingatkan tentang peristiwa tadi. Peristiwa di mana Annes tergelincir sangat menggeletek hati aku. Muka dia yang menahan malu itu mengundang tawa untuk aku.

Fikiranku tiba tiba melayang ke kampung. Tiba tiba aku teringatkan mak. Aku segera mengambil handfon dan jari jemari aku pantas mendail nombor telefon mak.

"Assalamualaikum" terdengar salam diberi dihujung talian. Itu pasti adik aku Hani. Mendengarkan suaranya aku menyimpul senyum. Rindunya aku pada keluarga.

"Walaikumussalam. Hani, ni abang. Hani sihat ke?" Soal aku sebagai pembuka bicara.

"Hani sihat bang. Abang pulak?"

"Abang sihat je ni. Mak mana? Bagi abang cakap dengan mak kejap"

Aku menanti selama beberapa saat. Dan mak pun memberi salam kepada aku. Terdengar suara mak terbatuk batuk.

"Walaikumsalam mak. Mak sihat ke?" Aku menyoal.

"Mak sihat je Haq. Haq pulak macam mana belajar? Duit belanja cukup ke?" Soal mak berselang seli dengan batuk. Eh mak ni, betul ke sihat?

"Haq kat sini okay je mak. Pasal duit belanja takpayah la mak risau"
Itulah mak. Tidak kira mak sesiapa pun, pasti akan bertanyakan soal wang perbelanjaan anak anak. Apa jua sekalipun mak pasti akan mengirimkan wang belanja.

Kalau nak diikutkan memang tak cukup. Mengenangkan mak yang juga susah, hanya bergantung harap pada duit hasil jualan kuih, aku tidak sampai hati untuk mintak mak duit yang banyak.

Aku lebih senang mencari duit poket sendiri. Iaitu dengan bekerja separuh masa. Hasil dari itu, mak tidak perlu mengirimkan duit untuk aku.

Kerja apa aku buat? Kadang kadang aku termenung, pastu duit tiba tiba je ada kat tapak tangan aku. Pastu, aku rembat la duit Irfan. Alah, duit dia kan belambak. Duit dia duit aku jugak. Eh apa aku melalut ni?

"Haq? Haq?" Aku terdengar mak memanggil nama aku. Aku tersentak. Eh, sempat pulak aku mengelamun ye.

"Ye mak?" Aku soal mak.

"Ish, ni mesti mengelamun ni. Ngantuk eh? Pergi lah tidur Haq, esok ada kelas kan"

"Okaylah mak. Assalamualaikum. Selamat berpuasa mak"

Aku mematikan talian. Aku termenung sejenak. Kesihatan mak memang meragukan aku. Aku harap mak benar benar sihat.

"Haq, jomla keluar beli makanan sahur" Irfan melaung dari biliknya.

Aku segera membuka dompet. Terdapat tiga keping not seringgit. Aku berfikir panjang. Hm, beli roti jelah.

"Aku penat lah Fan. Aku kirim kat kau jelah. Belikan aku roti gardinier. Boleh?" Pinta aku.

"Aiy, makan roti je Haq? Mana cukup weh, kita kan seharian nak berpuasa ni. Dah dah, biar aku belanja kau" Irfan menarik lengan aku.

Aku hanya mampu senyum. Irfan Irfan. Kau memang sahabat sejati. Sayang kau dunia akhirat. Auch, sho shweeet 😌😌😌

***

Annes POV

"Annes. Annes. Bangun sahur"

Aku terjaga apabila ada tangan yang menggoncang tubuh aku. Mata aku terpisat pisat. Aku terlihat seorang lelaki yang sedang berpeluk tubuh.

Aku seakan tidak percaya. Haq. Aku teruja.

"Haq. Haq. Aku rindu kau"

Haq senyum. Manis. Aku rindu senyuman Haq.

"Aku pun rindukan kau" balas Haq. Aku tersenyum keriangan.

"Annes aku harap kau kuat hidup tanpa aku" Haq bersuara.

Aku memandang wajah redup Haq. Tenang saja wajahnya.

"Aku tak kuat Haq. Aku perlukan sokongan kau. Aku rindu kau Haq, aku rindu" akhirnya air mata aku gugur.

"Shhh. Annes, jangan nangis. Janji dengan aku, kau akan teruskan hidup kau. Aku nak kau cari seseorang yang boleh beri kau semangat" Haq berkata kata. Tangannya memegang bahu aku.

Aku mengangguk. Air mata aku masih mengalir.

"Aku nak kau kuat. Aku taknak tengok kau menangis lagi. Janji dengan aku ya? Senyumlah untuk aku Annes"

Aku mendongak memandang wajah Haq. Air mata dipipi aku kesat. Senyuman manis aku hadiahkan kepada Haq.

Haq dengan sekelip mata hilang dari pandangan. Namanya aku seru berkali kali.

"Haq.. Haq... Haq..."

"Heyyy... Annes! Annes! Bangun!"

Aku buka perlahan mata aku. Kelihatan Wanie yang menggoncang badan aku. Ahh, aku mimpi rupanya. Mimpi bertemu Haq.

"Ewah mimpikan abang Haqqeem ke? Angau dah kau ni Nes. Dah, jom sahur. Dah pukul lima ni" ujar Wanie sambil melangkah keluar dari bilik aku. Aku masih tidak berganjak. Aku termenung sejenak. Tanpa aku sedar, aku menangis.

Namun bila terfikir kembali mimpi tadi, aku sudah berjanji kepada Haq bahawa aku tidak akan menangis lagi. Segera aku menyeka air mata aku. Ya, aku harus kuat! Senyuman aku ukir. Aku bangkit dari katil dengan satu semangat yang baru.

Handfon aku berdering menandakan mesej masuk. Pantas aku lihat ke skrin.

'Haqqeem?' Aku mengerutkan dahi. Laju tangan aku membuka mesej whatsapp dari Haqqeem.

'Morning. Salam sahur dan selamat berpuasa :):):):):)'

Kerutan di kening aku semakin bertambah.

Pelik Haqqeem ni. Adakah dia telah insaf bersempena bulan ramadhan al mubarak ni?

Sory guys dahla lambat, hambar pulak tu. I need ur comment untuk penambahbaikan. Huha. :)
TQVM

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now