Part 16

339 27 9
                                    

Irfan meneguk kopi yang masih panas. Matanya tak henti henti memandang kotak cincin yang berada atas meja.

'Kau akan jadi milik aku Annes. Bukan Haq atau sesiapapun.' ujar Irfan dalam hati. Irfan menggariskan senyuman.

Irfan menghabiskan hirupan kopi yang terakhir. Lantas kotak cincin itu dicapai dan dimasukkan ke dalam poket.

Rumah Annes menjadi arah tujuan Irfan saat ini. Dia ingin melamar Annes walaupun gadis itu pernah menolaknya mentah mentah sewaktu zaman universiti dahulu.

***

Annes POV

Bunyi hon kereta diluar mengganggu lamunan aku. Pantas tanganku menyelak langsir yang menutupi jendela.

'Eh, itu Irfan. Apa dia buat kat sini?'

Aku lantas turun dari katil dan menyarung tudung serta cardigan. Aku menuruni anak tangga perlahan sambil memikirkan apa yang Irfan mahu. Aku membuka pintu, kelihatan Irfan bersandar di keretanya sambil memeluk tubuh.

Aku menghampirinya lalu aku mengangkat kening tanda menyoal. Dalam kepala aku memikirkan pelbagai kemungkinan sebab sebab kedatangan Irfan ke rumah aku. Ada masalah dekat site ke? Hm, entahlah. Aku lihat Irfan hanya menunduk. Sesekali dia mendongak dan memandang wajah aku.

"Takkan kau datang sini sebab nak tengok muka aku je" Aku berseloroh. Aku ingin tahu apa sebab Irfan ke mari. Irfan hanya senyum.

"Ada masalah kat site ke weh?" Soal aku lagi. Dia menggeleng. Oh please la Irfan jangan sampai aku tanya sekali lagi kau nak apa..

"Dah tu. Ada apa kau datang ni Wan Muhammad Irfan Wan Ismail?" Aku menyeru nama penuhnya. Sengaja aku tekan sedikit nada dihujungnya kerana kegeraman.

"Aku... Aku... Emm.. Annes.. Sudi tak kau kahwin dengan aku" Ujar Irfan tergagap gagap sambil tangannya mencapai sesuatu di dalam poket dan dihulur ke arah aku.

Ya, itu kotak cincin. Irfan tanya aku, sudi tak aku kahwin dengan dia. Lah, tu je ke?

Eh, jap. Dia ajak aku kahwin? Aku tergelak kecil di hadapan Irfan. Wajah Irfan menanti jawapan aku dengan penuh pengharapan.

Kepala aku automatik memikirkan Haq. Entah kenapa. Tentang lamaran Irfan, berat untuk aku menerimanya. Juga entah mengapa.

"Annes, tolonglah terima. Aku cintakan kau Nes, sejak zaman U lagi. Kau pun tahu kan" Irfan merayu aku. Aduh, perkara sebegini menghimpit kepala aku.

"Sorry Fan. Aku tak bersedia untuk kahwin. Aku tak terfikir pun untuk ada suami buat masa sekarang" Aku menolak dengan sopan.

Irfan tergelak sinis.

"Kau tolak lamaran aku sebab Haq kan?" Irfan lantang bersuara.

"Aku tolak lamaran kau bukan sebab siapa siapa. Aku tolak lamaran kau, sebab aku belum bersedia. Faham?" Aku membalas. Aku masih mampu mengawal suara aku.

"Fine. Kalau macam tu, aku bagi kau masa Nes, jangan risau. Ambiklah berapa banyak masa kau nak, asalkan kau jadi milik aku, bukan orang lain" Ujar Irfan.

Bunyinya seperti dia memaksa aku untuk terima dia. Kan?

Aku berlalu tanpa suara. Entah kenapa aku jadi kurang senang dengan tindakan Irfan tadi. Dia seolah olah memaksa aku. Tolonglah Irfan, aku tak suka dipaksa. Kau pun tahu kan?

"Ayah nak Adik terima lamaran Irfan tu" Ayah tiba tiba berkata itu setelah aku masuk ke dalam rumah.

Aku mengeluh kecil. Mesti ayah dengar perbualan aku dengan Irfan tadi.

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now