Part 8

419 28 4
                                    

Annes POV

Aku membelek belek lokar mencari baju apa yang harus dipakai sebentar lagi sempena majlis berbuka puasa bersama pengarah kolej. Aku selaku majlis tertinggi MPP kenalah berpakaian kemas. Tak gitu? Nak kemas punya pasal nak dekat setengah jam aku termenung depan lokar ni ha.

Aku rambang mata. Pakaian aku dalam lokar ni semuanya cantik cantik belaka. Kah! Akhirnya aku mencapai baju kurung berwarna merah hati. Dipadankan pula dengan shawl berwarna hitam. Hm, jadilah. Malas nak fikir lagi nak pakai tudung apa. Lagipun majlis berbuka puasa je pun bukannya jamuan raya. Nanti jamuan raya kita melaram. Okay?

Telefon bimbit aku berdering. Haqqeem call? What the hal? Aku pantas menjawab.

"Hm? apa?" jawab aku bermalas malasan.

"Mana kau? Apasal tak turun turun lagi?" soalnya.

"Ya ya, aku nak turunlah ni" balas aku. Beria jela dia ni!

"Kau tu MPP Nes, kenalah tunjuk contoh yang baik. Jadi MPP ni bukan saja uruskan pelajar tau. Kita juga kena uruskan persiapan tempat, makanan, kena pastikan program berjalan lancar...."

Bla bla bla. Haqqeem dah membebel weyhh. Baik aku matikan call dan turun cepat sebelum telinga aku berdarah. Yang aku pun satu. Pergi tadah telinga apahal?

Kelam kabut aku keluar dari bilik menuju dewan besar. Telefon bimbit aku berdering lagi. Skrin aku kerling. Aku julingkan mata apabila nama Haqqeem yang tertera. Ahh, malas lah nak angkat. Dia call aku suruh cepat la tu. Seketika kemudian ada bunyi mesej masuk. Ah, malas la tengok. Aku dah lambat ni.

Aku tiba di dewan. Ahli MPP yang lain sedang sibuk menguruskan tempat. Aku juga turut membantu mereka menyusun kerusi dan sebagainya.

"Haa, mana pendrive yang aku suruh bawak?" soal Haqqeem yang muncul dari mana entah.

Aku mengerut kening. Bila masa dia suruh aku bawak pendrive? Ah, karutlah mamat ni.

"Bila masa kau suruh aku bawak?" soal aku.

"Aku whatsapp kau tadi. Kau tak baca ke?" soalnya.

Aku memeriksa telefon. Ohh, bunyi mesej masuk tadi tu mesej dialah ye? Errrrr.

Aku menayang muka toya.

"Penting ke?" soal aku.

"Of course Cik Annes Nadia. Aku suruh kau sebab kau je yang belum turun lagi tadi" ujar Haqqeem.

"Kalau penting apehal tak call je?" aku membela diri.

Haqqeem tersenyum sinis.

"I dah call you sayang tapi you yang tak angkat" balas Haqqeem dengan gaya maknyah. Ahh, ngeri siot tengok. Harap tak masuk dalam mimpi aku malam nanti. Sayang? Er, kembang tekak aku nak!

Ya tak ya jugak. Dia dah call aku. Aku yang tak angkat. Ingatkan dia call suruh aku turun cepat. Em em.

"Fine, salah aku. Aku pergi ambik sekarang!" Aku mengakui kesilapan aku.

"Nope, tak payahlah. Tak penting pun" Haqqeem bersuara tanpa rasa bersalah. Aku menarik muka masam. Tadi bukan main lagi kata penting. Mamat ni nak kena tau!

Aku lihat Haqqeem menahan tawa.

"Kau apahal gelak? Apa yang lawak?" soal aku kegeraman.

"Tak.. Muka kau tu. Lawak gila bila tahan marah. Hahaha. Tapi lama lama aku tengok macam comel je, macam cantik je" Ujar Haqqeem berselangkan tawa.

Aku masih lagi menayangkan muka ketat.

"Dah dah. Jom kita tolong yang lain siapkan tempat" ajak Haqqeem. Beg silang aku dia tarik. Aku pantas menepis.

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now