Part 2

524 39 2
                                    

Haqqeem POV

Selesai makan di kafe, aku dan kawan kawan segera ingin beredar. Namun, aku terlihat perempuan tu lagi. Aku terlupa nama dia apa. Dia kelihatan bersama dengan seorang perempuan. Kawan dia kot.

Aku bertekad. Malam ini, aku harus kenakan perempuan tu. Aku lihat, perempuan itu bangun. Pergi toilet rasanya. Aku ambil keputusan untuk pergi ke arah tempat duduknya.

"Hai. Sorang aje ke?" Aku menegur kawan perempuan itu sambil duduk berhadapannya. Irfan juga ikut serta.

"No lah. I dengan kawan I. Dia pergi toilet" Balasnya.

"Owh. Nama you apa?" soal Irfan pula.

"Nama I Nik Norhazwanie. Just call me Wanie"

"Owhh. Nama kawan you pulak?" Aku mencelah. Ececeh.

"Annes Nadia. Eh, nama korang pulak?" Wanie menyoal.

"I Irfan. Yang ini, Haqqeem. Haa, yang tu pulak kawan kawan kitorang, Faris, Ziqri....."

Sedang sibuk Irfan memperkenalkan kawan kawan aku kepada Wanie, aku masukkan cicak yang telah lama berada dalam poket aku ke dalam nasi milik perempuan itu. Oh ya, Annes namanya. Hehehe.

"Owh. Nice to know you" Wanie mengucapkannya kepada kami. Aku hanya tersenyum. Tidak sabar rasanya untuk melihat Annes makan nasi berlaukkan cicak.

Aku dan Irfan meminta diri. Aku dan kawan kawan hanya menunggu di pondok berhampiran.

Lama aku perhatikan mereka makan. Sampai satu ketika, aku terlihat dia meluahkan makanan yang berada di mulutnya. Masa tu aku tahu, dia telah mengunyah cicak. Hahaha!

Aku dan yang lain ketawa semahunya. Aku lihat dia muntah. Lagi kuat aku ketawa. Wajah Annes jelas menunjukkan rasa tidak puas hati. Ah, peduli apa. Janji hati aku puas. Haha.

****

Annes POV

Aku memandang tajam Haqqeem yang sedang ketawa besar. Aku bengang, pantas aku meluru ke arah Haqqeem.

"Babe, jangan!" Wanie cuba menghalang aku. Aku menepis. Hati aku membara.

"Woi setan! Apa masalah kau dengan aku hah?!" Aku menengking.

Haqqeem berhenti ketawa. Tapi bibirnya masih mengukir senyuman sinis.

"Ni memang hobi kitorang" Jawab si tak guna tu. Rilek je muka dia. Eyy, aku lempang kang naya je.

"Sekarang, aku nak kau mintak maaf. Cepat!" Aku menggesa dia supaya minta maaf.

Dia masih dengan senyumannya yang meleret. Kawan kawan dia ketawa. Apa yang lawaknya taktau.

"Nak mintak maaf ke tak?" Haqqeem menyoal kawan kawannya.

Aku terlihat salah satu kawannya membisikkan sesuatu ke telinga Haqqeem.

"Fine. Aku minta maaf. Okay?" Ucap Haqqeem.

Wah, dia minta maaf? Like seriously? Ikhlas ke tak tu?

"Kita kawan?" Soalnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Maaf diterima. Kawan.. Emm, tengok dulu" balas aku tanpa menyambut tangannya. Haram oi, tahu tak?

Aku terus berlalu dari situ. Sakit hatiku masih bersisa.

"Babe. Berani gila kau sound diorang. Diorang tu senior kita tau tak?" Wanie menegur setelah sampai di bilik. Heh, senior tak senior. Sape kacau, aku pecah!

"Diorang yang cari masalah. Diorang ingat diorang senior boleh buat macam macam kat kita. Heh, no way!" balas aku.

"Hm, suka hati kaulah Nes" Wanie membalas.

"Babe.."  Aku memaut bahu Wanie.

"Ape?" soal Wanie acuh tak acuh.

"Ade maggi tak? Aku lapar la. Nasi tadi aku makan sikit je" Keluh aku.

Aku dengar Wanie ketawa.

"Ade. Dalam lokar aku.Ambiklah apa apa. Bihun pama jangan"

"Thanks babe!" ucap aku.

Sambil makan maggi, kata kata yang aku hamburkan kepada Haqqeem terngiang ngiang.

"Woi setan! Apa masalah kau dengan aku hah?!"

Setan. Aku pernah menggelarkan itu kepada seseorang. Seseorang yang sangat aku rindui. Seseorang yang telah tak ada di muka bumi ini. Allahu, sungguh aku rindu kau, Haq.

Amirulhaq. Sahabat baikku merangkap cinta pertamaku. Fikiranku melayang ke suatu masa dahulu. Ketika aku darjah satu.

Aku ingat lagi. Waktu itu di dalam kelas, Haq dengan sengaja menarik bangku aku semasa aku ingin duduk. Aku jatuh, dan aku menangis. Cengeng betul aku masa tu.

Haq aku lihat dia diam saja. Tidak lama selepas itu, dia menarik tangan aku.

"Annes, kita mintak maaf. Kita janji kita takbuat lagi"

Aku memandangnya tanpa berkata apa apa. Air mata di pipi aku kesat. Maafnya aku terima.

Namun, dia tetap sahaja selalu mengusik aku. Sampai umur kami menginjak ke tingkatan tiga.

Sampai satu masa, aku sudah tidak tahan lagi.

"Setan ah kau ni! Kau blah ah! Jangan nak kacau kacau aku lagi!" Jerit aku.

"Hahahaha. Setan nilah yang kau akan sayang satu hari nanti sampai mati" Amirulhaq membalas selamba.

Memang betul. Setan tulah yang aku sayang sampai sekarang. Rasa sayang itu mula hadir semenjak seminggu dia tidak hadir ke sekolah. Seminggu itu jugalah dia tidak mengusik aku. Entah ke mana dia menghilang.

Lamunanku terhenti apabila Wanie menepuk bahu aku.

"Woi, termenung apa tu? Teringat kat abang Haqqeem kita tu ke?"

Wanie ni kacaulah. Tak sempat aku nak throwback lagi kat korang. Throwback terhenti di sini sebab Wanie. Lain masa aku cerita lagi.

Tapi, jap. Wanie kata apa tadi? Teringat kat abang Haqqeem? Heh, kirim salam jela kat mamat tu. Takda masa nak fikir pasal dia.

Wanie ni boleh tahan gak perangai. Kalau tak disebabkan maggi yang dia bagi ni, dah lama aku sekeh kepala dia.

Haluu. Maaf kalau tak seronok. Sis try hard untuk tulis yang terbaik. Cerita ni macam sunyi je? Hahah. Sis harap sangat cerita ni boleh mendapat tempat di hati para pembaca, aicewahh :')
Haha. Jangan lupa vote ya gaiss. TQ.

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now