Part 18

219 14 2
                                    

Haqqeem POV

Aku kembali semula ke restoran setelah mendapatkan telefon bimbit yang aku tinggal dalam kereta. Dari jauh aku sudah terlihat seseorang sedang duduk ditempat aku, namun dengan aku tidak dapat cam siapakah itu.

Namun ketika aku semakin hampir ke meja, semakin aku mengenali susuk tubuh yang duduk berhadapan dengan Annes. Mungkinkah Irfan? Apa mahunya?

Namun dengan tidak semena mena,Rayyan memanggil aku.

"Paksu!!!" Bukan main lagi dia jerit. Kuat pulak tu. Lelaki itu berpaling. Ya benarlah Irfan. Riak wajahnya jelas terkejut melihat aku yang dipanggil 'Paksu' oleh Rayyan.

"Eh Fan, buat apa doh sini? Lama gila takjumpa kau" Aku menegur Irfan. Aku teruja apabila bertemu dengan Irfan sahabat baik aku.

Namun, Irfan seperti kurang senang melihat aku. Dia bencikan akukah? Tapi kenapa?

Irfan terus berlalu tanpa sebarang kata. Berulang kali aku memanggil namanya namun tidak diendahkannya. Aku akui aku berasa sedih dengan perubahan Irfan. Apa salah aku Irfan?

Aku mengeluh berat. Keluhan itu didengari Annes yang hanya membisu dari tadi. Aku cuma menunduk saja.

"Haq, kau okay tak?" Annes menyoal aku. Dia pasti perasan yang hubungan aku dan Irfan semakin renggang.

"Irfan dah berubah kott sekarang. Aku taktahu apa salah aku" ucap aku sambil ketawa kebingungan.

"Sebenarnya Haq, haritu... Irfan... Dia melamar aku" Annes memberitahu itu kepada aku.

Baiklah sekarang aku tahu apa salah aku. Irfan cemburu melihat aku dengan Annes. Tapi bukankah Irfan sudah ada kekasih? Aku fikir Irfan sudah melupakan Annes, malah dia melamar Annes pula.

Jika Annes terima lamaran Irfan, bagaimana dengan aku?

"Kau.. terima ke lamaran Irfan?" Aku menyoal Annes. Namun kedatangan pelayan restoran untuk menghantar makanan mengganggu perbualan kami.

"Kita makan dululah ya Haq" Balas Annes seakan akan mengelak untuk menjawab soalan aku. Aku makan dengan penuh tanda tanya.

Kenalah makan jugak walaupun hati ni tak berapa nak sedap memikirkan hal ini. Kita uruskan soal perut dulu, soal hati kemudian.

Selesai makan, kami pulang. Sepanjang perjalanan, suasana memang sunyi. Aku dan Annes hanya membisu. Rayyan pula tidur, kalau tak pasti suasana akan riuh rendah.

Sampai saja di rumah Annes, aku mendukung Rayyan masuk ke halaman rumah. Rayyan bertukar tangan kepada Papa nya iaitu abang kepada Annes.

Perlahan aku menuju ke kereta. Annes masih lagi duduk di situ. Aku pun masuk ke dalam kereta.

"Kau taknak balik ke?" soal aku

Annes geleng perlahan. Aku menghela nafas berat.

"Pasal soalan aku tadi masa kat restoran. Kau takyah jawab pun takpa. Sebab aku dah tahu apa jawapan kau. Kau mesti terima kan lamaran Irfan?" Aku menduga saja.

Annes ketawa sinis.

"Aku tak bagi jawapan lagi kat dia" balas Annes.

Aku hanya mengangguk faham sambil menyebut 'Oooohhh'

"Aku tunggu kau Haq" Sambung Annes lagi.

Aku terkesima dengan ayat yang Annes ucapkan tadi. Rahang aku sedikit jatuh.

"Ttt.. Tapi.. Sebab apa kau tunggu aku?" soal aku gagap.

Annes memusingkan badannya menghadap aku.

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now