Part 9

382 27 9
                                    

Annes POV

Aku dibawa ke klinik oleh Irfan sebab dia memiliki kereta. Semestinya Haqqeem ikut sama. Aku ditemani oleh Wanie. Mujurlah kaki aku tidak mengalami kecederaan yang teruk, cuma terseliuh saja.

"Aku nak beli makanan jap. Haq, kau teman Annes ambik ubat" Irfan meminta diri.

"Em, awak nak beli makanan kat mana?" Wanie menyoal.

"Kat kedai mamak seberang sana. You nak ikut ke? Jomlah" Ajak Irfan. Wanie sudah pasti mahu mengikut Irfan.

"Boleh jugak" balas Wanie. Hailah, terpaksalah berdua dengan Haqqeem kat klinik ni sementara tunggu ubat. Apehal la lama sangat ubat ni pun.

Suasana memang sunyi di klinik itu. Aku dan Haqqeem masing masing membisu. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.

"Ada boyfriend?" Soal Haqqeem tiba tiba yang memecah kesunyian.

"Ada" balas aku sepatah.

"Owh" respons Haqqeem lemah.

Suasana kembali sunyi. Pelik jugak. Selalunya mamat ni ade je topik yang nak dibincangkan. Kenapa sekarang ni senyap pulak.

"Antara aku dengan boyfriend kau, siapa lagi handsome?" Soal Haqqeem lagi.

Aku berfikir sejenak. Dua dua handsome sebenarnya. Heheh.

"Mestilah boyfriend aku" balas aku.

Aku lihat Haqqeem mencebir.

"Kenapa tanya?" Aku menyoal.

"Sajelah ajak borak. Dari tadi sunyi sepi aje" balas Haqqeem.

"Owhh, takde soalan lain ke nak ajak borak pun?" Soal aku lagi.

"Takde" balas Haqqeem sepatah. Sakit pulak hati dengan jawapan dia tu.

Suasana senyap kembali.

"Kau pulak. Ada girlfriend ke tak?" Soal aku. Sajelah, ajak borak kan.

"Aku? Heh, kemonlah. Muka kacak begini takkan takde awek" dengan riaknya Haqqeem menjawab soalan aku tadi. Aku menjuih bibir.

"Tapi aku single lagi" sambung Haqqeem.

"Why? Muka kacak begitu takkan single" Aku memerli disertakan dengan senyuman sinis.

"Annes Nadia Roslan" nama aku diseru untuk mengambil ubat. Haqqeem segera bangun untuk mengambil ubat memandangkan kaki aku masih sakit. Dia kembali setelah ubat diambil. Dia menghulurkan bungkusan ubat kepada aku.

"Aku tunggu kau" ujar Haqqeem sebelum melangkah keluar dari klinik.

Aku tercengang, cuba menghadam kata kata Haqqeem.

Apa maksud dia, 'aku tunggu kau?'
Maksud dia, dia tunggu aku kat luar klinik ke macam mana. Ah, abaikan jelah.

Sekarang ni aku tunggu Wanie untuk papah aku keluar. Mana pulak si Wanie ni. Bukan main lama lagi keluar dengan si Irfan tu.

Haqqeem yang sudah berada di luar klinik kini masuk semula. Dia mendekati aku.

"Jom keluar. Diorang dah sampai tu" ujar Haqqeem sambil meraih lengan aku. Aku menarik lengan aku pantas.

"Aku nak Wanie papah aku" tegas aku.

"Wanie tidur" balas Haqqeem. Halahai Wanie, kenapa waktu sekarang ni jugak kau nak tidur?

"Dah jom" ajak Haqqeem lagi. Dia hanya membantu aku untuk bangun sahaja. Aku meminta untuk berjalan sendiri. Mujur Haqqeem iyakan saja. Dia cuma perhatikan aku jalan menuju ke kereta.

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now