Part 20

316 11 4
                                    

Annes POV

Waktu melawat sudah berakhir. Kelihatan pengawal keselamatan sedang meronda untuk memastikan pelawat beredar.

Aku melihat ke arah jam tangan.

"Dah pukul 7 ni Haq. Aku balik dulu lah ye" ucap aku sambil mencapai handbag.

Haq segera menarik handbag aku.

"Takpayah la balik. Siapa nak jaga aku?" Kata Haq.

Aku tersenyum sambil menggeleng.

"Kalau kau suami aku, dah lama aku stay, jaga kau kat wad ni" balas aku.

"Kau anggaplah aku ni suami kau, simple. Please, janganlah balik." Haq merengek seperti anak kecil.

Aku berfikir sejenak. Kesian pulak si Haq ni kan.

"Okaylah, aku jaga kau malam ni. Tapi aku nak balik kejap, nak mandi pastu nak ambik apa yang patut. Nanti aku datang balik"

"Janji?" Haq menyoal aku.

"Ye, janji. Tunggu aku datang ye" kata aku sambil melangkah.

"Nes" Haq memanggil, lantas aku berpaling ke arahnya.

"Lepasni kita kahwin, ya?" Haq tiba tiba mengatakan itu. Aku hanya mampu tersenyum, dan tidak berkata apa. Aku meneruskan langkah keluar dari wad.

Aku keluar dari lift dan terus melangkah menuju ke parkir kereta. Terdengar suara orang menapak pantas ke arah aku. Aku segera membuka pintu kereta.

Namun, belum sempat aku memasuki kereta mulutku ditekup dari belakang. Terasa ada pisau diacu ke bahagian pinggang aku. Aku tidak mampu untuk menjerit.

"Masuk dalam kereta aku sekarang" dia membisik ke telinga aku. Ya, aku kenal sangat dengan suara itu.  Irfan.

Aku tiada pilihan melainkan mengikuti dia memasuki keretanya.

Irfan terus memecut laju.

"Kau nak bawa aku ke mana ni hah?!" jerit aku.

"Kau diam!" Irfan membalas kasar.

Aku terkedu apabila ditengking sebegitu.

Irfan memberhentikan keretanya di sebuah lorong yang sunyi. Aku mulai ketakutan. Bimbang aku diapa apakan Irfan.

"Kau nak buat apa ni Fan, please, bawak aku balik" aku merayu. Kelihatan dia tersenyum sinis sambil melonggarkan tali lehernya.

Dia menghampiri aku, dan merentap lengan bajuku sehingga koyak. Tudung aku juga ditanggalkan dan direnyuk renyukkan. Tangannya kuat menekan pipi aku agar aku tidak melawan. Seluar aku dikoyaknya hingga ke paras paha.

Dia melepaskan cengkaman tangannya. Tangan aku pula pantas menampar pipinya.

"Kau memang binatang Irfan!"

Namun, dia membalas dengan menampar pipi aku pula.

"Aku takkan apa apakan kau Nes, aku sayang kau" Irfan berkata sambil mengusap pipi aku yang ditamparnya sebentar tadi. Tangan aku laju menepis.

"Habis tu, apa semua ni?!" Aku menyoal sambil menangis.

Dia tersenyum sinis lagi.

"Aku akan bawak kau balik dengan keadaan macam ni. Aku akan cakap yang kau dirogol, dan aku yang selamatkan kau. Dan aku akan kahwin dengan kau untuk selamatkan maruah kau. Tu je cara untuk uncle Roslan cepat cepat kahwinkan aku dengan kau. Nak tunggu jawapan kau, sampai kiamat pun takkan ada" jelas Irfan.

Aku pula ketawa besar mendengarkan itu.

"Jangan mimpi aku akan kahwin dengan kau" balas aku.

"Nyawa Haq dalam tangan aku. Kahwin dengan aku, atau Haq mati" Irfan mengugut.

"Sampai hati kau nak bunuh kawan baik kau sendiri? Kau dah gila ke?" aku menjerit dihadapan mukanya.

"Memang aku dah gila! Sekarang, kau setuju atau tak!  Kau pilih sekarang!" bentak Irfan sambil menghentak stereng.

"Aku report polis! Kau memang dah gila"

"Kau report, aku bunuh Haq! Aku dah tak kisah dah apa nak jadi sekarang ni. Sebab aku memang dah gila" Irfan bagaikan dirasuk.

Aku tertunduk lemah sambil menangis.

"Ikut cakap aku je sayang, kau akan hidup senang lepasni" Suara Irfan berubah lembut. Dia memandu keluar dari lorong sunyi itu.

"Lagi satu, aku nak kau jauhkan diri dari Haq. Faham?"

Aku hanya membuang pandangan ke luar. Malas untuk memandang muka Irfan. Aku benci dia saat ini.

***

Haqqeem POV

Aku memandang jam dinding. Sudah hampir pukul sebelas malam namun Annes masih belum muncul lagi.

Aku risau jika sesuatu terjadi pada Annes. Aku usaha mencapai handphone di atas meja. Lalu, nombor Annes aku dail.

"Sila cuba sebentar lagi"

"Ahh, fon dia mati pulak!" bentak aku dalam hati.

'Ya Allah, selamatkanlah Annes' rintih aku dalam hati.

***

Aku terjaga dari lena. Aku membuka mata perlahan. Aku melihat ke arah jam. Sudah pukul 7 pagi. Aku menggerakkan tubuhku, namun terasa seperti ada sesuatu disamping aku. Aku mengangkat sedikit kepala.

Aku terlihat, Annes sedang tidur di atas kerusi sambil meletakkan kepala di atas katil. Aku tersenyum melihat dia selamat.

Annes terjaga.

"Haq. Kau nak pergi tandas ke?" Soal Annes dengan matanya yg dibuka separuh. Comel pulak aku tengok.

Aku menggeleng.

"Kau datang pukul berapa?" aku menyoal.

"Pukul dua. Sorry aku lambat. Aku ada hal" jawab Annes.

"Lah, kalau kau ada hal, takpayah la datang" balas aku.

"No, aku dah janji kan. Kau nak apa apa tak, minum ke ape ke?" Annes menyoal.

"Taknak, aku nak kau je" jawab aku sambil ketawa. Namun Annes tidak respons apa apa.

"Kau okay tak ni?" Aku menyoal lembut. Annes hanya mengangguk perlahan.

"No, kau tak okay. Please, tell me" Aku memujuk Annes agar bercerita.

"Haq..." Annes memanggilku perlahan.

"Ya..." Aku menyahut. Aku perasan ada kesan lebam di tepi bibir Annes, namun aku tidak mahu mendesaknya.

"Aku sayang kau" Annes mengucapkan itu.

Aku mula risau, apa sebenarnya yang sedang berlaku?

"Aku sayang kau juga" balas aku.

Hi, im back! Sorry for the late update. Do read the previous part for refreshing back the storyline :)
Do vote and comment ya. TQ :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now