Part 19

247 9 2
                                    

Annes POV

"Adik, bangun dik. Kita ada tetamu ni, bangun cepat" Badan aku digoncang sedikit oleh ayah. Mataku berat sekali untuk dibuka. Yelah, chatting dengan si Haqqeem sampai lewat malam hehe.

Aku menggosok gosok mata sambil menguap.

"Ish, elok sangat laa anak dara bangun tengahari. Dah nak kahwin pun bangun lambat lagi" bebel Mama pulak. Aku berhenti menggosok mata. Apa maksud mama dah nak kahwin?

"Nak kahwin apanya Ma, jodoh tak jumpa lagi" balas aku malas.

"Jodoh kamu dah ada kat bawah tu haa. Dah bersiap cepat" Ujar Mama.

"What? Are you kidding right?! Seriouslah Ma" aku sedikit terkejut. Mama terus meninggalkan bilik aku tanpa berkata apa.

Aku merungut. Haih. mama ni! Aku pantas bangun untuk mandi. Takkan nak turun dengan kusut masai macam ni. Buatnya betul kat bawah tu jodoh aku, kena reject hidup hidup.

Setelah selesai bersiap, aku turun ke bawah. Perlahan aku menuruni anak tangga. Kepala aku terjenguk jenguk siapa tetamu yang datang.

Nampak seperti Dato Wan Ismail, ayah Irfan. Sebelahnya tu mesti isterinya, Datin Rosmah, soalnya aku tak pernah lihat isterinya sebelum ini.

Aku menghampiri mereka.

"Ouh, ini ke Annes? Cantik orangnya, manis" Puji Datin Rosmah. Hah, cantik? Manis? Lakonan depan orang je ni huhu.

Aku terus bersalam dengan Datin tersebut dan tersenyum simpul. Malu siot kena puji gitu. Hahah.

"Irfan selalu cerita kat aunty pasal Annes" Datin mula bicara soal Irfan. Hmph, bosan.

Aku hanya senyum dan berkata 'Ouhhhh' sambil terangguk angguk.

"Biasala tu kami kan kawan baik dari Universiti dulu" balas aku.

"Takkan berkawan je kot? Takkanlah takde hubungan istimewa?" Kali ini Mama pula menyampuk. Aih mama ni, tolonglah!

Aku hanya memicingkan mata ke arah Mama lalu tersenyum paksa.

"Yelah kan, takkanlah takde apa apa perasaan langsung kotttt" Sambung Datin Rosmah lagi sambil tersengih.

Haih datin ni. Rambut dah sebijik rambut Datin Seri Rosmah Mansor.Kecik besor kecik besor je aku tengok Datin ni. Dalam kepala aku dah bayangkan aku tanggalkan rambut palsu dia. Tapi aku sabar, aku tak bertindak seperti apa yang aku bayangkan.

"Kami berkawan je Aunty, not more than that" balas aku mendatar. Aku melihat Dato dan Datin saling berpandangan dan mengulum senyum. Aku tak tahu apa maksud disebalik pandangan itu.

"Sebenarnya tujuan kami datang adalah untuk merisik kamu" Datuk akhirnya bersuara. Dan mulut aku ternganga luas sebaik sahaja mendengarkan itu.

"Kami tak perlukan jawapan sekarang. Annes ambillah masa dulu untuk berfikir" balas Datin.

Bagilah aku masa banyak mana pun, sebulan ke setahun ke dua tahun sekalipun aku taknak!

Aku memberontak dalam hati.

***

Aku mahu berjumpa Irfan. Aku mahu berterus terang bahawa tidak ada sekelumit pun perasaan aku terhadap dia. Aku hanya cintakan Haq.

Aku menunggu dia di sebuah kafe. Beberapa minit kemudian, dia tiba bersama sejambak bunga.

"For you, my sweetheart" Dia hulur bunga itu kepada aku. Aku menyambut dan segera meletakkannya di kerusi sebelah.

"Aku tak boleh terima kau Irfan, maaf" Aku straight to the point. Malas untuk aku berlapik lapik.

Irfan ketawa kecil.

"Sebab Haq?" Irfan menebak.

"Yes, because of him" Aku berkata jujur. Dia ketawa lagi.

"Apa dia boleh bagi kau, hm? Aku boleh bagi kau macam macam Annes, macam macam kat dunia ni aku boleh bagi tapi kenapa Haq yang miskin tu jugak kau nak? Hah?!" Irfan berkata dengan nada yang agak tinggi.

Semua orang di kafe memandang kami. Muka aku terasa panas. Malu.

"Duit tak menjamin kebahagiaan akulah Fan. Dan dia tak pernah tengking aku, itu yang membezakan kau dengan dia" balas aku sambil mencapai beg tangan dan berlalu pergi.

Aku terdengar Irfan menghentak meja. Ah, lantakkan dia! Aku beredar dengan hati yang panas.

***

Haqqeem POV

Aku mencuci kereta di halaman rumah yang baru aku beli di KL memandangkan aku sudah bekerja tetap di sana. Penduduk di sana masih belum ramai. Setakat ni aku hanya mempunyai dua jiran, di hadapan dan selang tiga rumah dari rumah aku. Sekali sekala aku akan pulang menjenguk mak di Ipoh.

Sedang aku sibuk menjirus kereta, bahu aku ditepuk dari belakang. Aku segera berpaling, dan tiba tiba muka aku ditumbuk. Aku tersandar di kereta. Mata aku buka sedikit. Kelihatan tiga orang berpakaian hitam dan bertopeng. Mereka lantas memukul aku bertubi tubi.

Aku mengumpul tenaga untuk melawan. Satu demi satu tumbukan aku tepis, dan membalas kembali pukulan mereka. Namun, kudrat mereka bertiga lebih kuat jika nak dibandingkan dengan kudrat aku yang seorang ini. Aku dipukul lagi sampai aku terjelopok di jalan. Dan aku ditinggalkan begitu saja. Aku tiada daya untuk bangun. Kepala aku terasa sangat berat.

Aku terdengar suara orang memanggil manggil. Itu pasti Shahrir, jiran depan rumah aku.

"Ya Allah, kenapa ni?" Aku mendengar, namun aku tak mampu untuk membuka mata apatah lagi bangun. Badan aku dipapah masuk ke dalam kereta. Aku tidak pasti kereta siapa.

Aku dibawa Shahrir ke hospital.

***

Aku membuka mata. Aku kini berada di wad. Kelopak mata aku terasa sakit, susah untuk dibuka kerana mungkin mata aku bengkak hasil dari tumbukan bertubi tubi.

Aku berhasil membuka mata sedikit. Aku nampak Shahrir ada disisi aku.

"Haq, kau okay tak?" Shahrir menyoal aku. Aku hanya mampu mengangkat ibu jari menandakan aku okay.

"Teruk kau kena belasah ni Haq. Kau buat naya kat sapa ni sampai orang dendam" Soal Shahrir sambil ketawa kecil. Aku juga turut ketawa.

Aku terdengar pintu bilik wad dibuka. Bunyi kasut tumit tinggi kedengaran laju menandakan orang itu adalah perempuan dan sedang berjalan pantas menuju ke arah aku.

Aku terhidu wangiannya, dan aku tahu siapa dia. Dialah wanita pujaanku, Annes Nadia.

"Ya Allah, Haq kenapa boleh jadi macam ni?" Annes menyoal aku.

"Manalah aku tahu. Setahu aku, aku tak pernah hutang ngan sesapa" aku menjawab.

Annes merenung wajah aku yang bengkak teruk.

"Takpayah la tengok muka aku" kata aku sambil memalingkan wajah.

"Eh, kenapa pulak? Biarlah" Annes menjawab.

"Aku tengah tak handsome ni. Dah dah balik balik" Gurau aku.

Annes ketawa sambil menampar bahu aku. Aku mengerang sakit.

"Aduh, sakitlah sayaaaaang" Aku memanggilnya sayang. Tak sakit pun, sengaja aku nak tengok respons dia.

"What?!" Itu saja responnya sambil menampar lagi bahu aku.

"Aduh!" Aku mengerang lagi. Okay kali ini betul betul sakit.

"Weh, sakit ke sorry sorry aku tak sengaja" Aku lihat dia gelabah.

"Sakit lagi kalau awak tolak cinta saya" aku menjawab sambil tersenyum. Nak kenyit mata takboleh, mata dah lebam.

Aku lihat Annes tersenyum malu.

"Eh, kau sempat lagi eh!" Annes memarahi aku. Eleh, padahal suka. Hahaha.

Hye, Sorry for the late update. Do vote and comment ya 🎈

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now