Part 15

416 38 6
                                    

Annes POV

Aku menyemak laporan laporan kerja yang belambak di atas meja. Aku menggosok sedikit mata aku yang berpinar. Pening juga menghadap segala fail fail di depan aku.

Pintu bilik pejabat aku dibuka tiba tiba. Terperanjat aku dibuatnya.

"Heyy!" Ucap Irfan dengan segaris senyuman. Aku hanya memandang sekilas dan menyambung kerja.

"Kau patut ketuk pintu dulu Fan" tegur aku tanpa melihat mukanya yang selamba duduk tanpa izin aku.

"Sorry. Eh, ini lunchtime right? You dah makan belum?" Soalnya. Aku memandangnya dan menjongket kening.

"Sejak bila kau ber 'I' 'You' dengan aku ni?" Soal aku sambil tersenyum sinis.

"Sejak kau tolak cinta aku." balas Irfan sambil menatap mata aku.

Aku hanya diam. Aku tak nak bahaskan soal itu. Aku malas. Serabut kepala hotak.

"Come on, join I makan dengan Papa I" Irfan mengajak aku.

"Sorry Fan. I belum lapar" Aku memerlinya. Sengaja aku tekankan perkataan 'I ' itu.

"Humph. Okay then. See you later" ujarnya sambil mengangkat punggung dari kerusi.

Aku dapat lihat banyak perubahan pada diri Irfan. Bukan sahaja penampilan, malah perwatakan. Aku mengeluh hampa.

Aku meneruskan kerja aku.

***

Haqqeem POV

Aku leka menonton televisyen. Dah lama rasanya aku tak tengok benda alah ni. Well, busy man. Hehu. Sampaikan mak panggil aku dari dapur pun aku tak dengar.

"HAQQEEMMMM SHAHRYZALLLL!!!!!" Jerit mak dari dapur. Tercampak remote yang aku pegang. Terkejut punya pasal.

Baik aku ke dapur sebelum mak bertukar menjadi Hulk.

"Ye makk?" Sahut aku sambil tersengih. Namun sengihan aku dibalas dengan jelingan maut. Hahah padan muka!

"Tu. Makan. Dari tadi dok tengok TV sampai ke tengahari. Entah dah mandi ke belum" ujar Mak.

Aku menggaru garu kepala.

"Sape cakap Haq tak mandi lagi?" Aku menyoal. Mata aku sengaja dibesarkan. Marah kononnya dituduh tak mandi lagi, padahal memang betul pun. Haha.

"Mak la yang cakap. Bau pun mak dah tahu" ujar mak sambil menceduk nasi. Aku hanya mampu tersengih.

"Haq mandi dulu lah mak" aku mengambil tuala.

"Takpayah. Makan dulu. Lepastu sambung tengok TV" ujar mak. Aih, mak ni. Perli ke apa?

Tanpa banyak soal, aku duduk di meja makan.

"Hani mana mak?" Soal aku.

"Kamu tak nampak ke Hani dalam TV tadi?" Soal mak. Alamak... Mak perli aku lagi ke apa ni. Aku tau la dari pagi aku duk mengadap TV aje.

"Hani buat apa dalam TV tu mak?" Aku tanya soalan bodoh.

Mak ketawa.

"Hani keluar. Cari kerja" balas mak.

"Owhh" ucap aku sepatah.

"Kamu Haq, berapa lama cuti?" Soal mak.

"Hak hama hon" balas aku dengan mulut yang penuh makanan. Siapa tahu apa yang aku cakapkan tadi? Hahaha.

Aku cuba habiskan makanan yang dalam mulut aku tadi dan telan.

"Esok Haq ada projek baru. Kat perak je. So, Haq stay sini" sambung aku.

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now