Part 1

613 43 5
                                    

"HAHAHAHAHAHA" Terdengar suara ketawa Haqqeem dan konco konconya merangkap sahabat baiknya. Hilaian tawa itu terhenti sebaik sahaja Encik Zabidi masuk.

"Selamat pagi semua" laung Encik Zabidi. Encik Zabidi terkenal dengan sifatnya yang lembut. Seperti maknyah gitu. Tapi mujurlah imannya masih ada kerana tidak melakukan pembedahan tukar jantina dan dia masih berpakaian lelaki.

"Baiklah semua, harini saya nak bahagikan kamu kepada beberapa kumpulan ya" Encik Zabidi memulakan bicara.

Encik Zabidi membuka failnya yang telah sedia ada berada di atas meja sejak kelas terakhir semalam.

"Okay, kumpulan pertama... Ahhhhhh!!!!! Tolong saya! Tolong saya! Ahhhhh!"  Akhirnya, Encik Zabidi pengsan di tempat kejadian.

Haqqeem dan rakan rakannya ketawa terbahak bahak. Pelajar pelajar lain hanya menyaksikannya.

Haqqeem lantas turun dan mengambil iguana miliknya.

"Hahaha, iguana yang comel macam ni pun takut ke? Haih kesian awak Bobby" ujar Haqqeem sambil membelai belai haiwan itu.

"Woi, Sudin! Pergi panggil Cik Suzie. Cakap kat dia, Encik Zabidi ni pengsan sebab kurang gula. Pergi cepat, karang mampus pulak pensyarah kita ni" arah Irfan, kawan baik Haqqeem. Tergesa gesa Sudin keluar dari dewan kuliah.

"Bro, aku nak simpan Bobby jap" ujar Haqqeem.

Haqqeem keluar dari dewan kuliah. Matanya tertangkap pada seorang gadis.

"Yeah. That girl" Haqqeem sudah tersenyum meleret.

Dia bersembunyi di sebalik tembok. Sebaik sahaja gadis itu lalu, dia mengejutkan gadis itu dengan sergahan yang kuat dan iguana di tangan Haqqeem itu di halakan ke muka gadis itu.

"Aaaaaaa!!!!!" Annes menjerit.

"Hahahahaha" Haqqeem ketawa kuat.

Begitu asyik dia ketawakan gadis itu. Tanpa disedari, iguana itu telah berpindah tangan. Matanya terkebil apabila melihat gadis itu membelai belai iguananya.

"Comelnya awak. Oklah saya nak cepat ni. Nanti jumpa lagi ya" Annes berbicara dengan iguana tersebut. Tanpa membuang masa, dia menghempuk perlahan iguana itu di dada Haqqeem. Tersentak dia dibuatnya.

Annes berlalu dengan segaris senyuman sinis.

Haqqeem menepuk dahi.

'Takpa, lepasni kita akan berjumpa lagi'
Haqqeem tersenyum. Macam macam yang sedang dia fikirkan untuk mengenakan gadis itu.

***

"Awak ni Haqqeem, memang tak serik serik lagi ya? Dah banyak kali kena denda pun masih lagi tak bertaubat. Bila nak insaf Haqqeem oi!" Bebel Cik Suzie, ketua Hal Ehwal pelajar di kolej.

"Apa pulak yang saya buat Cik Suzie?" Soal Haqqeem dengan muka tak bersalah.

"Lagi nak tanya ke? Tu, Encik Zabidi kita tu. Sekarang ni kat wad tahu tak? Awak yang terperanjatkan dia kan?" Soal Cik Suzie.

Haqqeem ketawa dalam hati. Mukanya kekal muka tak bersalah.

"Suka hati aje tuduh saya bukan bukan eh. Ada bukti ke?" Ujar Haqqeem.

"Saya tak perlukan bukti. Bagi saya, semua benda yang berlaku semua angkara awak" jelas Cik Suzie.

Haqqeem tergelak. Sinis bunyinya.

"Encik Firman dan Encik Hamid hampir mati tercekik sebab awak letak cicak dalam minuman dia. Puan Hana punya kasut, awak humban dalam mangkuk tandas. Itu semua awak yang buat kan?"

Haqqeem senyap. Malas nak menidakkan kebenaran itu. Hahaha.

'Haqqem Haqqeem. Nakal jugak kau ya' Haqqeem bermonolog.

***

Annes POV.

Aku termenung sendirian di bilik. Teringat kejadian siang tadi, aku tersenyum kecil.

Nak takutkan aku konon. Ni Annes lah!

Aku akui, tadi memang aku terperanjat dengan sergahan Haqqeem. Sebab itulah aku menjerit. Bukan sebab aku takut iguana okay.

Bahu aku ditepuk dari belakang. Rupanya Wanie, rakan sebilik aku.

"Babe, jom turun kafe. Lapar lah" ajak Wanie.

"Hm, jomlah. Aku pun lapar"

Setelah makanan siap, kami duduk di meja yang kosong. Tiba tiba, perut aku memulas mulas.

"Weh, sakit perut pulak. Aku pergi toilet jap eh" pinta aku.
Setelah selesai melepaskan segala hajat, aku kembali ke meja untuk isi perut semula.
Aku lihat Wanie tersengih sengih sendirian.

'Apehal minah tu? Mereng?'

"Dah kenapa kau sengih sengih ni?" Soal aku.

"Tadi, ada senior handsome tegur aku" jawab Wanie sambil bibirnya masih tersengih.

Aku mencebir saja. Tanpa baca bismillah, aku menyuapkan makanan ke dalam mulut. Ish ish ish. Jangan tiru aksi ini kawan kawan.

"Kau punya berapa ringgit?" Wanie menanyakan soalan lazim sebagai seorang pelajar Universiti.

"4 ringgit. Kau?" Aku menyoal Wanie kembali.

"Pergh. Murah gila. Aku punya 5 ringgit duh" Balas Wanie sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Alah, nasi goreng biasa je ni" Aku menjawab acuh tak acuh.

"Kau punya lagi nampak sedap. Tu, sotong tu nampak besar" Wanie menegur hirisan sotong yang berada di atas sudu untuk aku suap ke mulut.

Setelah aku suap dan kunyah beberapa kali, aku terasa pelik. Aik, liat betul sotong ni?!

Aku luah kembali makanan yang berada dalam mulut.

"Bila masa sotong ada kaki?" soal aku kehairanan.

Aku dan Wanie terjeda seketika.

"Weh, tu bukan sotong. Itu cicak!" Wanie terjerit kecil.

Mata aku membulat. Dengan automatiknya, aku termuntah. Aku meludah ludah sisa yang berada di mulut.

Itulah padahnya makan tidak baca Bismillah. Ingat ni kawan kawan, makan jangan lupa baca Bismillah okay?

Terdengar suara orang ketawa di belakang. Aku melihat.

'Haqqeem! Tak guna'

"Weh, dia tulah yang tegur aku tadi" Wanie menuding jari ke arah Haqqeem. Pasti Haqqeem yang secara senyap memasukkan cicak ke nasi aku semasa dia menegur Wanie.

'Tak guna, memang sah si brengsek tu yang punya kerja!' Aku kegeraman tahap dewa sampai boleh maki Haqqeem dalam bahasa Indonesia.

Heyy semua. Maaf kalau hambarudin. Hahah. Kalau baik, lepas baca tekanlah star. Tau tau. Heheh. Kalau rajin, kritik la sikit cerita ni, kotlah ada yang perlu diperbaiki. Apa apapun, thanks pada yang support cerita ni. :)

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now