Part 10

395 27 9
                                    

Haqqeem POV

Setahun sebelumnya...

***Imbas kembali***

Tiba tiba handfon aku berdering. Tertera nama Hani, adik kembar aku. Aku menjawab panggilan tersebut.

"Abang, mak masuk hospital! Mak jatuh bilik air tadi"

Aku terkejut. Aku harus segera ke hospital. Aku segera menuju ke bilik Irfan yang terletak di blok sebelah. Irfan yang sedang enak tidur di atas katil aku kejut.

"Weh Fan. Aku pinjam kereta kau jap!" Bahu Irfan aku goncang. Dia ni kalau tidur, bom meletup sebelah telinga pun tak jaga. Kk over!

"Hm, kau nak gi mane Haq? Ambik la sendiri kunci kat poket aku, malas la aku nak ambik. Kau jaga kereta aku tu elok elok Haq, aku sayang kereta tu" ujar Irfan dengan matanya masih tertutup. Yelah, dah pukul dua pagi kan. Kesian pulak aku kacau dia tidur. Dahlah aku main terjah je bilik dia ni.

"Aku nak gi hospital tengok mak aku" jawab aku sambil meraba poket Irfan.

"Hah? Kenapa ngan mak kau? Eh, jom jom aku follow" Irfan terkocoh kocoh bangun.

Aku salute Irfan. Dia menyayangi mak aku seperti mak dia sendiri. Katanya, dia kekurangan kasih sayang dari ibu bapa. Biasalah, orang kaya. Sibuk mengejar harta sehingga anak anak terabai.

Aku segera turun setelah sampai di hospital. Hati aku risau mengenangkan mak aku yang mengidap penyakit buah pinggang itu. Harap harap, mak selamat.

"Hani, mak macam mana?" Aku menyoal Hani.

"Entahlah bang. Doktor kata, buah pinggang mak makin teruk. Kena buat pembedahan secepat mungkin" Hani bernada sayu.

What? Pembedahan? Allah, itu pasti memerlukan biaya yang tinggi. Mana aku nak dapatkan duit sebanyak tu? Aku buntu saat ini.

Duit yang aku kumpul selama ini cukup cukup untuk biayai pembedahan aku.

Rambut aku yang terjuntai aku raup ke belakang. Bahu aku ditepuk tiba tiba.

"Haq, mak kau macam mana?" Soal Irfan.

Aku senyum lebar. Irfan tak boleh tahu masalah aku sekarang ni. Kalau dia tahu, pasti dia akan berkeras untuk menanggung keseluruhan kos pembedahan mak. Aku tak mahu menyusahkan sesiapa.

"Mak aku okay. Kau balik la dulu Fan, esok kau ada kelas kan?" Aku menyuruh Irfan pulang.

Irfan ketawa sinis.

"Kau jangan tipu aku la Haq. Kau tak okay ni. Apa masalah kau, cerita la kat aku. Mana tahu aku boleh tolong" ujar Irfan.

Aku tertunduk.

"Buah pinggang mak aku, makin teruk. Perlukan pembedahan segera" terang aku.

"Owhh, takde penderma ke?" Soal Irfan.

"Penderma ada" balas aku.

"Owhh. Kos pembedahan? Biar aku support" kata Irfan dengan semangat.

Wajah Irfan aku pandang. Senyuman aku ukir.

"Takpe Fan. Aku ada duit, jangan risau. Duit yang aku kumpul selama ni memang untuk biaya kos pembedahan mak aku"

Aku tekad. Wang yang aku kumpul untuk biaya pembedahan aku itu aku gunakan untuk menampung kos pembedahan mak. Biarlah aku berkorban, demi mak.

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now