Part 6

446 33 5
                                    

Haqqeem POV

"Ada apa Encik Kahar nak jumpa saya ni?" Aku menyoal kehairanan.

Ada segaris senyuman terukir dibibir Encik Kahar. Jangan kena tuduh buat jahat sudahlah. Aku dah lama kot tak buat benda jahat. Last yang kena pun Annes sorang je.

"Saya nak jumpa awak sebab nak bincangkan mengenai MPP" ujar Encik Kahar.

Aku tersenyum sinis. Kenapa nak bincang dengan aku pulak? Aku ni cuma bekas presiden je.

"Kenapa pulak saya Encik? Saya bukannya presiden. Encik Kahar kan dah lucut jawatan saya atas sebab perkara jahat yang saya dah buat" ujar aku dengan sedikit nada yang menyindir.

"Saya tahu Haqqeem. Saya tahu. Kes tu bukan awak yang mulakan. Sebab tulah saya panggil awak ke sini. Saya masih perlukan khidmat orang yang berkarisma macam awak untuk jadi presiden"

Aku tersenyum sinis lagi. Heh, kalau tahu bukan aku puncanya, kenapa masih lucutkan jawatan aku? Lepastu semua benda jahat yang berlaku kat kolej semuanya tuduh aku yang buat. What the hell mann? Astaghfirullahalazim.

Nak tahu ke aku apa buat sampai kena lucut jawatan tu?

Ceritanya begini...

Ada sorang mamat ni, Fairuz namanya. Apa masalah dia pun aku taktau la. Ejek ejek aku ni miskin. Okay fine, aku tahu dia anak orang kaya, fine!

Disebabkan perangai dia yang tak matang tu, macam budak sekolah rendah je nak ejek ejek orang miskin ni, so aku tunjukkanlah perangai aku yang matang ni. Aku cuma diam je tiapkali dia ejek aku. Cuma kadang kadang je aku sindir dia masa kelas berlangsung.

Sampai satu tahap ni, aku memang dah taktahan bila dia cakap aku...

'Weh, mana bapak kau eh? Tak pernah nampak pun? Entah entah, kau ni anak haram tak? Hahahaha!'

Aku mengetap rahang. Kurang ajar. Aku ada bapak la!

'Mak kau kena rogol ke atau mak kau yang serahkan diri? Ke betul mak kau pelacur?'

Fairuz menambah perisa. Mungkin selama ini aku diam, dan dia tak berpuas hati.

Tanpa amaran, aku pusingkan tubuh aku dan hadiahkan sebuah penumbuk padu tepat mengenai batang hidungnya. Tersandar dia kat dinding dengan keadaan hidung berdarah. First lesson untuk kau lahanat tak guna. Aku terus beredar.

Keesokan harinya setelah selesai kelas, aku diberhentikan sekumpulan lelaki. Salah seorangnya ialah budak lahanat yang aku tumbuk semalam.

"Woi anak haram. Semalam kau tumbuk hidung aku sampai patah. Harini, biar aku belasah kau sampai tulang belulang kau patah!"

Aku dibelasah bertubi tubi tanpa belas kasihan. Badan aku lemah. Aku seorang tidak mampu untuk melawan tenaga lima orang.

Irfan juga datang untuk menyelamatkan aku, namun dia juga dibelasah teruk oleh empat kawan Fairuz yang lain.

Fairuz kekal memukul aku. Namun, aku mendapat satu kekuatan. Aku mengangkat kaki aku. Satu tendangan padu tepat didada Fairuz.

Dia terlentang ke belakang. Aku lihat dia tidak sedarkan diri. Mungkin hasil tendangan aku yang cukup padu di dadanya.

Tanpa dibela, aku dihukum oleh pihak Universiti. Aku digantung kelas selama dua minggu berikutan membelasah pelajar sehingga koma.

Kes aku menjadi kes polis. Tapi mujur, Fairuz sedar dari koma. Dia mengatakan aku tidak bersalah. Mungkin dia insaf masa koma kot? Mimpi dapat balasan gitu?

Yeah, aku tidak bersalah. Tapi, biasalah warga universiti tetap memandang serong terhadap aku. Muka aku yang kacak ni, diorang label sebagai muka jahat. Segala benda jahat yang berlaku, pasti nama aku disebut sebut.

Biarkan Aku Jatuh CintaWhere stories live. Discover now