Dia dan aku. Kami adalah sama. Aku adalah dirinya dan dia adalah aku.
Tapi, apa yang membezakan kami ialah.. perwatakan kami.
Aku seorang yang riang dahulunya. Seorang yang suka tersenyum dalam apa jua situasi. Seorang yang mudah terhibur dengan gurau senda dan telatah orang lain.
Aku, juga seorang yang kadang-kadang selalu memikirkan kematian, keganasan. Sisi lain diri aku. Sisi gelap aku. Perasaan? Aku takde perasaan.
Tapi.. aku pun suka senyum. Senyuman yang tersirat beribu maksud di sebaliknya. Senyuman yang akan muncul bila aku lakukan sesuatu yang orang label sebagai 'rosak'.
Vandalisme, peras ugut atau mungkin membunuh.. hm hobi aku semua tu.
Terasa bagaikan satu kepuasan.
Kenapa? Takut? Aku tak akan buat semua tu kalau takde orang yang cari masalah dengan aku.
Aku, Kim Taehyung.
***
Siren yang terhasil daripada kereta polis memecah keheningan di malam hari. Di kala manusia sejagat mulai lena dibuai mimpi, maka sisi gelap itu mula menguasai dirinya.
Kenderaan berlampu merah biru itu memasuki satu lorong. Kelihatan, dia.. sedang lakukan sesuatu pada pintu kedai makan itu.
Segala apa yang dirasainya diaplikasikan pada pintu tersebut. Penuh dengan kesan cat yang tiada siapa yang faham maksud disebaliknya.
Tangannya sibuk mengikis satu lukisan pada pintu tersebut dengan menggunakan pemutar skru.
"berhenti! angkat kedua-dua tangan!"
Taehyung menoleh apabila mendengar arahan tersebut. Pemutar skru dijatuhkan ke lantai. Kedua-dua tangannya diangkat beserta dengan secalit senyuman sinis di wajahnya.
Taehyung dibawa masuk ke dalam kereta polis. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya. Destinasinya adalah balai polis.
***
"Nama?"
"Kim Taehyung,"
"Umur?"
"22 tahun,"
"Keluarga?"
Namja itu menelan liur. Kelat rasanya.
"Takde," balasnya ringkas. Biarpun jawapannya itu menyakitkan hatinya sendiri.
Untuk apa dia perlu mengaku yang dia mempunyai keluarga? Dia cuba untuk jadi pelindung. Dia cuba untuk melindungi orang yang dia sayang.
Tapi apa yang dia dapat?
"Dasar pembunuh!"
"Orang macam kau patut dihumban dalam penjara!"
"Kakak.."
"Maaf Taehyung. Kakak tahu kamu cuba lindungi kakak. Tapi, kakak dah tak sanggup nak dengar kritikan orang yang memanggil kamu seorang pembunuh!"
Dia jadi buruan polis kerana telah membunuh ayahnya sendiri. Bukan salah dia sebab dia cuba untuk melindungi.
Tapi manusia lebih nampak keburukkan orang lain berbanding dengan kebaikan yang dibuat. Manusia akan tetap menilai."Tuan, izinkan saya buat panggilan telefon?" pinta Taehyung.
Kini, Taehyung terperangkap dalam dua penjara. Penjara besi dan juga penjara kehidupan.
Bersama-sama dengan sisi gelapnya.
"Are you calling me a sinner?"
-----
p/s: Taehyung bukan penghidap DID.
YOU ARE READING
WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]
FanfictionWalaupun terdapat seribu arah yang berbeza, kita akan tetap berjalan ke satu arah yang sama. Walaupun dunia menindas kita, kita akan bangkit berlawan bersama sebagai sahabat. . . . . . (Diinspirasikan oleh music video BTS Wings+YNWA tapi jalan ceri...