Okay. Part ni diupdate utk readers just in case korang tak faham jalan cerita Wings: Today We'll Survive ni.
Sebenarnya, cerita yang bergenre camni memerlukan imaginasi pembaca yg tinggi.. haa cam kbat tu lol. K skg jom kita baca full explanation cerita ni.
-------------------------------------
#Short Story
▶Bermula dengan #1 Begin sampailah #6 MAMA adalah cerita² / kisah hidup member BTS kecuali Jin. Itulah kisah silam mereka ataupun lebih tepat lagi.. zaman gelap mereka. The dark side of them.
Namun berbeza pulak dgn #7 Awake. Wataknya ialah Jin. Nak tahu perbezaannya?
"Fon telinga yang aku pakai, aku tanggalkan. Berhenti daripada terus bermain dengan dunia mimpi.
Mimpi yang menyakitkan.
Mimpi yang memeritkan.
Juga, realiti aku sendiri. Aku harus matang. Aku harus cari di mana pintu kebebasanku. Bebas daripada bermimpi dan kembali memijak di bumi yang nyata." : (petikan daripada #7 Awake. )
Adakah readers faham apa yg dimaksudkan dengan mimpi yang dialami oleh Jin?
Okay, mimpi tu sebenarnya ialah alter ego yang Jin sendiri cipta. Antaranya, ketakutan, penipuan, kesengsaraan jiwa, obses, konflik diri & keinginan untuk dikasihi. Kiranya ada 6 perwatakan berbeza di dalam diri dia.
Jadi, #1 Begin ⇨ #6 MAMA macam lambang alter ego kepada Jin. Dia berhenti untuk terus tenggelam dalam taklukan alter egonya itu dan mula mencari dirinya yang sebenar.
BUT! Jangan confuse dengan kisah baki 6 member yang lain. Kisah mereka dan Jin adalah berbeza.
Okay.. dah faham kan?
Kenapa #7 Awake ada kat part dah nak habis?
▶ Yang ni sebenarnya author nak selaraskan dengan terjaganya Jungkook daripada mimpi ngeri dia tu. Jadi, author rasa.. ianya sesuai kalau part #7 Awake ditulis selepas The Ones Who Walk Away From Omelas.
What do you think readers? :D
Okay, setakat ni x memeningkan kan? 😂 Let's moving on!
Mimpi.
▶ Bermula daripada 1: Group Chat sampailah 10: The Ones Walk Walk Away from Omelas hanya sekadar mimpi yang dialami oleh mereka semua.
▶ Hanya Jungkook sahaja yang ingat setiap detik mimpi tu berjalan dan member yang lain hanya samar² sahaja.
Kenapa Jungkook? K jangan tanya author kenapa. Sebab author nak dia jadi camtu lol.
Bercakap tentang mimpi tu.. k mesti korang trtanya-tanya.. kenapa BTS dapat mimpi camtu kan? Dan kenapa mimpi tu berakhir dengan Jungkook berjaya lepaskan diri dari Omelas dan 7 orang berjubah hitam (dark side BTS) muncul.
Macam yang author katakan. Itu ialah kisah silam mereka. Kesilapan yang telah mereka lakukan. 7 org lelaki berjubah itu berdiri di depan terowong itu menandakan yg mereka telah berjaya melepaskan diri daripada kegelapan tu.
K..got that?
▶Jin. Dia pernah kata yg dia tak alami mimpi tu kat member dia kan? Tapi.. dalam A Supplementary Story: YNWA ,Jin tahu nama budak yang bagi kasut tu dekat Jimin.
Maknanya, dia pun turut mengalami mimpi yang sama. Kalau readers baca dari mula mimpi tu berjalan, Jin nampak macam takde problem kan? Tu silap..
#7 Awake tu lah kebangkitan Jin daripada mimpi sekaligus terlepasnya dia daripada alter egonya. Benda tu terjadi, sebaik sahaja Jin mati (part mulut dia berbuih tu)
Haa.. ni bermakna org yg pertama bangun daripada mimpi tu ialah Hoseok kemudian Jimin, Taehyung, Suga, Jin, Namjoon dan last sekali Jungkook.
Budak Kasut/Trap Boy/Emil Sinclair
▶ Kenapa dia bagi kasut dekat Jimin dan bukannya Jin? K ni pun jgn tanya.. author nak selaraskan dengan MV Spring Day. Kan Jimin yang pegang kasut tu.. betul tak?
Kemunculan dia dalam dunia sebenar mesti mmbuatkan korang tertanya-tanya kan? Wujud ke budak tu?
Tahu tak? Banyak rahsia yang kita tak tahu pasal alam ni. Cerita ni pun ialah fiction.. so why not author munculkan dia? Hoho.
Demian
▶ Siapa dia sebenarnya dalam cerita tu? Okay.. dia ialah evil yang cuba menghalang BTS daripada melangkah ke dunia yang baru. Kiranya macam penakluk lah kat Omelas tu haa gitu.
Haa.. ni bukan cite Demian yang RM baca tu k. Dia ni hanya sekadar watak rekaan author.
LASTLY..
Part di mana Jungkook bermimpi yang dia kehilangan kawan-kawannya sekali lagi masa dekat pulau Jeju tu.
Itu cuma mainan perasaan Jungkook. Masih ada baki ketakutan di dalam diri dia.. tu yang membuatkan dia sampai 'mencipta' mimpi dia sendiri tu. Part di mana Jungkook nampak dia dan kawan² dia masa dalam train tu..
Itulah mimpi dia.. lepastu dia terus terjaga.
+Apa itu ALTER EGO?
Alter ego which means the other 'Me', dalam satu jasad. Satu jasad manusia yang memiliki lebih daripada satu personaliti, dan setiap personaliti /identity memiliki memori dan latar belakang yang berbeza.
Atau lebih tepat lagi DID (Dissociative Identity Disorder).
untuk lebih lanjut, sila Google. aku malas nak tulis panjang-panjang 😂
-this was edited on September 7,2020.-
-----------------------------------------
Dah dapat apa yang author cuba sampaikan? Kalau masih tak faham.. haa boleh tanya kot2 ada yang masih belum dijelaskan. Almaklumlah, aku ni pun manusia juga xlepas dari buat silap. :'D
Papepun.. trima kasih sbb sudi baca,scroll,vote n komen 🌹
YOU ARE READING
WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]
FanficWalaupun terdapat seribu arah yang berbeza, kita akan tetap berjalan ke satu arah yang sama. Walaupun dunia menindas kita, kita akan bangkit berlawan bersama sebagai sahabat. . . . . . (Diinspirasikan oleh music video BTS Wings+YNWA tapi jalan ceri...