4: I want your BODY

1.8K 272 31
                                    

"Jimin.. jangan. Jangan pergi tempat tu. Kau mengharapkan sebuah kehidupan yang lebih baik? Tapi tempat tu akan berikan pengakhiran yang menyakitkan. Sangat sakit untuk kau terima."

"Kenapa aku kena percayakan kau? Kau seorang penipu. Kata-kata kau penuh dengan penipuan."

"kau lupa? aku juga adalah sebahagian daripada diri kau? aku akan selalu bersama dengan kau dan kuasai diri kau sepenuhnya. Hahahahaha!"

"Tak! Tak boleh! Kau penipu! Keluar!!"

"Aku tak akan ke mana-mana Park Jimin."

Kalau dilihatkan dari situasi ini, Jimin bagaikan mempunyai dua karakter yang berbeza. Dirinya dan dia.

Sekejap dia ketawa dan sekejap dia meraung agar dia keluar daripada hidupnya. Kekadang, ketawa itu berubah dingin.

Dan mereka berkomunikasi di dalam dunia mereka sendiri.

"Jimin!! Jangan!"

Mujur sahaja, Jin sempat datang. Kalau tidak, sudah tentu Jimin sudah jatuh dari lereng bukit yang pastinya akan mati.

Yang lain menyusul dari belakang.

"Dia penipu.. heh.. tsk tsk.. HAHAHAA TIPUUUU!"

Badan Jimin dipeluk oleh Jin lantas dia membawa kawannya itu jauh dari lereng bukit.

"Kau kenapa Jimin? Kau gila ke? Nak mati?"

Jimin memandang wajah panik Jin beserta senyuman sinis. Lantas, pandangan itu dilontarkan ke arah kawan-kawannya yang lain.

"Aku bukan Jimin,"

Cukup dingin.

"Weh.. " panggil Jungkook.

"Kau merepek apa ni sial?!!" tengking Suga.

"Jin! Cepat! Bawa dia jauh dari situ!" kata Namjunpula.

"t-tolong.. ni Jimin,"

"Tak! Aku bukan Jimin!"

"pergi!!!!! Aku Jim—"

"..kau dah makan kata-kata dusta aku,"

"Aku tak kisah kau Jimin atau tak! Yang aku tahu kau kawan aku! Cepat!"

Baru sahaja Jin hendak memapah Jimin, tiba-tiba lelaki itu jatuh pengsan.

Apabila penipuan menguasai diri..

***

7 sahabat itu duduk menghadap unggun api yang menjadi penerang di malam hari.

Udara yang menyamankan dan hanya bunyi binatang malam yang menemani mereka ketika ini.

"Jimin, kau okay?" soal Jin lalu menepuk bahu milik Jimin.

Dia hanya mengangguk.

"Pehal duh kau meroyan cam gila tadi? Dah puas hidup?" soal Suga.

Dia ni kalau cakap straight to the point dan takde penapis langsung.

"d-dia.. tipu,"

"mwoya? Tak habis lagi dengan penipuan kau tu?" kali ini Hoseok bersuara.

"Kau tak faham. Dia nak ambil alih badan aku. Dia cakap dia akan tinggalkan aku tapi dia tipu!"

Titik-titik jernih mula membasahi pipi Jimin. Dia menghembus nafas berat.

"dua watak berbeza dalam satu jasad. Wow.
Aku suka,"kata Taehyung dengan sengihan kecil.

"A-apa kita nak buat sekarang? Aku takut. Aku takut diri kau yang lain akan berakhir dengan penderitaan. Cukuplah dengan apa yang aku lalui.

Aku nak hidup yang baru," luah Jungkook. Nadanya kedengaran begitu kesal.

"Mama cakap, kita kena tabah."

"Ni sorang lagi. Kau merepek apa ni Hoseok? Kau jangan jadi mental balik boleh tak?"

Suga kelihatan tertekan sekarang ini.

"Tak. Ini realiti,"

"Halusinasi kau je Hoseok. Mak kau dah mati. Kau yang tak boleh terima semua tu! Kau yang tak rela dengan kepergian dia! Tolonglah! Kenapa dengan korang ni??"

Walaupun teguran dia agak mengguriskan perasaan, namun Jin kena sentiasa positif. Demi kawan-kawannya.

"Kau tak faham."

"Tu semua penipuan,"

"Cukup dengan semua ni. Esok, kita akan pergi ke tempat yang aku sebut tu. Kita akan kembali kepada diri kita yang dulu.

No pain. No tears. No more the other us. Just ourselves."

-------------------------------------------------------------

"Namjun, kau tahu ke mana tempat tu? Kau tahu rupa tempat tu macam mana?" soal Suga inginkan kepastian.

"Tak,"

"Apa maksud kau tak?"

"Ikut kata hati."

"..don't go. It's a lie,"

WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]Where stories live. Discover now