3: First step

1.9K 292 55
                                    

"Aku rasa nak pergi somewhere yang boleh aku lupakan semua ni. Like funfair?" kata Hoseok yang sudah jemu berbaring di atas tikar rumput sambil melihat bintang-bintang yang berkelipan di langit malam itu.

"Funfair? Tempat yang penuh dengan penipuan? Aish.. no jams langsung," kata Jimin.

"Dah lah dengan penipuan kau tu," tambah Suga. Naik lali dia dengar ayat yang sama daripada si Jimin.

Ikutkan hati, mahu saja dia bagi penampar sebiji. Tapi tu lah.

"Maaf. Dia yang suruh aku jangan percayakan orang sangat. Dia cakap itu semua penipuan,"

Mereka yang lain memandang Jimin pelik.

"Pebenda kau merepek ni sia?" soal Suga. Habis berkerut dahinya.

"Betul. Dia pun ada dengan aku. Dia yang menyebabkan aku terbunuh ayah aku. Bukan, manusia zalim tu," tambah Taehyung pula.

"Maksud kau? Kau yang satu lagi? Sisi gelap kau?"

Taehyung tersenyum lantas mengangguk dengan pertanyaan Hoseok.

"Wow, nampaknya bukan aku je yang ada 'kawan'. "

Jimin makin menyeramkan.

"Apa korang ni? Aku tak faham," kata Jin yang masih lagi blur dengan keadaan sekarang ni.

"Aku dihalau keluar rumah jugak. Dipanggil tak guna dan sebagai punca adik aku mati. Tapi, takdelah gila cam kau." kata Suga selamba lantas menjatuhkan diri ke atas tikar rumput itu.

Jimin berdecit, "aku tak gila."

"Betul la tu. Aku gila. Kita semua gila. Sebab tu dorang kecam kita mati-matian. Tak gitu?" kali ini Taehyung berkata-kata.

"Hm..aku takde dia yang korang maksudkan tu. Tapi, aku ada suara mak aku. Dia selalu teman aku siang dan malam. Selalu dodoi aku bila aku nak tidur. Bila dia hilang, aku takut-" kata-kata Hoseok terhenti di situ.

Dia berdehem, cuba mengawal emosinya.

"Tapi.. ayah aku label aku gila. Heh.."

"Memang kau gila pun," kata Suga direct straight to the point.

"Terima kasih,"

"Aku harap korang tak akan biarkan dia tu kawal diri korang sebab aku tak nak, benda tu akan memakan diri korang sendiri," kata Jin.

Ya, benar apa yang dia katakan.

"Tapi..suara tu kata aku lemah. Lemah sebab tak mampu lawan orang yang langsung bertindak tak guna akal pemikiran.

Aku lemah ke?" luah Jungkook. Liur kelat ditelannya. Perit betul rasa.

Bahu Jungkook ditepuk Jin, "kau salah. Kalau kau lemah, takdenya kau dapat panggilan golden maknae. Betul tak?"

"Kau kena buli ke Kookie?"

"dengan siapa?"

"bak sini alamat rumah dia biar aku bagi hadiah istimewa kat dia,"

Jungkook tergelak kecil. Akhirnya, setelah sekian lama.. dia boleh ketawa juga.

"Namjun kau kenapa? Senyap je kau? Apasal? Dia dah take over badan kau sepenuhnya ke?" soal Hoseok yang cuba untuk membuat lawak namun hambar sebab langsung takde lawak di dalamnya.

"Amende kau ni? Aku cuma fikirkan sesuatu,"

"Apa?"

"Satu tempat.."

"Aish, cuba kau kasi suluh sikit ayat kau tu. Ni cakap separuh-separuh," bebel Hoseok.

Nampaknya.. keadaan akan kembali seperti dulu.

Kan?

"Tempat apa Namjun?" soal Jin pula.

"Omelas,"

"Omelet?" soal Taehyung. Entah sejak bila pulak dia ada masalah pendengaran ni.

"Ahh! Aku tahu! Yang om telolet om yang viral tu kan? Kan?"

Alahai Jungkook.

Namjun hanya pasrah dengan tebakan kawan-kawannya itu. Ya, memang itu sifat semula jadi mereka yang main langgar je bila bercakap.

Suga bingkas bangun"Omelas tu bukan ke--"

Namjun tersenyum. Maka terbentuklah dua lesung pipit comelnya itu.

"Ha'ah. Tempat di mana kau akan lupa semua masalah kau,"

"Okay aku nak pergi," pantas sahaja Hoseok bersetuju.

"Mana?" tanya Jimin.

"Tak sabar aku nak tengok tipu daya manusia dalam omelas tu,"

Namjun tersenyum.

"your fate is there.."

(ditulis- 2017) P/S: good luck kpd 99 liner utk esok. Walaupun KPM selalu game kita tp ayuh kita buktikan yg kita pun boleh
cehwahh.. k pray for me too 🙏 파이팅 여러분 ㅠㅠ

WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]Where stories live. Discover now