Pagi yang indah diriangkan lagi dengan bunyi kicauan burung serta udara pagi yang begitu menyegarkan.
Bunyi kekecohan di luar motel mengejutkan Jin daripada tidurnya. Kawan-kawannya yang lain masih lagi lena diulit mimpi.
Jin menjenggulkan kepalanya ke luar tingkap. Apa yang dilihatnya ialah seorang budak dikelilingi oleh penduduk di bandar itu.
Mereka kelihatan sangat marah.
"kejap.. budak tu,"
Kemudian mata Jin tertumpu pada sesuatu yang berada di tangannya. Sepasang kasut.
Tanpa berfikir panjang, Jin terus keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga dan menuju ke arah kekecohan tadi.
"You're damn boy!"
"Macam mana kau boleh lari dari kurungan kau?!"
"Dasar budak miskin! Jijik! Nak muntah aku tengok kau!"
"Cepat! Bawa dia ke kurungan tu balik. Jangan bagi bandar kita tercemar dengan budak ni. Ew disgusting!"
Budak itu hanya menundukkan pandangannya sambil menangis teresak-esak. Kasut tadi dipeluknya erat.
Belum sempat dua orang lelaki memegangnya, Jin bersuara.
"Tunggu!" katanya lantas lari masuk ke dalam bulatan itu.
"Kenapa korang hina budak ni? Apa salah dia?" soal Jin. Biarpun dia tak kenal siapa gerangan anak kecil itu, tapi Jin akan cuba untuk back up dia daripada terus ditindas.
"Who the hell are you?? Jauhkan diri kau dari budak jijik tu!" kata seorang lelaki yang berwajah bengis.
"Uu~kacaknya dia.."
"He looks like an angel,"
"Kau siapa?! Jangan campur tangan urusan kami! Pergi!" marah seorang lagi lelaki.
Hujung baju Jin dipegang erat. Jin memandang wajah kasihan budak itu.
Tersentuh pula hatinya.
"Dengar sini, saya mungkin tak kenal siapa budak ni dan kenapa awak semua benci sangat dekat dia. Tapi, dia pun manusia.
Ada perasaan. Tak boleh ke awak bersifat lebih berperikemanusiaan?"
Penduduk-penduduk itu memandang Jin tanpa berkelip. Masing-masing hilang kata.
Lelaki bengis tadi terus memulas kolar baju Jin, "Hey budak! Kau orang asing dan hanya menumpang kat sini! Jangan nak tunjuk hero sangat!"
"Hyung!"
Jin dan lelaki tadi mendongak ke atas. Kelihatan Jungkook sedang berada di muka tingkap.
Dalam beberapa minit kemudian, Jungkook tiba di bawah. Disusuli oleh Suga dan juga Jimin.
"Kenapa ni?" soal Jungkook panik.
"Baik kau lepaskan tangan kotor kau daripada kawan aku." kata Suga pula. Dingin betul bunyinya.
"Oh.. bawa kawan? Dasar penumpang! Tak sedar diri!" baru sahaja lelaki bengis itu mahu menumbuk wajah Jin, tiba-tiba..
"Max! Hentikan! Jauhkan diri kau daripada dorang,"
Dia merupakan lelaki yang dianggap misteri oleh Jin dan Namjun tadi. Mereka yang berada di situ kelihatan terkejut.
"Semua bersurai!"
Dengar sahaja arahan lelaki itu, semua orang mula meninggalkan kekecohan tadi. Kini hanya lelaki bengis tadi sahaja yang berada di situ.
"Lepaskan dia Max," arahnya.
YOU ARE READING
WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]
FanfictionWalaupun terdapat seribu arah yang berbeza, kita akan tetap berjalan ke satu arah yang sama. Walaupun dunia menindas kita, kita akan bangkit berlawan bersama sebagai sahabat. . . . . . (Diinspirasikan oleh music video BTS Wings+YNWA tapi jalan ceri...