Unknown, 5 Feb - 17:02
Satu tempat yang riuh dengan kicauan burung. Satu tempat yang jauh dari kebingitan kenderaan. Satu tempat yang jauh dari manusia yang sibuk dengan kebendaan.
Satu tempat yang tak diketahui oleh sesiapa pun kecuali mereka.
Sebuah hutan apabila diterokai dengan lebih dalam akan membawa mereka kepada satu kawasan lapang berdekatan dengan lereng bukit.
Tak cukup dengan udaranya yang nyaman, tempat itu juga dihiasi dengan bunga-bunga yang mekar yang sangat memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tapi, hanya mereka bertujuh sahaja yang tahu kewujudan tempat itu.
Dunia ni luas. Penuh dengan rahsia dan misteri. Banyak benda yang harus kita terokai. Ya, terus meneroka dan nikmatilah ciptaan Tuhan ini selagi ia masih boleh menjadi perhiasan mata.
"Jadi?" Jin memulakan perbualan. Entah kenapa suasana riang dan bising itu hilang.
Tak macam dulu.Masing-masing melepaskan keluhan.
"Aku rasa aku nak tinggal dekat sini teruslah. Aku nak hidup tanpa perlu sakitkan sesiapa lagi. Tak gitu?" kata Jimin sambil memeluk tubuhnya beserta dengan sengihan kecil.
"Dan tak perlu lagi dikritik oleh manusia luar sana. Sakit." tambah Hoseok.
"A-aku tak faham dengan korang ni. Apa dah jadi pada kawan-kawan aku yang dulunya ceria," soal Jin buntu.
"Jap, ni bukan mimpi kan?"
Mimpi selalunya menggembirakan. Realiti itu pahit sebenarnya.
"Tak. Ini realiti. Realiti kita," balas Jungkook. Tangannya sibuk mencabut anak-anak rumput yang tumbuh di atas permukaan tanah.
"Taehyung. Aku minta maaf.." ucap Namjun, kesal.
Kenapa? Kenapa Namjun nak minta maaf dengan Taehyung? Apa salah dia?
"Takpe. Aku okay," kata Taehyung lantas tersenyum nipis.
"Jangan terperangkap dalam penipuan,"
Ayat yang digemari oleh Park Jimin.
"Aku tak tipu! Aku dah maafkan kau lah Namjun! Aku tahu, kau tak sengaja tak jawab panggilan aku."
"Panggilan apa?" celah Suga.
Namjun hanya menunduk. Keluhan berat dilepaskan.
"Kim Namjun. Apa jadi?" soal Jin pula.
"Pasal malam Tae kena tangkap polis. Aku dah janji aku akan bawa dia lari dari situ. Aku akan lindungi dia tapi aku tak tahu.
Aku tertekan sangat. Aku bukan tak nak jawab panggilan kau Tae. Sumpah!" terang Namjun dengan nada penuh kesal. Berkerut habis dahinya apabila dia cuba meyakinkan sahabatnya itu.
Semua senyap tidak bersuara.
"Aku cakap dah kan! Tolonglah jangan bagi aku salahkan kau lagi. A-aku dah cuba move on sejauh ni," Taehyung tertunduk.
"Tanpa bagitahu kitorang?"
Pertanyaan Suga membuatkan Namjun dan Taehyung memandangnya serentak.
"Kau nak lindungi Taehyung tapi kau tak bagitahu kitorang?! Ha? Kami ni apa? Patung? Kayu?"
"Weh..sabar," kata Hoseok cuba menenangkan kawannya itu.
"Aku tak sengajalah! Tolonglah faham!"
"Huh.." Suga menghembus nafas kasar.
"Maaf. Aku tak patut emo,"
Bahu Suga dipegang Jin, "jadi. Korang nak terus dibelenggu masalah-masalah tu ke? Korang nak masalah tu kawal diri korang?"
"Aku takde masalah. Mereka yang cari masalah dengan aku," kata Jimin. Nada percakapannya kedengaran psycho.
"Biarkan dorang terus makan penipuan aku. Tch, bodoh."
"Tapi walau apa-apa pun, kita tak akan ada masalah bila kita bersama kan?" soal Jungkook.
Jungkook cuba memberikan semangat seindah mentari kepada kawan-kawannya. Take over job Hoseok budak ni. Hee~
Mereka tersenyum ke arah Jungkook.
"Betul tu," kata Hoseok lantas mengusap rambut 'adik' paling bongsu mereka itu.
Bagaimana dengan Jin? Kenapa dia seorang sahaja yang tidak mengalami situasi seperti kawan-kawannya yang lain?
"..but 'he' doesn't like to see them with the bright smile.."
⇨
YOU ARE READING
WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]
FanfictionWalaupun terdapat seribu arah yang berbeza, kita akan tetap berjalan ke satu arah yang sama. Walaupun dunia menindas kita, kita akan bangkit berlawan bersama sebagai sahabat. . . . . . (Diinspirasikan oleh music video BTS Wings+YNWA tapi jalan ceri...