Tahu apa maksud refleksi? Pantulan.
Ya, pantulan kepada diri aku sendiri. Pantulan itu seorang yang penipu. Pantulan itu jugalah seorang yang dipanggil 'tikam belakang' dan pengkhianat.
Aku menatap pantulan itu. Oh.. ini rupanya seorang pengkhianat?
***
Namjun tak pernah minta apa-apa. Cukuplah kepercayaan daripada orang di sekelilingnya.
Kontena, itulah tempat di mana dia selalu menyendiri. Betul.. dunia dia di situ.
Sampul surat yang baru dia terima itu dibukanya. Kelihatan, lukisan seekor burung besar yang cuba untuk terbang.
"Nice," katanya sendiri.
Lukisan itu akan diaplikasikan pada lengannya sebagai tatu. Dah lama dia nak buat benda tu.
Atau mungkin baru sahaja.. tekanan yang paksa dia buat semua tu.
Alat membuat tatu itu diletakkan pada lengan kirinya. Maka, ia mula bekerja mengikut corak atau imej yang diinginkan Namjun.
Burung besar tu.
Tak lama kemudian, tatu tersebut siap. Kertas lukisan tadi dibakarnya lantas abunya dimasukkan ke dalam gelas yang berisi air.
Namjun mula meminumnya. Tak sampai beberapa minit.. lelaki itu jatuh pengsan.
***
Aku membuka mataku perlahan. Pening?
Sikit.
Mataku tertacap pada satu tulisan yang ditulis pada cermin.
'You need to survive.'
Mungkin betul. Aku patut berusaha untuk singkirkan kata-kata sinis daripada mereka semua. Mereka tak tahu apa yang aku lalui. Mereka kenal aku Namjun tapi mereka tak tahu siapa Kim Namjun yang sebenar.
Aku bingkas berdiri. Aku menatap pantulan diriku yang muncul pada 7 cermin serentak.
Aku kena hapuskan pantulan-pantulan yang lain. Cukuplah pantulan diriku yang realistik ini sahaja.
Aku bukan orang lain.
Aku menutup mataku dan menekup kedua telinga menggunakan kedua-dua belah tangan.
Apabila aku membuka mata, pantulan-pantulan lain telah pun hilang.
Telingaku menangkap satu bunyi deringan..
Saat itu baru aku teringat.. tak! Aku tak akan dilabel penikam belakang lagi!Aku kena jawab panggilan tu.
Aku berlari ke arah telefon awam yang berdiri jauh dariku. Apabila aku sampai, telefon awam itu telah dirantai.
Tunggu! Aku akan jawab!
Aku cuba untuk membukanya namun gagal. Sia-sia sebab ia telah dirantai oleh rantai besi.
Panggilan telefon itu.. senyap.
"Aku bukan pengkhianat.. maafkan aku.. maafkan aku.."
LIAR
"I wish I could love myself."
YOU ARE READING
WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]
FanfictionWalaupun terdapat seribu arah yang berbeza, kita akan tetap berjalan ke satu arah yang sama. Walaupun dunia menindas kita, kita akan bangkit berlawan bersama sebagai sahabat. . . . . . (Diinspirasikan oleh music video BTS Wings+YNWA tapi jalan ceri...