00:00
Kim SeokJin
"Aku cuba untuk bangun daripada semua mimpi buruk ni. Aku cuba untuk lepas dari semua kesakitan ni. Tapi, kenapa ianya begitu sukar? Aku.. hanya ingin bebas. Bebas seperti seekor merpati putih. Bebas melebarkan sayapnya di langit biru. Ya. Itu yang aku inginkan."
Kim Namjun
"Terlalu banyak konflik dalam kehidupan aku. Terlalu banyak. Aku dipanggil pengkhianat, penipu dan seorang back stabber! Tak.. aku bukan begitu. Aku ialah diri aku dan aku kenal siapa aku."
Min Yunki
"Muzik. Sesuatu yang indah bukan? Aku tahu. Sebab tu aku terlalu obses dengan muzik. Aku obses dengan pentas, aku obses dengan sorakan peminat, aku obses dengan piano dan juga muzik hip hop. Tapi, kenapa? Kenapa mereka tak faham dengan apa yang aku impikan selama ni? Kenapa mereka mengejek aku? Mengatakan aku tak layak buat semua tu?! Aku akan buktikan."
Jung Hoseok
"Mama. Impian aku untuk buat dia tersenyum. Ya, tersenyum dengan kejayaan aku. Tersenyum dengan apa yang aku capai. Namun, kenapa Mama berpaling daripada aku? Kenapa Mama tidak mahu memandang wajahku? Adakah aku salah? Mama! "
Park Jimin
"Penipu? Heh.. siapa yang menipu? Dorang kata aku licik macam ular. Dorang dah tak percayakan aku. Apa boleh aku buat? Sebab.. mereka.. aku jadi macam ni, sekarang siapa yang menipu dan siapa yang ditipu?"
Kim Taehyung
"Aku cuba jadi pelindung. Aku cuba untuk lindungi orang yang aku sayang. Aku cuba jadi yang terbaik. Tapi, apa yang aku dapat? Kutukan? Cacian? Seronok berkata buruk tentang aku? Oh.. mungkin sedikit pengajaran kepada mereka.. mereka akan senyap. Aku dah biasa rasa sakit ni,"
Jeon Jungkook
"Aku takut.. mereka panggil aku lemah. Adakah ia betul? Aku lemah? Tapi, suara tu kata aku ialah yang terhebat! Aku kuat. Perlu ke aku ikut kata suara hati tu atau.. jadi siapa diri aku yang sebenar?"
"Don't trap with the evil inside you.."
YOU ARE READING
WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]
FanficWalaupun terdapat seribu arah yang berbeza, kita akan tetap berjalan ke satu arah yang sama. Walaupun dunia menindas kita, kita akan bangkit berlawan bersama sebagai sahabat. . . . . . (Diinspirasikan oleh music video BTS Wings+YNWA tapi jalan ceri...