A Supplementary Story: YNWA

1.4K 258 11
                                    

"Omelas," ucapnya sendiri.

Air mata lelaki itu hampir menitis apabila otaknya mula memainkan mimpi ngeri yang dialaminya sebelum ini.

Jungkook terus berlari ke arah pintu Omelas tersebut.

Sebelum ini dia begitu berharap yang dia tidak akan jumpa lagi tempat itu. Tapi, kali ini dia terpaksa. Demi kawan-kawannya.

"Mana korang.. " sambil dia berlari, nama kawan-kawannya dipanggil satu per satu.

Pintu itu terus dikuaknya. Entah apa yang dia rasakan sekarang ini.

Gembira, marah, terharu? Sebab mereka berenam muncul sebaik sahaja Jungkook membuka pintu tersebut.

Jungkook menghembus nafas lega. Ya! Dia begitu lega sekarang ini.

"Jom!" kata Hoseok.

Kemudian, Jeon Jungkook berlari mendahului mereka. Disusuli oleh rakan-rakannya yang lain.

'Jom' yang dimaksudkan oleh Hoseok ialah the jom kita melangkah keluar dari sini. Jalan keluar sudah ada di hadapan mereka, di seberang sana. Jadi mereka hanya perlu menapak keluar daripada kotak derita itu dan melangkah ke dalam ruang bahagia.

Namun langkah mereka terhenti apabila ada sebuah keretapi dengan lajunya meluncur di atas landasan. Di hadapan mereka.

***

Jeon Jungkook.

Betul ke apa yang aku nampak ni? Itu kan..

Aku memejamkan mataku setelah bangun daripada tidur yang membawa aku kepada mimpi itu lagi.

Mimpi.

Macam mana kalau aku buka mata ni, rakan-rakan aku takde bersamaku? Macam mana kalau aku buka mata, aku akan terus bermimpi di dalam mimpi? Lagi dan lagi.

Aku mengeluh kecil dan secara perlahan kelopak mataku terbuka.

Aku menghembus nafas lega apabila melihat mereka berenam ada di sampingku.

Syukur! Mereka ada bersamaku!

Aku takut selama ini aku akan hidup dalam kesunyian. Aku takut tiada siapa yang akan berjalan bersamaku tatkala aku kesepian.

Tapi, aku silap. Merekalah yang menemaniku setiap kali aku terasa sunyi. Merekalah yang bermakna buatku setiap kali aku merasakan tiada sesiapa yang perlukanku.

Sahabat.

***

"Woi bangun." Hoseok mengejutkan si kecil Jimin yang sedang tidur sambil memeluk lutut. Terlelap dia seketika dek perjalanan yang begitu memenatkan. Sesekali bayangan wajah budak lelaki ketika dia berada di pantai itu menjengah ke kotak memori.

Perjalanan ke lokasi itu memang memenatkan walaupun bukan mereka yang drive.

"Hm? Dah sampai?" soal Jimin sambil menggosok matanya. Persis anak kecil.

Mereka yang lain bingkas bangun daripada tempat duduk. Masing-masing menggeliat membetulkan pinggang yang dah kejang sebab duduk lama sangat.

WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]Where stories live. Discover now