#4 First Love

2K 338 16
                                    

"Ayah tak suka kamu terus bermain dengan benda alah tu. Ayah nak kamu belajar bersungguh-sungguh! Bukan sibukkan diri dalam muzik yang langsung tak membawa faedah tu!"

"Tapi.. muzik bagaikan kehidupan kepada saya ayah. Tak mung—"

"Kalau kau degil lagi, aku bakar piano tu! Kau lupa ke adik kau mati kemalangan sebab kau! Sebab muzik! Ha?!"

Aku mati kata. Ayat itu menusuk terus ke dalam sangkar jiwaku.

Aku menelan liur. Kelat rasanya.

"Baik. Kalau itu yang ayah nak,saya akan pergi. Pergi dan kejar impian saya."

"Ha! Bagus! Pergi! Aku nak tengok sejauh mana kau boleh capai impian bodoh kau tu dengan hanya bermain benda tak guna tu!"

Keluarga. Mereka sepatutnya menyokong apa yang aku buat. Apa yang aku minat. Tapi, aku dikecam hebat. Aku hanya inginkan mereka menyokong minat aku.

Tapi, aku silap.

***

Nama aku Min Yunki. Namun, aku lebih suka dipanggil Suga. Ya, nama tu akan menyinar suatu saat nanti.

Kaki lima ini begitu sunyi.. sunyi seperti jiwaku sekarang ni. Langkah demi langkah tapi aku bagaikan hilang arah.

Langkahku terhenti di hadapan sebuah kedai alat muzik. Dari luar, aku dah nampak sebuah piano yang gah berdiri di dalam kedai tersebut.

Betul, aku obses dengan alat muzik itu.

Tanganku mencapai sebiji batu lantas aku campakkan pada pintu berkaca kedai tersebut. Loceng kecemasan yang dipasang berbunyi tapi.. apa aku peduli?

Aku rindu nak tekan not hitam putih tu. Setiap melodi yang terhasil, ia begitu mengasyikkan.

Aku memulas tombol pintu dari dalam. Pintu dikuak.

Aku menapak ke arah piano tersebut lantas melabuhkan punggung ke atas kerusi kecil yang sudah tersedia.

Jariku mula menekan not piano itu mengikut melodi yang sudah ada di dalam kepalaku.

Melodi yang dah lama aku ingin zahirkan pada piano.

Namun aku gagal untuk teruskannya kerana ia mengingatkan aku pada adik lelakiku.

Dia mati kemalangan 5 tahun lepas kerana ingin menghadiri persembahan sulung aku di sebuah universiti.

Hatiku sebak tiba-tiba. Mungkin ayah betul. Akulah penyebab dia mati.

Flashback

"wah, dah pandai dah adik abang main. Biarpun lagu Old Mac Donald je,"

Aku mengusap kepala adikku.

"Em! Nanti ajarlah Min sampai Min pandai main macam abang. Eh tak.. hebat macam abang!" katanya teruja.

Telatah comel adikku membuatkan aku tergelak.

"Nanti kita sama-sama buat persembahan kat pentas yang besar ok?"

"Yelah dik. Esok abang ada persembahan.. nak pergi tak?"

Min mengangguk laju.

"Min nak tengok abang Min ni main piano LIVE!"

--

"Maafkan abang,"

Sedang aku mengimbau kembali detik bersama adikku itu, aku terdengar bunyi siulan entah dari mana.

"Min?"

Ya, Min suka bersiul.

***

Suga mengekori bunyi siulan tersebut. Bunyi itu membawanya ke suatu tempat.

Tempat di mana kemalangan itu terjadi. Tempat di mana adiknya mati.

Sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Laju meluncur ke arah Suga, hampir melanggarnya. Namun, dia sempat mengelak.

Tiba-tiba satu lagi pancuan empat roda laju bergerak ke arahnya.

Bbang!

Suga membuka mata. Kesan darah yang tumpah di atas jalan tar menarik perhatiannya.

"a-abang.. k-kita a-akan main p-piano s-sama sama kan?"

"a-abang.. b-buat yang ter-baik,"

Kata-kata terakhir si adik membuatkan Suga beremosi. Hampir sahaja air matanya tumpah.

Pemuda itu terus berlari. Lari jauh daripada mimpi ngeri itu. Namun, apabila dia tiba di kedai muzik tadi..

dia nampak.. piano yang dimainnya tadi sudah terbakar.

Api yang marak itu kemudian disusuli bunyi siulan itu lagi.

Adakah impiannya untuk berdiri di atas pentas musnah? Adakah semuanya akan berakhir, tanpa bermula?

"Without you, I'm nothing."

WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]Where stories live. Discover now